Assalamualaikum, kita sambung lagi cerita pengalaman kami berada di KRABI, Thailand. Sebelum aku bercerita dengan lebih panjang, biar aku beritahu dahulu, beza nilai matawang Baht Thai dengan Ringgit Malaysia pada 19/02/2018 adalah seperti berikut:-
Aku menukar matawang Ringgit Malaysia sebanyak RM508.00 dan aku memperolehi sejumlah 4,000.00 Baht Thai. Maka, 2,000.00 Baht aku sediakan untuk kegunaan anakku dan bakinya 2,000.00 Baht untuk kegunaan aku sendiri. Bagaimanapun, sebenarnya, kami berkongsi Baht ketika berbelanja di Aonang, Krabi, Thailand.
Di Hasna Palace Hotel, Krabi, kami mendapat pakej yang menyediakan makan malam pada 24/02/2018 dan tiga hari minum@makan pagi iaitu pada 25/02/2017, 26/02/2018 dan 27/02/2018. Bagaimanapun, aku telah tersalah pandang dan oleh kerana aku terlalu teruja nak keluar malam melihat suasana pekan Aonang, Krabi pada malam itu, maka aku terlupa meminta resit makan malam bagi malam tersebut (24/02/2018).
Setelah kami check-in hotel pada jam 5:00 petang waktu tempatan (6:00 petang wkt Malaysia), kami berehat seketika, mandi dan bersolat, Solat Zohor dan Asar secara Jamak Takhir Qasar. Anakku pula tertidur. Beliau letih mungkin disebabkan cuaca yang panas terik itu dan beliau perlu berehat secukupnya. Pada jam 8:00 malam waktu tempatan (9:00 malam wkt Malaysia) kami telah bersiap dan keluar mencari kedai@restoran untuk makan malam pada Hari Pertama di Aonang, Krabi, Thailand.
Sewaktu kami berjalan-jalan di Aonang Muslim Street, Krabi, Thailand, kami terjumpa Restoran Malaysia-Krabi. Kami difahamkan oleh pekerjanya bahawa pemilik restoran ini adalah warganegara Malaysia dari Negeri Perlis.
Sewaktu kami berjalan-jalan di Aonang Muslim Street, Krabi, Thailand, kami terjumpa Restoran Malaysia-Krabi. Kami difahamkan oleh pekerjanya bahawa pemilik restoran ini adalah warganegara Malaysia dari Negeri Perlis.
Harga makanan di restoran ini agak berpatutan dan amat puas hati ketika menikmati keenakkan makanannya.
Nak tau tak, apa yang kami makan? Inilah tomyam yang terdiri daripada pelbagai jenis seefood dan juga sedikit kepingan ayam. Rasanya...😋😋
Enak dan harganya juga berbaloi, 150 Baht (RM19.05) semangkok besar tuu... Kami memesan makanan untuk dua orang sahaja, tetapi tengoklah... dia hantar semangkok besar tu, seolah-olah nak makan empat orang..😊
Ini pula adalah udang goreng sambal. Rasa keenakkan masakan di restoran ini seolah-olah kita sedang menikmatinya di restoran, Malaysia. 😊 Hidangan udang gorng sambal ini juga didalam piring yang besar dengan jumlah udangnya yang banyak. Jenuhlah kami berdua nak menghabiskannya. Harganya adalah 150 Baht (RM19.05)
Selain daripada kedua-dua makanan yang dinyatakan di atas, kami juga memilih untuk memakan sayur. Jadi inilah gambar sayur tersebut. Harganya adalah 80 Baht (RM10.16)
Dua pinggan nasi putih berharga 40 Baht (RM5.08) dan minuman yang aku pesan adalah segelas Jus Mentimun yang berharga 50 Baht (RM6.35).
Untuk malam ini (Hari Pertama Makan Malam di Aonang, Krabi) kami berbelanja sebanyak 470 Baht Thai (RM59.69)
Selepas menikmati makan malam di Restoran Malaysia-Krabi, kami berjalan-jalan di sekitar Aonang Muslim Street melihat keadaan di persekitaran Aonang, Krabi, Thailand. Ternyata Aonang Krabi, Thailand adalah sebuah Pusat Pelancongan. Kami melihat banyak boots kecil untuk Ex-Change Money yang membolehkan pelancong menukar matawang mereka pada bila-bila masa sahaja. Untuk mereka yang menginap berhari-hari di Krabi, mesin basuh pakaian yang disewa ada juga disediakan.
Terdapat banyak pejabat-pejabat kecil agen-agen pelancongan yang boleh menguruskan lawatan ke Hutan dan ke pulau-pulau yang disediakan. Terdapat juga skuter-skuter yang disewakan bagi memudahkan pelancong untuk menikmati keindahan semasa free time masing-masing.
Kami juga amat teruja apabila melihat banyak gerai-gerai makanan halal di sini. Kami diberitahu oleh Encik Sulaiman bahawa hampir 90% penduduk di Krabi terutama di kawasan Aonang adalah terdiri daripada penduduk berugama Islam.
Pada malam ini, kami hanya berjalan-jalan dan tidak membeli apa-apa pun. Selepas puas berjalan kaki di Aonang Muslim Street, Krabi kami balik ke hotel.
Nak tau tak apa seterusnya....? Selepas kami balik ke hotel, anakku minta izin untuk turun semula. Makanya, apa yang terjadi..? Aku ditinggalkan seorang diri di hotel, dia pula telah turun semula dan tidak lama kemudian, dia balik ke hotel dengan beberapa helai T-Shirt. Rupa-rupanya dia turun pergi membeli sehelai baju T-Shirt untuk aku.
Akuuu......? Tidur la...ZZzzz.
Esok kita sambung Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 3) mengenai lawatan kami ke Hot Stream, Emerald Pool dan naik gajah. Bye.
Esok kita sambung Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 3) mengenai lawatan kami ke Hot Stream, Emerald Pool dan naik gajah. Bye.