Assalamualaikum, aku ingin mencoretkan kenangan di sini untuk memori ku satu ketika nanti.
Sudah lama tanam niat di hati, ingin menghabiskan masa bercuti berduaan dengan anak bongsu ku, Muhammad Iskandar. Pada tahun 2016, tahun yang menyedihkan setiap hati terutama, Muhammad Iskandar yang terpaksa melalui banyak ujian kesakitan sehingga menyebabkan pembedahan di Spinal C-3. Pada tahun 2017, beliau semakin pulih walaupun ada kalanya dia juga menahan kesakitan, dan aku tidak putus-putus mendoakan agar anakku, Muhammad Iskandar sihat seperti sediakala, dan aku mengharap kasih sayang Allah agar memberikan keajaibannya untuk anakku, Muhammad Iskandar.
Aku merancang untuk membawanya bercuti tetapi aku belum tau nak kemana. Aku bertanya kepada anakku dengan menyarankan beberapa tempat, mungkin ke Singapura, Bangkok atau ke Bandung, dan ternyata anakku ingin bercuti ke KRABI, Thailand. Oleh itu, aku mula search agen pelancongan yang boleh menguruskan percutian ini, dan aku telah menemui seorang agen bernama Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD, Ipoh. Cik Syahirah Ismail telah menguruskan segalanya termasuk pembelian tiket kapalterbang Air Asia untuk pergi dan balik, penempahan bilik hotel di Hasna Palace Hotel, Krabi dan pembelian tiket-tiket bagi aktiviti-aktiviti yang akan kami sertai di Aonang, Krabi, Thailand. Pakej kami ini adalah untuk 4 hari 3 malam dengan bayaran sebanyak RM1,503.00 setiap seorang.
Kami telah memilih untuk bercuti pada 24/02/2018 hingga 27/02/2018. Maka pada 23/02/2018 jam 4:15 petang, aku pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Sri Maju Ekspress dan turun di TBS, lalu dijemput oleh anakku untuk bermalam di rumahnya, di Cheras. Malam ni, kami sebok membuat persiapan menyediakan segala barang keperluan kami untuk bercuti di KRABI. Ha.....jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti Panadol juga yek.... Aku juga menyediakan biji selasih dan garam kasar yang boleh dimasukkan ke dalam air botol minuman kerana kedua-dua bahan ini salah satu sumber yang boleh mengurangkan suhu panas dalam badan, manalah tau.. bimbang nanti takut-takut sakit kepala ke...., demam ke... tak tau nak cari farmasi di perantauan ni, kann....
Keesokannya, pada 24/02/2018, awal-awal pagi, kami telah menaiki kereta menuju ke rumah kawan anakku di Sepang, dan minta bantuan daripada kawannya bernama Tasya untuk menghantar kami ke lapangan terbang KLIA 2 untuk menaiki kapalterbang Air Asia bernombor AK 868 ke KRABI.
Kapalterbang Air Asia bernombor AK 868 yang kami naiki berlepas dari KL ke KRABI pada jam 13:30 tengahari. Beza waktu diantara Malaysia dengan KRABI adalah 1 jam. Didalam kapalterbang, kami telah disediakan dengan makanan untuk makan tengahari iaitu Chicken Pasta Arrabiata. Penerbangan kami mengambil masa selama 1 jam 20 minit. Maka, kami telah sampai di International Airport KRABI pada jam 14:55 waktu Malaysia (13:55 waktu KRABI).
Setelah kami sampai di KRABI, kami melihat ada seorang lelaki berdiri yang sedang memegang kertas dengan memaparkan namaku, ROHIDA 😊😊. Kami mendekatinya dan beliau memperkenalkan dirinya dengan nama Sulaiman. Beliau adalah pemandu pelancong kami (Private Tour Guide) yang telah dilantik oleh AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD yang menyambut kedatangan kami berdua. Manakala, Encik Hasri yang juga pemandu pelancong (Private Tour Guide) yang dilantik oleh AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD pula akan menguruskan segala aktiviti kami berdua semasa kami berada di AONANG, KRABI, Thailand. Kami telah dijemput dengan menaiki sebuah kereta.
Itinerari percutian ke KRABI pada 24/02/2018 hingga 27/02/2018

HARI PERTAMA (24/02/2018) Jam 14:55 (waktu Malaysia)
Dari Airport International Krabi, kami dibawa meronda dan melawat ke Pekan Krabi. Di sini kami dibawa ke perairan Krabi Town River. Menurut En. Sulaiman, di sungai tersebut dahulunya adalah paya bakau dan didalam perairan tersebut dipenuhi dengan ketam. Mungkin inilah punca terciptanya nama KRABI 😊.
Wajah kegirangan apabila kapalterbang yang kami naiki selamat mendarat dan kami telah selamat sampai di International Airport Krabi, Thailand. Sempat juga kami meminta Encik Sulaiman supaya mengambil gambar kami buat kenangan 😊.
Terdapat dua buah gunung yang tegap berdiri yang dapat dilihat dari perairan Krabi Town River. Kami telah diberitahu oleh Encik Sulaiman bahawa gunung tersebut adalah mercu tanda Krabi. Kami dibawa ke sini untuk menyematkan memori dengan mengambil gambar-gambar kenangan di kawasan ini. Senario di persekitaran Krabi Town River amat bersih dan cantik. Kami diberitahu lagi bahawa pada setiap tahun dari bulan Disember hingga April adalah High Season yang mana semua kos adalah mahal. Manakala bermula pada bulan Mei hingga November pula adalah musim Low Season sebab pada bulan-bulan tersebut adalah musim hujan di Krabi, dan kos harga barangan atau hotel murah sahaja. Pada masa kami berada disini, cuaca sangat panas dan terik. Nampak tak dua gunung yang menajam macam dua lidah di belakang gambar kami tu, ha... itulah gunung Mercu Tanda Krabi yang dikelilingi oleh air yang jernih dan kebiruan.
Memandangkan perairan ini dahulunya dipenuhi dengan ketam, maka kerajaan Thai telah membuat artifak berbentuk ketam yang dikenali dengan Ketam Hitam yang menarik minat pelancong-pelancong untuk bergambar dengannya.
Kami bergambar sepuas-puasnya di sini walaupun cuaca di sini amat panas dan terik. 😊😊😊
Selepas kami puas bergambar di Krabi Town River, kami berdua dibawa melawat ke tempat pemeliharaan ikan iaitu di Krabi Coastal Fisheries Research And Development Centre @ Krabi Thailand yang mempunyai banyak ikan Kerisi, ikan Merah, dan beberapa jenis ikan lagi yang aku tak tahu namanya, yang boleh dimakan isinya. Kami diberitahu lagi oleh Encik Sulaiman bahawa kerajaan Thai sengaja menternak ikan-ikan ini untuk rakyatnya dan kerajaan Thai telah menjual ikan-ikan tersebut kepada rakyatnya dengan harga yang murah.
Cuaca di Krabi pada masa ini sangat panas dan terik. Anakku tidak tahan lagi dengan cuaca ini dan meminta Encik Sulaiman menghantar kami check-in hotel iaitu di HASNA PALACE HOTEL, KRABI di Aonang Krabi, Thailand. He..he... nampak tak, suami ku berkata, "eee...pilih hotel nama serupa cam nama abang, Hasanal..." Hmm..aduhai, suamiku jeles la tu....😁😁 Itu la, Yang ajak ikut, abang tak nak... Risau sangat takut isteri tua jeles, ha.. Abang jangan nak jeles ekkk...... Yang gi jalan-jalan nikmati keindahan ciptaan Allah dengan anak bongsu, okay....
Okaylah, esok, kita sambung cerita mengenai aktiviti kami pada malam pertama kami berada di Aonang, Krabi, Thailand di dalam tulisanku yang berikut bertajuk Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 2).