Isnin, 25 Februari 2019

Muhasabah Cinta - edCousin



Wahai
pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan
baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do'a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do'a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua…



Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 5)


Hari Ketiga di UMSC - 6/2/2019
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam Perofessor Dr Vivek telah memberitahu bahawa hari ini kami boleh keluar Ward dan balik ke rumah.  Maka pagi ini, aku  kemaskan segala barang yang kami bawa ke hospital kelmarin untuk dibawa balik ke rumah.   Asalnya sikit, tapi tetiba dah jadi banyak pula... sarat dengan makanan.

Selama aku di hospital ni, aku mesti kena jaga kesihatan aku agar sihat supaya aku boleh menjaga anakku yang baru dibedah.  Maka, aku ada bawa  Aloe Vera Gel #ArissaPlus untuk diminum sesudu setiap pagi sebelum sarapan, dan Minyak Aloe Vera tu perlu juga untuk aku gunakan mengurut wajahku agar sentiasa kelihatan segar.  

Kata pepatah, Sambil  Menyelam Minum Air.  Aku sengaja bawa Aloe Vera Gel #ArissaPlus tambahan supaya aku boleh menjualnya kepada sesiapa pun nanti..   


Haa... kau percaya tak, aku yang dah lama tak berjumpa dan bercakap dengan ayah kandung anakku ini, aku dah menjual 2 botol Aloe Vera Gel dan sebotol Minyak Aura Sufee MMT kepada dia.... 
😊😜  

Pagi ni, seperti hari semalam, ayah kandung anakku pergi belikan sarapan dan minuman untuk aku le... Mahal makanan kat sini.  Nasi lemak lauk biasa je punnn.. harganya RM8.00 sesbekas.πŸ€”

Hari ini, anakku dah mula belajar melangkah.  Dia mengguna tongkat  dan  dipimpin oleh ayahnya dari sisi anakku.  Aku hanya perhatikan dari jauh jer... Kemudian, ayah kandungnya menemani dia pergi mandi.

Sementara dia mandi, Professor Dr Vivek telah sampai di Ward Anggerik.   Dia telah memberikan kepada aku sampul surat yang mana meminta aku supaya bejumpa dengan Dr Nawaz  di  KPJ Ipoh Specialist pada  19/2/2019  untuk  membuka  stapler  di  tempat  luka tu, dan juga  sekeping  Surat Cuti Sakit yang mana  anakku  telah  dibenarkan  cuti  sehingga  9/3/2019.

Sementara menunggu Jururawat yang bertugas menyiapkan segala dokumen-dokumen dan bil untuk Discharge Ward, opah, emak saudara dan bapa saudara anakku datang di Ward. Emak saudaranya masakkan Roti Jala bersama Kari Ayam untuk anakku.

Lebih kurang,jam 1:30 tengahari, barulah segala urusan untuk Discharge Ward selesai.  Aku disuruh ke Kaunter Bayaran untuk mengambil semula baki wang yang didepositkan iaitu sebanyak RM1,845.00.  Bil untuk rawatan  pembedahan ini adalah berjumlah RM18,155.00.  Rasa gembira kerana ada lagi baki lebihan sehingga aku lupa untuk minta diskaun bil. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜œ 

Disamping itu, ayah  kandung  anakku  juga  telah memberikan aku wang sebanyak RM10,000.00 kerana dia kata dia nak bertanggungjawab berkongsi membyar kos perubatan anaknya  ini.  Alhamdulillah.  Masyaallah,  Allah  Maha  Kaya.  Allah  Maha  Mengetahui.  Segala urusan  aku  dipermudahkanπŸ˜ŠπŸ˜‚

Berkenaan aku tidak boleh menjumpai kereta yang aku parkir tu... πŸ€”πŸ€”πŸ˜‚

Percayalah... Allah  Maha Mengetahui.   Allah Maha Menolong.  Dia tahu perasaan aku  yang dalam kebimbangan ni.  Allah datangkan  bapa saudara  anakku  yang  menjadi  pemandu tunjuk arah.  Dia lah  selesaikan semua masalah  aku  mengenai  bayaran  parking  dan   menunjuk  tempat  kereta  aku  tu...   Kad  Touch N-Go ni kena ada  kreditnya    Ha... tanpa kad ini, aku tak boleh keluar dari tempat meletak kereta ni, tau... Untuk tenpoh selama 3 hari 2 malam,  aku  dikenakan bayaran  sebanyak RM76.00.  Haa... Mahal kann..... Pereh aku...  

Cerialah wajah anakku.  Dah boleh balik.  Pada asalnya, kami merancang nak balik terus ke Ipoh tetapi dia rindu rumah sewanya di Kajang.  Oleh itu, kami telah balik ke rumah sewanya di Kajang. 

Sampai sahaja di rumah,  Majikannya  datang,  kemudian  kawan-kawan nya lain (Geng Butik) pula datang ke rumah.  Gembiranya anakku.  Aku lihat wajahnya yang girang membuatkan aku juga turut berasa gembira.  Begitulah, suasana di rumahnya sehingga  jam 10:00 malam, barulah semua kawan-kawannya pulang ke rumah masing-masing.

Keesokannya  (7/2/2019)  lebihkurang  jam 2:00 petang,  aku  dan  anakku  balik ke Ipoh yang mana aku pandu  sendiri  kereta  milik  anakku,  perjalanan  kami   dari  Kajang ke Ipoh.  Lebihkurang jam 5:30 petang, kami dah sampai rumah aku di Ipoh.

Alhamdulillah.  Begitulah cerita aku dan dia, anak bongsuku bernama Muhammad Iskandar Bin Zamri.


Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 4)


Assalamualaikum, kita bertemu lagi....

Hari Kedua di UMSC - 5/2/2019

Hospital UMSC ni memang besar... Aku memang tak berani nak berjalan jalan seorang diri disini... sebab aku takut sesat, nanti kalau aku berjalan jalan, aku tak tahu jalan balik pulak ...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Memandangkan  Hospital  UMSC  adalah  hospital  persendirian,  maka,  kau faham-fahamlah sendiri ye...  Bilik  tidurnya  seolah-olah kau tinggal di bilik hotel. Lengkap dengan almari baju dan bilik mandi yang selesa dan cantik.  Namun, bilik ini disediakan untuk 2 orang pesakit.  Maka, kami berkongsi  biliklah  dengan  seorang  lagi pesakit lelaki berbangsa Cina yang mengalami sakit kencing manis ni...  Sian pakcik ni, terpaksa meraikan Chines New Year di Hospital jer..

Sewaktu aku berada di hospital ni, aku memang tak leh tidur dengan selesa, bukan kerana anakku tapi...kau nak tahu tak, kenapa...???

Sebab Pakcik Cina ni tidur berdengkur macam Ghimo @ Harimau. Setiap kali dia berdengkur, dia kan membuatkan  aku terjaga. dan aku pasti nak tergelak..Nak je ye... belum gelak lagi,tau..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kat Ward ni, kau minta nak makan apa pun boleh, kau order je...  Harganya, boleh tahan le... 

Ayah kandung anakku yang juga bermalam di hospital tersebut tidur di Surau Hospital ini.  Pagi ini, dia keluar pergi cari sarapan di Tingkat Bawah dan di ruang legar kawasan hospital ini. Dia naik semula ke Ward Anggerik dengan membawa makanan berrupa Nasi Lemak dan buah buahan untuk aku dan anakku juga.  Dia komen bahawa makanan di kawasan sekitar hospital ni mahal-mahal belaka...

Lebihkurang jam 11:00 pagi, Professor Dr Vivek telah datang ke bilik Ward anakku.  Professor Dr Vivek telah membuka balutan luka anakku.  Masyaallah, aku tengok daging pangkal peha anakku yang luka tu di stampler.. Rasa pening kejap apabila aku melihatnya....  😱😱😱  


Professor Dr Vivek telah mengantikan penampal yang kalis air di luka anakku itu.  Professor Dr Vivek telah memberitahu bahawa seorang Fisioterapi akan datang  mengajar anakku cara untuk berjalan menggunakan tongkat 2 kaki  Kemudiannya, Professor Dr Vivek  juga telah memberitahu kepada kami bahawa keesokannya anakku dah boleh balik.. 

Apabila Professor Dr Vivek telah menyelesaikan kerjanya, ayah kandung anakku telah memimpin anakku ke bilik mandi dan memandikan anakku.  Alhamdulillah, walaupun abinya tidak dapat bersama pada waktu dia memerlukan abinya, Allah mendatangkan ayah kandungnya pula untuk menguruskan dia.   

Allah Maha Mengetahui.  Aku bersyukur dan kita janganlah berprasangka buruk apabila sesuatu itu berlaku.  Aku cuma  terkecil  hati saje dengan suamiku tapi aku tahu, Allah mengaturnya dengan baik, sebab jikalau suami ku ada di sini  bersama  dengan ayah kandung anakku, pastinya mereka tak boleh bertembung, sebab suamiku tu jeles kat ayah kandung anakku itu, bimbang aku balik kepadanya... Allahuakhbar...  🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️


Hensem wajah anakku selepas mandi.😜😜😜

Tak lama kemudiannya, Pegawai Fisioterapi telah datang dan melatih anakku untuk menggunakan tongkat 2 kaki yang ditegakkan di ketiak tu... Tak lama pun latihannya, tak sampai setengah jam pun.. 😊😊😊

Pada waktu malamnya, kawan sekerjanya, Aina, Ain dan Afiq telah datang melawat anakkua dengan membawa makanan.  Kami menikmati makanan yang dibekalkan itu bersama sama, dan jam 10:30 malam,mereka telah pulang ke rumah masing masing.

So, apa cerita hari esoknya....?  Nanti kita sambung di Part 5. Okay.

Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 3)


Assalamualaikum, kita sambung lagi.  Apa yang berlaku seterusnya.....

Hari Pertama di UMSC - 4/2/2019
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada 4/2/2019, aku dan anak bongsuku telah pergi mendaftar diri di Tingkat 10 UMSC tersebut.  Aku telah diminta  supaya mendeposit sebanyak RM20,000.00.  Lalu melalui akaun CIMB, aku telah transfer dan cash debit di Kaunter UMSC tersebut.  Selepas urusan mendeposit wang berjumlah RM20K itu, salah seorang daripada pegawai yang bertugas telah membawa kami turun ke Tingkat 9 dan masuk ke Ward Mawar Bilik 9 Katil D.  




Kemudiannya, opah, emak saudara, bapa saudara, sepupunya dan ayah kandungnya sampai di Ward berkenaan.   Tak lama kemudian, datanglah seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Faizal berjumpa dengan kami di Ward  serta menerangkan prosidur pembedahan tulang kaki kanan anakku itu. 





Anakku telah disuruh berpuasa  mulai pukul 11:00 pagi sebab pembedahan  itu bakal dibuat pada pukul 4:30 petang.  Maka, sementara menunggu waktu itu, opah, emak saudara, bapa saudara, sepupunya dan ayah kandungnya telah turun ke Tingkat Bawah untuk makan tengahari. Manakala, aku tinggal bersama dengan anak bongsu ku di Ward Mawar tersebut.

Hampir jam 4:00 petang, mereka iaitu opah, emak saudara, bapa saudara, sepupunya dan ayah kandungnya naik semula dengan membekalkan aku nasi untuk makan tengahari. 





Lebihkurang jam 4:30 petang, dua orang pegawai bertugas @ nurse di UMSC telah datang ke ward dan meminta anakku menukar pakaiannya iaitu memakai baju yang disediakan untuk pembedahan berkenaan.








Kemudiannya, anakku telah ditolak dan dibawa ke Menara Utama UMSC (PPUM), langsung dibawa  ke bilik pembedahan. Kami semua mengikutinya.  Apabila sampai di kawasan bilik bedah berkenaan, kami diminta duduk di bilik menunggu. 

Kami semua menunggu dan rasanya pembedahan dilakukan dengan cepat juga.    Lebihkurang  jam 6:00 petang,  Professor Dr Vivek dan Dr Faizal telah datang berjumpa aku di ruang menunggu dan  mereka memberitahu pembedahan dijalankan dengan lancar dan  anakku yang dalam keadaan selamat dan sedang berehat.  Alhamdulillah, tiada apa apa yang menyusahkan semasa pembedahan tersebut.  Pembedahan dan segala urusan berjalan dengan lancar.  

Setengah jam kemudian,  katil yang dibaringi oleh anakku telah diusung  keluar dari bilik bedah  lalu nurse tersebut membawa kami ke Ward Anggerik di Tingkat 10 UMSC tersebut.



Kami diberi arahan supaya tidak mengganggu anakku dan jikalau anakku sudah sedar, kami disuruh memberikan dia makan roti serta minum susu.  Lebih kurang jam 7:30 malam, anakku dah mula stabil.  Dia dah sedar, dah senyum dan sudah boleh main wasap@handphone ..😊😍

Lebihkurang jam 9:30 malam hingga 10:00 malam, sahabatnya bernama Afiq telah datang melawatnya di Ward Anggerik UMSC, dan telah menemani anakku hingga jam lebihkurang jam 11:45 malam.  Selepas sahabat karibnya pulang ke rumahnya, kami tidur di Ward tersebut.

Okay lah, kita sembang pasal hari Kedua di Part 4, ye...



Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 2)


Setelah balik dari berjumpa dengan Dr Eskandar di KPJ Ipoh Specialist pada 15/1/2019,  Dr Eskandar masih belum menghubungi kami untuk pelaksanaan pembedahan tersebut.   Anakku semakin sakit, sehingga nak baring tidur pun dah semakin sukar baginya. 


Semasa anakku bersembang dengan beberapa orang kawannya, salah seorang daripada kawannya yang dipanggil dengan nama Kak Obi telah menyarankan agar anakku pergi buat temujanji dengan Professor Dr Vivek  iaitu Ketua Pakar Tulang diantara 14 orang Pakar Tulang yang mahir di Malaysia ini.  Lalu anakku telah bertemu dengan Professor Dr Vivek di UMSC (PPUM) Kuala Lumpur pada 1/2/2019.  Professor Dr Vivek melihat wajah anakku, lalu dia menerangkan bahawa kaki kiri anakku juga mengalami masalah yang sama, iaitu tulang terhakis. Professor Dr Vivek  telah  memberi beberapa nasihat  dan menyarankan untuk mengganti tulang kaki kanan anakku terlebih dahulu. Professor Dr Vivek juga telah memberitahu anakku kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM20K.

Memandangkan perbezaan kos yang ditetapkan diantara Dr Eskandar dengan Professor Dr Vivek sangat jauh beza dan dapat menjimat kos sebanyak RM10K,  maka aku suruh anakku  bersetuju dengan kos yang dianggarkan oleh  Professor Dr Vivek, lalu Professor Dr Vivek telah menetapkan tarikh pembedahannya bakal  dilakukan  pada  4/2/2019.

Sebenarnya, aku tidak punyai wang  simpanan pun.  Namun, Allah telah mengatur segalanya dengan sebaik baiknya.  Suamiku telah bersara awal dan suamiku telah memberi aku hibah sebanyak RM20K.  Dengan duit hibah itulah aku  gunakan untuk kos  pembedahan ini.

Aku  telah  memaklumkan rancangan  pembedahan  yang  bakal  dilakukan  keatas anakku, Muhammad Iskandar Bin Zamri  kepada suamiku.  Namun, aku terasa  kecil  hati  sedikit  dengan jawapan  yang diberikan oleh suamiku  yang  mana dia menyuruh aku pergi  memandu kereta sendiri dengan menggunakan Google Maps @ Waze.  Namun, apabila dia melihat  wajahku  yang  kecewa  dan  muram,  maka, suamiku  telah  meminta anakku  menghantar aku ke Kajang. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dalam perkara ini. Aku rasa sedihlah juga, anak bongsu aku sakit, dan nak menjalankan pembedahan tulang tapi suamiku.... Suamiku lebih mengutamakan emak mertuanya yang dikatakan sudah pakai lampin tu, dan dia  pula  balik kampung isteri  pertamanya di Perlis.

Bukan sahaja aku, malahan kesemua anakku terutama anak bongsuku yang bakal menjalankan pembedahan tulang itu yang mengharapkan kehadiran abinya amat berasa kecewa apabila abinya gagal hadir disaat saat dia memerlukan perhatian daripada abinya.

Namun, kami pujuk hati kami masing masing.  Kami lupakan saja apa yang sedang berlaku.  Kami pura pura happy walaupun jauh di sudut hati, kami amat berasa kecewa dengan tindakan suamiku itu yang tidak bersikap adil terhadap kedua-dua keluarganya terutama terhadap keluarga aku.

Kami bukan berharap suamiku untuk bersikap adil dalam membahagikan masanya atau pun tinggal menetap dengan aku, kalau boleh, aku tak mahu menyusahkan dia selalu tapi... tapi dalam keadaan sebegini aku perlukan seorang teman sembang dan bahu untuk bersandar.  Sewaktu anakku menjalankan pembedahan Spinal c3 c4 di HRPB di Ipoh, aku keseorangan sahaja... aku sedikit pun tak mengharapkan sesiapa, sebab Ipoh adalah tempat aku, dan aku boleh uruskan sendiri, tapi.... sekarang pembedahan ini dilakukan di Kuala Lumpur, tempat  yang  sangat asing bagiku. Aku tak biasa dengan suasana di Hospital UMSC Kuala Lumpur tu...  Tentulah aku terpinga pinga keseorangan untuk uruskan anakku, kann... Tentulah aku sangat mengharapkan kehadiran suami aku, betul tak..!!!   Haa..  Sehinggakan tempat parking kereta di UMSC pun aku  tak tau nak mencari semula  selepas  aku  meletakkan  kereta  aku,..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚  Tak apa la... jadikan ianya satu kenangan hidup yang mana orang lain tak merasa, tapi Allah Maha Tau, Allah bagi aku rasa 😊

Seterusnya, pada hari Jumaat bersamaan 1/2/2019, anak perempuan kedua ku telah menghantar aku ke rumah adiknya di Kajang.  Aku bermalam  di rumah anak bongsuku di Kajang sehingga hari pembedahan yang bakal dilakukan pada 4/2/2019.

Okay, cukup setakat ini dahulu, kita sambung di Part 3 pulak.     

  

Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 1)


Setelah pembedahan Servical Meningioma c3 c4 dilakukan pada 10/11/2016, anakku Muhammad Iskandar dikehendaki meneruskan dengan Rawatan Radioterapi  sebanyak 30 kali di HKL.  Satu tarikh telah dietapkan dan pada 1/3/2017, anakku menerima rawatan di HKL untuk Radioterapi dan beliau telah tinggal menyewa bilik di Kuala Lumpur untuk tempoh sebulan setengah.

Dia amat bersemangat semasa menjalankan rawatan di HKL.  Dia berusaha untuk pulih dan tingkatkan tahap kesihatannya.  Doktor  juga telah membekalkan ubat yang mana dia kena makan sehinga kini.  Salah seorang daripada kawannya telah mendapatkan pekerjaan untuknya di sebuah Supermarket.   Bermula dari situlah, dia mula bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur bersama kawan-kawannya.   Dari hari ke sehari rezekinya begitu cerah.  Dia mendapat kerja baru di Butik Planet Pengantin di Kajang dan dia juga mendapat  majikan  yang baik.   Dia sangat suka bekerja di situ.

Namun kaki kanannya semakin melemah  dan dia semakin sukar untuk berjalan.   Masalah kesakitan di kaki kanannya itu bermula pada  awal  Tahun 2018.  Dia terpaksa menahan kesakitan dan  pada sekitar bulan  Oktober 2018,  dia  terpaksa  berjalan menggunakan tongkat.    

Oleh kerana kini, dia rasa amat sakit, maka pada awal Januari, 2019 dia telah merujuk masalah kesakitan kaki kanannya di Hospital Kajang, yang mana kemudiannya dia membawa surat dan laporan Sinar-X ke Hospital Permaisuri Raja Bainun di Ipoh.  Namun, dia tidak dimaklumkan dengan jelas akan masalah kakinya itu.  Aku tidak berpuas hati dengan layanan mereka terhadap anakku, lalu pada 15/01/2019, aku  telah membawa anakku ke KPJ Ipoh Specialist dan mendapatkan khidmat  nasihat daripada  Dr Eskandar.  

Dr. Eskandar telah menerangkan kedudukan atau masalah yang dihadapi oleh anakku di tulang kaki kanan itu, yang mana kami diberitahu bahawa sendi atas tulang kaki kanan tersebut telah terhakis akibat terlebih makan ubat  Steroid.   Berita ini amat mengecewakan hati kami. Aku lihat wajah anakku sangat sedih.  

Seterusnya, kami diberitahu bahawa sekiranya kami ingin melakukan pembedahan tulang dan menggantikan besi sebagai sendi baru kaki kanan anakku, kami perlu menyediakan wang bagi  kos perbelanjaan sebanyak RM30K.  Anakku terdiam seketika.  Namun, jiwa seorang ibu, aku tidak pernah berputus asa.  Walau apa pun yang sedang aku dengar sekarang ini, aku tetap bersyukur.  Aku percaya Allah  telah memberi sesuatu tentulah sesuai pada waktunya.   


Bagaimanapun, Dr Eskandar memberitahu kami bahawa dia tidak boleh buat keputusan sendiri dan dia memerlukan masa untuk berdiskusi dengan beberapa orang doktor yang lain.   Dr Eskandar juga memberitahu bahawa dia  akan menghubungi kami semula pada minggu yang berikutnya.

Oleh itu, kini kami hanya menunggu jawapan daripada Dr Eskandar.  Sementara menunggu untuk mendapatkan jawapan daripada Dr Eskandar, anakku telah pulang  ke rumah sewanya di Kajang.

Kita sambung kisah seterusnya di Part 2.