Jumaat, 3 Februari 2023

Hidup Baru (Part 2)

Setelah 3 bulan aku menjadi suri rumah ataupun pesara, aku alami demam dan sakit teruk selama 2 minggu. Aku jarang kena sakit tapi entah kenapa tetiba aku sakit begitu lama. Anak aku pula semakin pulih dan semakin sihat. Alhamdulillah. Pun begitu, dia masih tidak boleh berjalan dengan betul, tangannya masih tidak boleh pegang dengan betul, mulutnya tidak boleh bertutur dengan betul dan matanya gagal melihat dengan betul. Dia berjalan menggunakan tongkat. 

Berbalik kepada keadaan aku yang sakit itu.. Mulut aku pecah. Ulcer. Pernafasan agak sempit. Aku risau juga. terkena covid ke? Aku test, negatif. Hmm...badan masih tak bermaya. Suatu hari, bekas adek ipar aku beritahu aku mengenai spincycle di JayCycle. Aku pun berminatlah nak pergi gym tu.  Wah.. apabila aku spincycle, paru paru aku rasa lapang, pernafasan rasa lapang, otak juga rasa lapang, mood jadi sangat bagus. 

Maka, bermulalah hidup baru aku tu.. Aku mula aktif dalam excersize spincycle. Wow, walaupun aku hanya pergi seminggu sekali dalam tempoh sejam saja, badan aku jadi kurus. Alamak... Kurus bukan target aku sebab...sebab aku memang kurus..๐Ÿ‘ฉ

Spincycle pada kali pertama dengan Syikin. Selepas spin, Syikin sakit urat. Maklumlah urat terkejut dan jadi tegang ๐Ÿ˜‚ dan akhirnya dia tak mahu joint spincycle lagi..




Pada minggu minggu yang berikutnya, aku pergi seorang jer... 
Tanpa berteman pun, aktiviti aku diteruskan juga. Tak jadi  hal la.., aku biasa bersendiri ni.. tak perlu orang untuk jadi peneman.. bukan cam setengah orang tu, pergi pasar malam pun nak berteman๐Ÿ˜‚

Cuti CNY aku ajak adik ipar joint pulak.. Bagi dia rasa betapa seronoknya berspincyle.
Nampak tu, bersemangat je dengan baju orennya.


Di JayCycle juga ada program Belajar Fardhu Ain denagn grup PAWE. Aku tak ketinggalan, joint juga grup tu... Ya la, alang alang dah spincycle di Tingkat 2, apabila turun aku terus masuk  kelas Fardhu Ain  di tingkat 1 pulak. Sekali arung jer...Badan sihat, ilmu dapat. Selain daripada itu, aku juga telah pergi ke Kelas Mengaji Quran secara personal untuk mendalami ilmu bacaan quran di Al Baghdadi Medan Gopeng.



 

Apa lagi aktiviti yang aku buat...? Ha.. waktu zaman sekolah dulu, aku tak berpeluang nak joint aktiviti lasak ni. Makanya, inilah masa untuk aku merealisasikannya walaupun sekarang ini, aku bakal berusia 58 tahun. Alhamdulillah, aktiviti yang aku buat ni sangat menyihatkan badan aku.


Mendaki bersama Uyah ke Bukit Bangkong Chemor dengan ketinggian 312 meter.


Sempat bergambar dalam separuh perjalanan mendaki Bukit Batu Suluh Ulu Kinta


Bersama Uyah kaki hiking.


Alhamdulillah. Rasa teruja kerana berjaya memanjat batu kapur menuju ke puncak Bukit Batu Suluh setinggi 401 meter

Dalam kumpulan aku ni, bukan semua berjaya ke puncak batu ni.. hanya kami 3 orang jer..
Haa.. ada yang geram jer tengok aku duk relex relex di puncak tu..๐Ÿ˜„
Sebenarnya, panjat batu kapur ni memang sangat mencabar.

Apabila ada peluang, pergi menapak ke Bukit Bangkong lagi tapi pada kali ini, aku pergi dengan adek ipar pulak...

Bermula dengan tempat rendah, akhirnya aku berjaya mendaki Bukit Kledang setinggi 800 meter  

Bersama Uyah kaki hiking. Kami kesini hanya berdua saja.

Penat tak terkata tapi.. semangat, gigih juga memanjatnya. Waktu menurun, rasa nak   tempah kasut roller jer,. Terasa sakit kaki tu tapi.. aku sangat berbangga, Allah pinjamkan badan yang sihat dan aku berkesempatan memanjat Bukit Kledang ini diusia 58 tahun. Alhamdulillah.

Jika badan maintain sihat, maintain kurus, maintain berkudrat, kita cuba panjat bukit lain pulak, ye dak...  Apabila dapat buat sesuatu yang kita terlepas dizaman muda, rasa nikmatnya, aumm..๐Ÿ˜‚

Cukuplah setakat ini dulu coretan untuk kenangan. Nanti, aku sambung lagi.

Hidup Baru (Part 1)

Tiba tiba aku menerima panggilan talipon daripada anak bongsu aku sewaktu aku sedang berehat pada jam 12 malam.  Dia mengatakan bahawa dia mengalami kemalangan jalan raya di hadapan Starbuck Tambun. Aku panik. Aku terus pergi ke tempat kejadian bersama anak kedua aku. Aku mendapati bonet hadapan kereta Myvi aku remuk. Airbag di stering dan tempat penumpang kedua juga telah pecah. Ini  menunjukkan ada hentakan kuat yang berlaku ketika kemalangan itu. 

Bagaimana keadaan anak aku....??? Anak aku seperti orang kebingungan. Blur. Namun, tiada sebarang kecederaan diluar anggota badannya. Pada malam itu juga, kami ke balai polis membuat repot kemalangan dan membawa kereta ke bengkel untuk dibaiki dengan menggunakan khidmat tontow.



Pada keesokan hari, kawan anak aku datang dari Kajang ke Ipoh. Dia datang untuk menjemput anak aku balik ke Kajang. 

Pada hari Isnin, anak aku perlu melapurkan diri untuk memulakan kerja di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya tetapi sewaktu anak aku hendak menulis borang pelapuran diri, tiba tiba tangannya kaku, tidak boleh menulis dan penglihatannya terganggu. Semakin hari kesihatannya semakin merosot. Pergerakan dia terganggu serta terbatas seolah lumpuh disebelah kanan.




Tanpa berfikir panjang, aku dan ayah kandung anak aku telah pergi ke Kajang menjemput dia balik ke Ipoh. Perniagaan anak aku terpaksa ditutup. Segala barang milik dia juga terpaksa dijual. 



Apabila anak aku sudah dibawa balik ke Ipoh, dia diberikan rawatan di Hospital Permaisuri Bainun. Pada semasa itu, keadaan kesihatannya semakin meleset, dan dia benar benar perlukan seorang pembantu untuk membantu dia dalam segala pergerakannya, terutama membantu dia untuk makan.

Dia juga pernah terjatuh kerana gagal berdiri dengan betul dan gagal memegang dengan tegap, yang mengakibatkan dagunya luka berdarah. 

Asbab perkara itu, menantu sulung menyuruh aku berhenti kerja di firma guaman yang mana aku telah berkhidmat selama 31 tahun di situ. 

Pada awalnya, aku sukar untuk membuat keputusan untuk berhenti kerja sebab aku bimbang bagaimana nak meneruskan hidup tanpa wang. Aku bukan kerja gomen yang ada pencen atau wang gratuiti. Aku hanya ada KWSP. Itu pun dah selesai digunakan, tiada berbaki lagi. Mujurnya, Allah murahkan rezeki anak menantu sulong aku. Dia telah menggantikan jumlah wang gaji aku itu sebagai elaun bulanan. Oleh itu, pada 17 Jun 2022, aku pun resign dan menjadi seorang suri rumah ataupun pesara.

Maka, bermulalah kisah hidup aku sebagai surirumah atau pesara. Sebenarnya, aku ni seorang yang tak boleh duk diam. Mujurnya, aku ada skil untuk mengurut dan aku adalah seorang  Juruterapi yang memberikan rawatan urutan untuk wanita.  Dulu, aku kerap urut customer di rumah mereka tapi sekarang, memandangkan anak aku sakit, maka aku ambil upah urut di rumah aku jer.. Bagaimana hidup aku sebagai seorang surirumah yang tidak bekerja @ pesara...? BACA SEORANG JE KE TUU.? KAN LEBIH BAIK BACA BERUKHWAH DENGAN PASANGAN AWAK๐Ÿ˜‚(Sambung part 2)