Assalamualaikum.
Aku coretkan kisahnya di sini.
HATI SEORANG TUA
--------------------------------
Mengenang kisah semalam, setelah
kematian abah pada 08/12/2018, emak mulai merasai sunyi. Biarpun di rumah kediamannya, emak
ditemani oleh anak cucunya, namun ia tidaklah sama sebagaimana kehadiran suami
di sisinya selama ini.
Kerinduan emak terhadap suaminya sangat
jelas apabila emak berkata, "sejak abah kamu tak de, emak rasa sunyi
juga".
Namun aku dengan senyum sambil melawak
berkata, "ya la... Dah tak de kawan bergaduh, kann... ".
Sambil tersenyum juga emak membalas
"ya". Mungkin emak terkenang sesuatu semasa emak bersama abah, sebab
tu emak tersenyum. 26 tahun usia perkahwinan emak dengan abah selepas kematian
apak yang meninggal dunia di usia muda.
Aku terkenang sewaktu aku kecil dulu,
emak akan cuba menghiburkan hati anak anaknya walaupun emak tiada kemampuan
kewangan.
Maka, selepas kami makan malam di sini,
aku pandu kereta membawa emak meronda@round sekitar Bandar Ipoh. Aku bawa emak
meronda ke tempat tempat yang sering dilewati oleh emak dan abah semasa hayat
abah masih ada.
Sambil aku memandu kereta, aku bermohon
kepada Allah agar emak gembira walaupun layanan yang aku beri ini tersangat
sedikit.
Kami berbual bual sambil mengenang kisah
emak dan abah yang sering keluar berduaan, bermotoran di Bandar Ipoh ni, aku
lihat terpancar cahaya kegembiraan di wajah emak.
Begitulah hati seorang tua yang sering
memendam rasa tanpa kita ketahui melainkan kita cuba menyelami untuk mengetahui
perasaannya.
Di wajah ini, senyumannya itu ternyata
emak sedang kesunyian merindui abah. Namun, emak aku adalah seorang wanita
tabah yang sangat aku banggakan.
Sayang emak. Sayang arwah apak dan abah.
Muga orang orang kesayangaku ini menduduki syurgamu, Ya Allah. Amin.
Aku dan emak
Abah (Nordin Bin Othman)
Apak (Mat Wahi Bin Ngah Draoh)