Memaparkan catatan dengan label dchl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dchl. Papar semua catatan

Ahad, 11 Januari 2015

Di saat aku memerlukan...


Selepas aku menunaikan Solat Witir didinihari  sepertiga malam, aku telah menyambung semula tidurku di atas katil kesayanganku.  Sambil berzikir, aku memikirkan sesuatu, dan akhirnya aku telah hanyut didalam tidurku.

Kemudiannya, aku, suami dan anak lelaki telah berada di sebuah rumah. Kami sampai sewaktu hujan. Selepas kami meletakkan barang/beg kami di bilik itu, kami pergi ke sebuah restoran yang berada di bangunan yang sama untuk mengisi perut kami yang kelaparan.  Pada masa itu, aku sedang mengecas talipon pintarku di bilik itu.  Makanya, aku telah meninggalkan talipon pintarku itu semasa aku ke restoran tersebut.  Selepas habis makan, kami balik ke bilik, dan bersiap untuk "check-out".

Apabila kami turun untuk keluar dari rumah tersebut, hari masih hujan.  Anehnya, aku lihat ada banyak kasut di rumah tersebut tetapi aku tidak jumpa kasutku. Tak tahu, kemana menghilangnya. Tiba-tiba suamiku bertanya,"dah jumpa kasut?". Aku menjawab "tidak ada" dan suamiku menyambung dengan kata-kata, "emmm..anjing dah bawa lari lah tu..".  Suamiku minta kami cepat, dan kami bersegera pergi kepadanya lalu meninggalkan rumah tersebut. 

Di pertengahan perjalanan, aku teringat talipon pintarku, dan apabila aku mencari carinya, aku amat pasti, talipon pintarku telah tertinggal di rumah itu  Aku telah memberitahu suamiku, tetapi suamiku enggan berpatah balik.  Lalu aku sendiri telah berlari-lari anak berpatah balik ke rumah itu. 

Semasa aku melalui situasi ini, suasana keliling gelap. Aku hanya bertemankan beberapa lampu jalan yang malap.  Aku berjalan kaki sendirian melalui beberapa lorong yang mempunyai beberapa ekor anjing dan menyebabkan aku terpaksa berjalan perlahan-lahan (selamba) kerana aku takut sekiranya dikejar oleh anjing-anjing tersebut. Sampai di penghujung lorong itu, aku bertemu dengan seorang perempuan. Aku memintanya supaya menunjukkan jalan ke rumah tersebut. Perempuan itu bersetuju membawa aku, lalu aku dibawa olehnya melalui satu lagi lorong yang kemudiannya, aku diminta tunggu di pintu pagar sementara perempuan itu masuk ke kawasan rumah itu untuk mengambil talipon pintarku.  Aku menunggunya sangat lama, sehinggalah hari semakin cerah. Aku resah.  Lalu aku pulang ke destinasi di mana suamiku dan anakku sepatutnya menunggu aku, tetapi amatlah hampa apabila dilihat mereka telah tiada.  Sekali lagi, aku menjadi resah, hilang arah, dan tidak tahu bagaimana untuk balik.

Ke kanan salah, ke kiri pun salah, ke depan, ke belakang, semuanya membingungkan aku. Kemudiannya, aku terpandang  beberapa  orang  perempuan di hadapanku. Mereka sedang menunggu bas.  Aku bertanya, berapakah tambang yang diperlukan untuk pergi ke satu destinasi.  Seorang daripadanya telah menjawab, dan aku meminta untuk meminjam wang daripada mereka, tetapi tidak seorang pun yang ingin meminjamkan wang mereka kepada ku. Aku benar benar kecewa. Di saat aku amat memerlukan, aku telah ditinggalkan suami dan anak, dan tidak ada sesiapa yang mahu membantu.  Semuanya memikirkan diri sendiri sahaja.  Aku berlari ke sana, ke mari, hilang arah, sehingga aku menjadi amat letih.

"Astaghfirullah hal azim, Astaghfirullah hal azim, Astaghfirullah hal azim", itulah ayat yang terkeluar daripada mulutku ketika mataku di buka, dan badanku keletihan.

Aku duduk seketika memikirkan cerita didalam MIMPI aku sebentar tadi. Lalu, aku bergegas bangun untuk Solat Subuh dan memohon keampunan daripada Allah ke atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini samada sedar atapun tanpa sedar. Sesungguhnya MIMPI ini memberi signal kepadaku agar aku memantapkan hubunganku dengan Allah. Betapa Allah telah menampakkan jika kamu tidak mempunyai simpanan / saham (amalan-amalan bekalan ke akhirat) maka sukarlah perjalanan kamu itu (melalui titian silaturrahim) di sana kelak.

"Ya Allah, sesungguhnya aku telah berdosa kepadaMu. Ampunilah aku. Berkati dan redhoilah kehidupanku di dunia dan akhirat. Kukuhkah iman ku, ahli keluargaku dan zuriat keturunanku. Amin".

Sabtu, 13 Oktober 2012

Realiti Insan, Tiada Yang Mustahil..

..PARIS, aku di sini bersamamu..
Tahniah kepada anak-anak ibu dan menantu, hasil usaha daripada perniagaan Rangkaian Pemasaran (M.L.M.) yang kamu semua ceburi, kamu berjaya menjadi seorang Marquis dengan berpendapatan sekurang-kurangnya RM10K sebulan, yang mana kamu tidak akan memperolehinya jika kamu adalah seorang yang "makan gaji". Alhamdulillah, atas rezeki yang diizinkan Allah, berkat usaha mereka yang bersungguh-sungguh, pada 2.10.2012 hingga 10.10.2012, Marquis Ilmi dan isterinya, Marquis Leeya telah berpeluang menjejak kaki melawat ke negara di Eropah / Paris. Ibu berbangga dengan keberanian kamu semua kerana melakukan satu perubahan, yang dahulunya Marquis Ilmi adalah seorang Pegawai Pembantu Perubatan dan Marquis Leeya pula adalah seorang Pegawai Farmasi, kini melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan Rangkaian Pemasaran (M.L.M.). Tiada yang mustahil apabila kita berusaha melakukan satu PERUBAHAN, bersesuaian dengan lirik lagu REALITI INSAN yang sering dinyanyikan didalam setiap event, ditujukan khas kepada semua partner/pemegang saham RZ CORPORATION SDN BHD (DCHL).

Realiti Insan

Ku Layangkan Segala Anganku
Ku Lepaskan Semua Khayalan Jiwaku
Berpijak Di Bumi Yang Satu
Memandang Tinggi Di Langit Biru

Satu Janji Di Dalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Ku Rai
Harapan Ku Dalam Hidup Ini
Ku Ingin Menggapai Cita dan Cinta

Ini Bukanlah Satu Mimpi
Atau Ilusi Dalam Jiwa Yang Sunyi
Ini Adalah Realiti
Kayakinan Insan Yang Penuh Mesti

Satu Janji Di Dalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Ku Rai
Harapan Ku dalam Hidup Ini
Ku Ingin Menggapai Cita Dan Cinta

Satu...Satu Mimpi, Di Dalam Hidup Ku Ini
Satu...Satu Janji Yang Ku Gapai Pasti



Reff

Ini Bukanlah Satu Mimpi
Atau Ilusi Dalam Jiwa Yang Sunyi
Ini Adalah Realiti
Keyakinan Insan Yang Penuh Mesti

Satu Janji Didalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Ku Rai
Harapan Ku Dalam Hidup Ini
Ku Ingin Menggapai Cita Dan Cinta

Satu...Satu Mimpi Didalam Hidup Ku Ini } 2x
Satu...Satu Janji Yang Ku Gapai Pasti. }  


Namun, janganlah kamu lupa untuk bersyukur dengan setiap sesuatu kamu perolehi, dan jangan pula kamu tamak apabila kamu memiliki, sesungguhnya setiap milik kita itu, adalah milik kekal Allah.