Setelah balik dari berjumpa dengan Dr Eskandar di KPJ Ipoh Specialist pada 15/1/2019, Dr Eskandar masih belum menghubungi kami untuk pelaksanaan pembedahan tersebut. Anakku semakin sakit, sehingga nak baring tidur pun dah semakin sukar baginya.
Semasa anakku bersembang dengan beberapa orang kawannya, salah seorang daripada kawannya yang dipanggil dengan nama Kak Obi telah menyarankan agar anakku pergi buat temujanji dengan Professor Dr Vivek iaitu Ketua Pakar Tulang diantara 14 orang Pakar Tulang yang mahir di Malaysia ini. Lalu anakku telah bertemu dengan Professor Dr Vivek di UMSC (PPUM) Kuala Lumpur pada 1/2/2019. Professor Dr Vivek melihat wajah anakku, lalu dia menerangkan bahawa kaki kiri anakku juga mengalami masalah yang sama, iaitu tulang terhakis. Professor Dr Vivek telah memberi beberapa nasihat dan menyarankan untuk mengganti tulang kaki kanan anakku terlebih dahulu. Professor Dr Vivek juga telah memberitahu anakku kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM20K.
Memandangkan perbezaan kos yang ditetapkan diantara Dr Eskandar dengan Professor Dr Vivek sangat jauh beza dan dapat menjimat kos sebanyak RM10K, maka aku suruh anakku bersetuju dengan kos yang dianggarkan oleh Professor Dr Vivek, lalu Professor Dr Vivek telah menetapkan tarikh pembedahannya bakal dilakukan pada 4/2/2019.
Sebenarnya, aku tidak punyai wang simpanan pun. Namun, Allah telah mengatur segalanya dengan sebaik baiknya. Suamiku telah bersara awal dan suamiku telah memberi aku hibah sebanyak RM20K. Dengan duit hibah itulah aku gunakan untuk kos pembedahan ini.
Aku telah memaklumkan rancangan pembedahan yang bakal dilakukan keatas anakku, Muhammad Iskandar Bin Zamri kepada suamiku. Namun, aku terasa kecil hati sedikit dengan jawapan yang diberikan oleh suamiku yang mana dia menyuruh aku pergi memandu kereta sendiri dengan menggunakan Google Maps @ Waze. Namun, apabila dia melihat wajahku yang kecewa dan muram, maka, suamiku telah meminta anakku menghantar aku ke Kajang. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dalam perkara ini. Aku rasa sedihlah juga, anak bongsu aku sakit, dan nak menjalankan pembedahan tulang tapi suamiku.... Suamiku lebih mengutamakan emak mertuanya yang dikatakan sudah pakai lampin tu, dan dia pula balik kampung isteri pertamanya di Perlis.
Bukan sahaja aku, malahan kesemua anakku terutama anak bongsuku yang bakal menjalankan pembedahan tulang itu yang mengharapkan kehadiran abinya amat berasa kecewa apabila abinya gagal hadir disaat saat dia memerlukan perhatian daripada abinya.
Namun, kami pujuk hati kami masing masing. Kami lupakan saja apa yang sedang berlaku. Kami pura pura happy walaupun jauh di sudut hati, kami amat berasa kecewa dengan tindakan suamiku itu yang tidak bersikap adil terhadap kedua-dua keluarganya terutama terhadap keluarga aku.
Kami bukan berharap suamiku untuk bersikap adil dalam membahagikan masanya atau pun tinggal menetap dengan aku, kalau boleh, aku tak mahu menyusahkan dia selalu tapi... tapi dalam keadaan sebegini aku perlukan seorang teman sembang dan bahu untuk bersandar. Sewaktu anakku menjalankan pembedahan Spinal c3 c4 di HRPB di Ipoh, aku keseorangan sahaja... aku sedikit pun tak mengharapkan sesiapa, sebab Ipoh adalah tempat aku, dan aku boleh uruskan sendiri, tapi.... sekarang pembedahan ini dilakukan di Kuala Lumpur, tempat yang sangat asing bagiku. Aku tak biasa dengan suasana di Hospital UMSC Kuala Lumpur tu... Tentulah aku terpinga pinga keseorangan untuk uruskan anakku, kann... Tentulah aku sangat mengharapkan kehadiran suami aku, betul tak..!!! Haa.. Sehinggakan tempat parking kereta di UMSC pun aku tak tau nak mencari semula selepas aku meletakkan kereta aku,..😂😂😂 Tak apa la... jadikan ianya satu kenangan hidup yang mana orang lain tak merasa, tapi Allah Maha Tau, Allah bagi aku rasa 😊
Seterusnya, pada hari Jumaat bersamaan 1/2/2019, anak perempuan kedua ku telah menghantar aku ke rumah adiknya di Kajang. Aku bermalam di rumah anak bongsuku di Kajang sehingga hari pembedahan yang bakal dilakukan pada 4/2/2019.
Okay, cukup setakat ini dahulu, kita sambung di Part 3 pulak.