Sabtu, 23 April 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 6)

Destinasi yang seterusnya adalah destinasi ke 7 iaitu mandi di MATA AIR PANAS PORING. Namun kami telah memberitahu AJ bahawa kami tidak berminat untuk mandi disini.  Bagaimanapun, AJ membawa kami melihat tempat ini dan suruh kami bergambar. 





Setelah selesai bergambar di sini, kami dibawa ke destinasi ke 8 iaitu TAGAL SPA IKAN.  Jika disebut SPA ikan, tentu ramai yang membayangkan saiz ikan spa itu kecil kecil taapiii... di sini saiz ikannya besar besar.  Ikan keli panjang 2 kaki pun adaaaa.....




Terpejam pejam biji mata sebab menahan geli apabila dikelilingi ikan ikan bersaiz besar


Hitam hitam ikannya... ikan keli pun ada.. panjang 2 kaki..😃

Selasa, 19 April 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 5)

DESA DAIRY FARM juga adalah diantara tempat yang mesti dilawati apabila bercuti ke Sabah.  Disini memang ramai pengunjungnya.  Disamping mereka ingin melihat tempat ternak lembu susu, mereka juga ingin membeli susu segar dan beberapa produk keluaran susu lembu di ladang ini. 

Kami juga tidak melepaskan peluang ini. Didalam itinari kami memang telah disenaraikan dan menjadi destinasi yang ke 6.

Ramai orang di sini, memang payah nak bergambar..




Sedang bersiar siar nak bergambar, ehh.. perut pulak buat hal.. Nak pi cari toilet lah pulakkk... Toiletnya jauh dari pintu masuk Desa Dairy Farm ni.  Sedang aku melepaskan hajat, fon berdering pulak.. Ajer, aku tak de le nak bangun gi ambik fon dalam beg tuu... 

Apabila sudah selesai,  alamak...!!!. 

Aku tengok ada satu mis kol.  Begitulah keadaan apabila berpisah bukan atas kemahuan sendiri, berpisah tanpa rela.. Berpisah dalam berkasih sayang... Berpisah kerana mahu menyenangkan hati orang... Berpisah tanpa ada benci ni lain maciammm, kan... Akhirnya, kau hanya mendapat fizikalnya tapi aku.. masih terus mendapat jiwa cintanya 😍😄 (ada banyak lagi kisahnya di Part 11 nanti... tunggukanlah, ye...)

Aku pun wasap le disebabkan tak sempat menyawab kol tu..  "Maaf, tk sempat jwb kol, tadi ada dlm toilet"😉   Mis kol tu sudah tentunya daripada si dia la.. yang miss i tu... 😍



Melihat dari kejauhan, pun okay juga..