Sebelum
panjangkan cerita, kita letak dulu trademark TAK SUKA, JANGAN BACA…!!!
Sejak
pemergian abah pada bulan 8/12/2018 yang lalu, emak aku sangat rasa kesunyian dan kesepian. Emak aku memerlukan kawan untuk bersembang.
Namun, kesemua anak-anaknya bizi dengan hal masing masing.
Kemudiannya,
kami mulai terperasan bahawa emak sedang kesepian dan emak perlu kawan bersembang.
Memandangkan, kami semua bekerja, maka, pada awal bulan Ramadhan 2019, kami bermuafakat untuk membawa emak ke
rumah kami secara bergilir gilir.
Minggu
pertama berpuasa di bulan Ramadhan, emak bersahur dan berbuka puasa dengan abang
sulongku, Yop Rosli dan cucunya yang tinggal serumah dengannya.
Kemudiannya,
adik lelaki aku bernama Atan serta isterinya, Ikin telah membawa emak aku ke rumah
mereka. Emak aku tinggal di rumah adik ku
itu selama satu minggu.
Kemudiannya,
emak aku tinggal di rumah aku pulak. Kami
bersahur dan berbuka puasa bersama-sama.
Pada 25/5/2019, aku telah meraikan emak dengan program berbuka puasa di rumah aku bersama-sama dengan adik
beradik aku, anak-anak aku dan anak-anak saudaraku. Suamiku..??? Invisible.
Seminggu
sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri, emak aku minta dihantar balik ke
rumahnya. Maka, aku hantarkan emak aku
balik ke Silibin. Kami semua balik ke
rumah emak di Silibin dan kami bermuafakat untuk mencantikkan dinding rumah
emak aku dengan memasang Wall Paper. Wah.. Suasana dalam rumah mak dah
nampak seperti rumah baru disebabkan
pemasangan Wall Paper itu.
Bagaimana
keadaan emak...??? Walaupun kami telah melayani
emak sebaik mungkin, Emak masih suka mendiamkan diri daripada berceloteh
seperti dahulu. Emak lebih suka
memerhati tingkah laku kami daripada
banyak bersembang. Perilakunya juga sekarang ini seperti kanak-kanak. Emak juga mudah jadi pelupa. Namun, emak tidak berhenti berzikir. Apabila
aku bertanya, apa yang emak zikirkan..? Emak
menjawab; LA ILA HA IL LALLAH. Kini, emak tinggal di rumahnya dan tidak ikut
kami balik lagi.
Sehari
sebelum Raya Aidil Fitri @ 4/6/2019, aku telah memasakkan Rendang Daging Masak
Hitam dan Rendang Ayam Daun Limau Purut untuk emak. Pada sebelah tengaharinya, anakku, Muhammad Iskandar telah
menghantarkan kesemua masakan tersebut berserta beberapa biskut hari raya dan beberapa batang pulut lemang ke rumah emak
di Silibin sebagai persiapan juadah untuk berhari raya
pada keesokan hari @ 5/6/2019.
Apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri @ Syawal pada 5/6/2019, sepertimana pada tahun-tahun yang lalu, suami aku tak
pernah meraikan hari raya bersama dengan aku.
Suami aku juga tidak pernah bergilir untuk meraikan raya itu bersama dengan aku. Suami aku memang tak mampu nak melaksanakannya demi nak
menjaga hati dan perasaan Isteri sulongnya itu. Haa…aku nak nasihatkan
sikit kepada lelaki-lelaki di luar sana, jikalau kau ada niat nak berpoligami, aku
menasihatkan “Janganlah
mencari penyakit..” Sebab engkau tak
mungkin mampu nak bersikap adil terhadap isteri-isteri engkau dan engkau hanya
akan mewujudkan perasaan sakit hati
kepada para isteri ajer.. Lebih baik kau jaga dan kau miliki seorang isteri
jer... Jikalau suamiku terbaca blog ini, Yang minta maaf yek.. Yang tak mengata
abang tapi Yang menasihat lelaki lelaki yang teringin nak ikut jejak kita tuu…
Maka, sepertimana
di tahun-tahun yang lalu, aku dan anak anak
meraikan Hari Raya Aidil Fitri di rumah emak aku jer… Kemudiannya, anak-anak
aku balik ke Tronoh meraikan Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan ayah kandung mereka. Seharian aku berhari raya di rumah emak aku.
Pada Hari Raya Aidil
Fitri @ Syawal yang ke empat, adik aku yang bernama Am telah membawa emak aku
tinggal dengannya di Sungai Petani hampir sebulan. Adik aku memberitahu kepada aku bahawa emak
tidak ada selera apabila makan di rumah. Maka, adik aku selalu membawa emak makan di luar iaitu ke restoran dan
gerai. Emak juga suka jikalau
dipelawa dibawa bersiar melihat
pemandangan. Maka, adik aku meraikan
emak dengan kerap membawa emak keluar. Ketika adik aku hendak menghantar anaknya ke sekolah
ataupun menjemput anaknya balik dari sekolah, emak pasti tidak ketinggalan, emak pasti dibawa bersama.
Bagaimana
tahap kesihatan emak? Emak adalah seorang
pesakit kencing manis dan merupakan seorang pemakan ubat kencing manis, darah
tinggi dan kolesterol. Kemungkinan atas kelalaian kami selama ini, dan juga
oleh kerana emak kerap lupa, maka emak selalu terlupa samada emak sudah makan ubat atau
belum.
Ini
menyebabkan bacaan gula dalam darah emak tiba-tiba menjadi begitu tinggi iaitu
28 mmol/L. Mujur emak tidak mengalami
pra-ketidaksedaran atau pengsan. Pada 1/8/2019, apabila
emak dibawa berjumpa doctor, doctor telah menyarankan bahawa emak perlu dicucuk
insulin dan diet pemakanan emak perlu dipantau selama sebulan ini.
Maka, adik
ipar bongsu aku bernama Ila telah pergi tutorial untuk belajar cara mencucuk insulin di perut emak. Begitu juga
kami semua. Kami semua tetiba menjadi
doctor. Kami perlu menjaga ubatannya @
cucuk insulin di perut emak dan memantau diet pemakanannya.
Namun emak
sangat berselera ketika makan. Apatah
lagi makan makanan yang sepatutnya emak berpantang. Emak makan durian. Emak minum minuman air bergas seperti Coca
Cola. Adoihai… emak sangat berselera dan
kami tidak mampu untuk melarangnya daripada menjamah semua jenis makanan yang
dimakannya itu.
Pada Hari Raya
Aidil Adha @ 11/8/2019, bacaan gula dalam darah emak menjadi begitu tinggi sehinggakan alat
membaca gula tersebut tidak dapat mengesan.
Maka, aku berpesan kepada semua adik beradik ku, supaya sorok semua
minuman bergas itu. Begitu juga dengan
makanan lain yang mudah meningkatkan bacaan gula dalam darah seperti pulut lemang.
Pada hari
kedua, Hari Raya Aidil Adha @ 12/8/2019 pula, kami telah bersepakat untuk meraikan emak dengan
makan berkelah di bawah pokok rambutan yang rendang iaitu pokok rambutan yang ditanam oleh arwah bapa tiri ku semasa
hayatnya, yang terletak di halaman rumah emak.
Kami menyediakan
makanan untuk makan tengahari berupa nasi
dan pelbagai juadah lauk pauk. Masakan utama adalah Daging dan Ayam Bakar. Ada rebusan sayur pucuk ubi, sambal belacan. Ada
salad sayuran dan salad buah-buahan. Ada juga Yong Tau Fu yang
disediakan oleh Opah Hawa. Kami juga menyediakan minuman air detox iaitu
air lemon campur dua batang serai tanpa
gula atau garam. Suasana berkelah dibawah pepohon pokok rambutan di halaman rumah emak itu sangat menyeronokkan. Sesekali kami disejukkan dengan tiupan bisikan angin sepoi sepoi bahasa. Kami langsung tidak terasa kepanasan matahari ketika berada di bawah pepohonan pokok rambutan yang rendang itu.
Selepas
meraikan Hari Raya Aidil Adha pada hari kedua di rumah emak, kami semua balik ke rumah masing
masing. Pada 13/8/2019, kami telah dimaklumkan
oleh abang sulong bahawa bacaan gula dalam darah emak sudah kembali normal iaitu 8 mmol/L. Wah… Alhamdulillah.
Syukur sesangat. Hasil daripada sifat keperihatinan kesemua
adik beradik, yang memantau diet pemakanan emak dimana adik ku, Wahida telah
membelikan susu yang sesuai untuk pesakit kencing manis, dan dia juga berusaha
merawat emak secara Syifak. Nampaknya,
emak semakin beransur pulih dan insyaallah, daya ingatan emak mungkin akan kuat
semula seperti sediakala. Amin.