Anakku Iskandar ingin menghabiskan cuti tahunan dan dia telah mengambil cuti pada 20/10/2018 dan 21/10/2018. Iskandar pulang ke Ipoh dan bercuti bersama seorang sahabat karibnya yang dikenali dengan panggilan nama Afiq. Anakku dan sahabat karibnya memberitahu bahawa mereka ingin cuti bersiar di dalam negeri Perak ni.
Sememangnya telah menjadi tabiat aku, apabila terdengar mereka nak bercuti ke suatu tempat, maka aku pun seboklah survey tempat tempat yang boleh dilawati di sekitar Perak ini. Aku pun deraf satu itineri perjalanan percutian itu. Mereka terima beberapa cadangan itineri yang aku berikan itu. Maka, pada 19/10/2020, anakku dan Afiq bergerak balik dari Kajang ke Ipoh.
Keesokannya, 20/10/2020 jam 10:00 pagi, kami bertiga keluar bersarapan terlebih dahulu sebelum ke Taiping. Tempat pertama yang kami singgah adalah Museum Taiping. Kami dikehendaki membeli tiket dengan harga RM2.00 setiap seorang. Di Museum ini terdapat banyak gambar gambar lama, barang lama dan rangka tulang binatang binatang serta binatang binatang yang diawetkan. Tidak kurang juga pameran kenderaan lama. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar buat kenangan.
|
Sewaktu ni Iskandar menggunakan tongkat kerana pangkal tulang kaki kanannya sedang terhakis. |
|
Sebelum masuk ke Bangunan Museum Perak, kami bergambar dahulu di luar ni. |
|
Ini salah satu kenderaan lama di zaman British menetap di Tanah Melayu. |
|
Sebenarnya kami dilarang daripada mengambil gambar ketika berada didalam Museum ini. Makanya, banyak gambar barangan lama gagal diambil
Selepas kami melawat Museum Perak, kami bergerak ke Zoo Taiping. Memandangkan tempat meletak kereta dengan pintu masuk Zoo Taiping agak jauh dan Iskandar pula berjalan perlahan menggunakan tongkat, maka kami berfikir ianya tidak sesuai untuk Iskandar meneruskan lawatan di dalam Zoo Taiping yang luas itu.
Kami beredar dari Zoo Taiping dan mencari satu tempat lagi iaitu tempat kuda.. Aku dah lupa pulak nama tempat tu.. Sayangnya, tempat itu tidak beroperasi lagi.
Kebanyakkan nama tempat tempat yang kami senaraikan sudah tidak diurus lagi. Seterusnya kami mencari gerai menjual cendol yang dikatakan popular di Taiping ni.. Namun apabila kami sampai di gerai itu, kami tidak berselera untuk menjengahnya lalu kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Kangsar.
Di Kuala Kangsar juga ada beberapa tempat yang ingin dilawati tetapi tempat tempat tersebut sudah tidak beroperasi lagi dan juga sedang dibaik pulih.
Kami hanya sempat singgah di Istana Iskandariah dan Mesjid Ubudiah sahaja.
Seterusnya, kami singgah makan tengahari di Pekan Kuala Kangsar di tepi sungai itu. Tempat makan ni memang popular. Ramai pelanggan yang makan di sini. Selepas perut kenyang, kami membeli ole-ole yang popular didalam negeri Perak iaitu Labu Sayong dan Periuk Tanah. Aku hadiahkan sebuah Labu Sayong untuk emak Afiq.
Memandangkan kami tidak ada arah tuju lagi, maka kami pulang awal ke Ipoh. Pada sebelah malam jam 8:00, kami berkumpul dan makan malam keluarga di Restoran Siam yang terletak di Pekan Tambun serta buat surprise meraikan Ulangtahun Hari Lahir Iskandar yang ke 26 tahun in advance. Pada malam ini, menantu sulongku tidak dapat pulang untuk meraikan bersama-sama kerana dia sebok bekerja di Kuala Lumpur.
Restoran Secret Siam di Pekan Tambun.
Birthday Iskandar yang ke 26 Tahun.
Masa yang paling berharga adalah apabila kita dapat berkumpul dan makan bersama keluarga tapi pada hari ini, aku kekurangan seorang ahli keluarga iaitu menantu sulongku.
Okaylah... sok aku sambung Part 2.
|