Khamis, 24 Mac 2022

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang


Barang yang lepas
Jangan dikenang
Kalau dikenang
Tentu menangis (ohhhh...)
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kan pulang dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu
Oohhh dunia
Ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracun diri
Ooohhh tak guna
Menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidak kan mungkin kembali semula
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracun diri

Lirik nyanyian; P.Ramlee


Kita duduk berbincang elok elok. Kita berpisah dengan cara elok. Kita simpan kenangan. Kita mulakan sebagai kawan. Kita bernikah menjadi suami isteri. Kita akhiri dengan penceraian. Namun, cerita kita masih berterusan sebab kita tidak berdendam. Kini, kita kembali menjadi kawan, dan terus berhubung sebagai kawan  kerana itulah pilihan terbaik untuk kita.

Dibawah gambar kenangan kita ni, kita tulis caption yang menarik sikit, okay..



                                             "Abang.. Yang merajuk ni.. Abang tak nak pujuk, ke..?"

                              "Isy.. Abang tak nak pujuk Yang, hmm..Cukuplah sampai disini saja.., 
                                         biar Yang undurkan diri daripada kemelut perkahwinan ni.."
                                                         Barang Yang Lepas Jangan Dikenang.

                                "selepas ni, kita ikutlah arah haluan kehidupan kita masing-masing.." 
                                                         Barang Yang Lepas Jangan Dikenang.

Ahad, 20 Mac 2022

simpan kenangan

Hari ini, aku nak imbas kembali cerita kisah aku dan keluarga di sekitar tahun 1998 atau 1999, aku tak berapa ingat bilakah tahun kejadian ini. Kisah ini adalah kisah aku bersama bekas suami pertama.  Kena sebut, tau... maklumlah aku ada banyak "bekas"..😂

Pada tahun tersebut, aku  mendapat bonus dan aku berbelanja sedikit untuk famili aku. Tempat yang aku suka kunjungi adalah melihat luasnya lautan, melihat kehijauan di bukit yang sunyi, dan mendengar deruan air terjun. Maka, aku telah membuat keputusan untuk bercuti ke Taiping dan tinggal bermalam satu malam di Rumah Tumpangan Bukit Larut.

Tibalah tarikh percutian yang dinantikan. Pada semasa itu, aku tiada memiliki apa-apa kenderaan melainkan setiap kali kami bercuti, kami akan menaiki bas.  Percutian ini sangat tersemat dalam kenangan kerana sewaktu kami telah bersiap, dan menaiki motor mahu keluar dari Kampong Serkai Jadi ke Pekan Tronoh, kami mendapati banjir besar berlaku diantara jalan cerunan Kampong Nalla ke Pekan Tronoh. Kami termenung sekejap memikirkan bagaimana kami nak keluar dari tempat ini.  Akhirnya, bekas suami pertama aku mengambil keputusan membuka pakaiannya, dan dengan berseluar pendek sahaja, dia meranduk air banjir sambil mendukung kami seorang demi seorang, bergilir gilir  menyeberangi banjir dari  sebelah Kampong Nalla  ke Pekan Tronoh.😄😄😄  

Setelah  kami berjaya menyeberangi banjir tu, bekas suami pertama aku memakai semula pakaiannya. Kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bas Tronoh menuju ke Ipoh.  Seterusnya, kami menaiki bas menuju ke bandar Taiping.  Apabila sampai di bandar Taiping, kami membawa anak anak ke Zoo Taiping terlebih dahulu.  Anak anak sangat gembira  tatkala dibawa bercuti. Manakala, setiap kedukaan di hati aku juga  turut terubat apabila melihat telatah anak anak aku yang gembira itu. 








Setelah selesai bersiar siar di Zoo Taiping dan makan tengahari di gerai sekitarnya, kami menaiki teksi pergi ke Bukit Larut. Di kaki Bukit Larut itu ada pejabat yang menguruskan penumpang untuk menaiki bukit ke Rumah Tumpangan tersebut. Kami diminta membuat bayaran tempahan Rumah Tumpangan dan jip. Kemudiannya,  kami  dibawa menaiki sebuah jip milik mereka menuju ke Rumah Tumpangan Bukit Larut tersebut.  

Keadaan bukitnya sangat cerun. Hutannya sangat cantik. Rumah Tumpangan yang kami sewa adalah hampir di puncak Bukit Larut.  Rumah itu adalah rumah tinggalan pemilik orang British semasa mereka berada di Perak.  Rumahnya besar. Ada 4 bilik yang mana setiap  bilik ada bilik air  masing-masing.  Di rumah itu, ada seorang penjaga yang menguruskan minum petang, makan malam dan sarapan. Aku sewa 2 bilik. Pada masa yang sama, ada pasangan India yang turut menyewa satu bilik dalam rumah itu. Suhu di Bukit Larut sangat sejuk.  Malam yang sunyi dan gelap. Jauh daripada bunyi kesebokan kenderaan.  Kami hanya dapat mendengar bunyi cengkerik, dan burung sahaja.  Suasana yang sangat tenang.  Anak anak aku juga suka dengan suasana rumah dan sekitar kawasan ini. 





Kali terakhir aku ke Bukit Larut adalah pada tahun..., ehh..aku tak ingat.  Semasa itu, warga sekolah bekas suami kedua aku  (SMKT) ada membuat event di Rumah Tumpangan Bukit Larut.  Bekas suami kedua aku turut serta dalam program itu.  Bekas suami kedua aku membawa aku, dan anak-anak ke sini.  Ramai juga kakitangan SMKT yang menyertai program tu.  Ada lebihkurang 10 ke 15 orang. Aku tak tahu nama mereka, aku cuma cam wajah mereka je.., diantara warga SMKT yang turut serta adalah Norfadilah Natiman. Mereka menyewa 2 buah rumah. Kami dapat satu bilik.  Pada sebelah malam, mereka membuat BBQ memanggang ayam dan daging kambing. Mereka juga ada main apa.. entah, aku pun tak tahu..😄 Tetiba lampu elektrik terpadam.  Semua tersenyap. Gelap gelita.  Salah seorang daripada mereka telah mendapatkan lampu gantian menggunakan bateri jer.. Kami tidak ada menyimpan gambar kenangan sewaktu berada  disini. Jikalau ada pun, gambar gambar itu berada dalam pegangan warga sekolah je... 

Kini segalanya telah menjadi kenangan. Kisah lama tidak akan dapat diulang lagi.  Sudah pun menjadi sejarah.  Masing masing telah ada kehidupan sendiri. Masing-masing sudah ada cerita sendiri meniti hari tua. Anak anak yang kecil  ini pun sudah semakin berusia dan sudah berkahwin serta masing-masing telah mempunyai anak kecuali anak bongsu aku yang masih membujang.😊