Sabtu, 21 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 13)

Setelah kami puas melawat khazanah lama dan sejarah yang tertera didalam Muzium Sabah, jam telah menunjukkan pukul 12:00 tengahari.  Di Sabah ni, waktu solat fardhu zohor itu cepat. Oleh itu, AJ telah membawa kami ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. yang dikelilingi air laut.  Kadang kala AJ menyebut mesjid terapung.

Mesjid Bandaraya Kota Kinabalu




Di Mesjid ini kami bersolat dan selesai solat, kami makan tengahari di gerai yang terletak dihadapan mesjid ini.  Masih ada banyak waktu untuk bersiar di Kota Kinabalu. Kini kami dibawa ke KK CHOCOLATE HOUSE SDN BHD untuk melihat bagaimana chocolate dihasilkan.





Love..Love..Love.. Hidup ku penuh dengan cinta. 
Cinta terus mekar walaupun tidak tinggal sebumbung😍

Biar aku menjadi rama rama, terbang jauh..jauh..dan jauh...

Selasa, 17 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 12)

Hari ini 29/03/2022 adalah hari yang ke4 kami berada di Sabah.  Pagi ini selepas bersarapan di hotel, kami check out.  Kami dijemput oleh AJ dan kami dibawa ke Pasar Philipine pergi membeli beberapa cenderahati untuk kawan dan keluarga.  Kemudiannya, kami telah dibawa ke Museum Sabah.  Disini kami hanya mengambil beberapa foto.

Sebaik sampai sahaja, kami terus bergambar. Kami memang kaki gambar..😄


Inilah rangka IKAN PAUS

BAJU KEBAL yang mengandungi simbol simbol ayat suci Al-Quran

BATU SUMPAH


Jom, kita menumbuk padi



Udah puas menumbuk padi, moh..kita naik motor norton 1970an, kita merempit pulakk 😄