Jumaat, 15 Mei 2020

Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 1) - 2018


Assalamualaikum.  Hari ini aku nak menulis tentang percutianku untuk berbulan madu bersama suamiku di Pulau Pangkor, Perak.


Setiap kali aku merancang untuk pergi bercuti ke satu satu tempat, aku  akan survey terlebih dahulu selama beberapa bulan, dan akhirnya aku telah memilih Pakej  Bulan  Madu  di  PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK.  Didalam pakej tersebut,  aku tak perlu memikir lagi bagaimana dan dimana nak sarapan dan makan malam, sebab kesemuanya telah dimasukkan didalam Pakej Bulan Madu tersebut dengan bayaran RM888.00.


Pada 29/04/2018 (Hari Pertama) aku bersama suami telah menaiki kereta yang kami pandu sendiri pergi ke Marina Island. Kami menaiki feri untuk pergi ke Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.  Tiket bayaran untuk menaiki feri yang dikenakan hanya RM14.00 setiap seorang untuk pergi dan balik.  Perjalanan dari Marina Island ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa lebihkurang 10 minit ke 15 minit sahaja.

Sebaik sahaja kami sampai ke Pulau Pangkor, kami telah makan tengahari di restoran yang berada di kawasan Jeti Perhentian Kedua tersebut.  Caj makanan di sini boleh lah tahan..   Selepas itu, kami telah menaiki teksi iaitu sebuah van yang berwarna pink. He he, rasa macam berada di Thailand pula.  Perjalanan dari Jeti ke Puteri Bayu Beach Resort hanya 10 minit sahaja. Sebaik sahaja kami sampai di Puteri Bayu Beach Resort, kami telah disambut oleh Penyambut Tetamu di resort tersebut yang bernama Cik Atikah.

Kami diberikan minuman Jus Buahan@Oren.   Sementara itu, mereka telah memberi kami dua helai T-Shirt mengikut saiz badan kami masing-masing.  Kemudiannya Cik Atikah telah membawa kami ke sebuah shellay bernombor 128.  Apabila kami membuka pintu tersebut, kami sangat teruja melihatkan dekorasi katil@bilik yang cantik dan  pencahayaan yang romantik.  Kami telah berehat seketika  dan sebelah petangnya kami keluar melihat pemandangan sekeliling resort tersebut.


Pada sebelah malamnya, sepertimana yang tertera didalam pakej bulan madu tersebut, kami dihidangkan dengan makanan yang dinamakan Korean BBQ.  Makanan kami telah disediakan di luar restoran dan  bersebelahan dengan kolam mandi.  Wah... Dibawah pencahayaan lampu yang romantik, kami dibiarkan berdua-duaan untuk menikmati sajian Koraen BBQ tersebut sambil  menikmati suasana yang sangat romantik.  


Sementara menunggu makan berupa ketam, ayam, daging dan sayuran dibakar, waktu azan maghrib telah pun berkumandang.  Suamiku telah pergi ke surau yang berdekatan dengan kolam mandi tersebut. Manakala aku meneruskan pembakaran makanan-makanan tersebut.  Aku hanya melakukan Solat Jamak dan Qasar di shellay.  Selesai makan lebih kurang 9 malam.  Selesai makan, kami kembali ke shellay menikmati pemandangan ombak kerana shellay kami berhadapan dengan ombak.

                                             Lihat suamiku yang sedang asyik membakar.

               Ini jam murah yang aku beli untuk suamiku dan juga aku. Saja nak pakai sedondon.

              Nanti, aku sambung cerita percutianku ini di Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 2).