PERCUTIAN KE BANDA ACEH (17 - 20 MAC, 2023)
Dari masa ke semasa aku gagal menulis. Hari ini, aku gagahkan juga dan menulis sedikit demi sedikit memori ini supaya ia tidak hilang begitu saja. Maklumlah, dah tua ni, nanti mudah terlupa pulak.๐
Setelah asyik dengan rutin kehidupan baru, aku terfikir untuk pergi bercuti. Tempat pilihan aku adalah Banda Aceh. Namun, aku tidak ada kawan untuk menemani aku pergi bercuti. Maka, aku tiada pilihan melainkan aku pergi seorang diri dan join dengan team itu bersama dengan kawan kawan yang baru.
Sebenarnya, aku tidak tahu nak ikut agent pelancongan yang mana tetapi tetiba ada banyak pulak iklan Percutian ke Banda Aceh yang lalu lalang diwall fb. Aku wasap agent Monaz Holidays Tours Sdn Bhd, dan mendapatkan info mengenai package percutian ke Banda Aceh tersebut. Harga asal pekej untuk seorang adalah RM1230.00 tetapi memandangkan aku lone ranger, maka aku terpaksa bayar lebih iaitu RM1480.00 untuk percutian 4Hari 3Malam bagi penginapan Bilik Berdua tapi tidur seorang๐
Selanjutnya, memandangkan aku bercuti solo, untuk memudahkan urusan aku, aku deal dengan wakil agent supaya menguruskan pembelian tiket bas aku dari Ipoh-Penang dan tiket balik dari Penang-Ipoh serta mengurus aku ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Kos yang perlu ditambah adalah RM130.00.
Alhamdulillah, segala urusan tersebut berjalan dengan lancar. Maka, pada jam 12:30 tengah malam (17/3/2023) aku menaiki bas dari Ipoh-Penang, dan apabila tiba diperhentian bas jam 3:00 pagi, aku dijemput oleh En. Zarul dan beliau menghantar aku ke Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Dah sampai ke ruang menunggu di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jenuh duk sesorang menunggu kawan kawan baru dalam team tersebut dari pukul 3 pagi hingga ke pukul 8:00 pagi. Flight dari Penang-Banda Aceh hanya pukul 10:50 pagi je..๐
Lebihkurang jam 8:30 pagi, wakil agent pelancongan dari Monaz Holidays Sdn Bhd dan kawan kawan baru tersebut sampai. Di sinilah kami mengenali antara satu sama lain.
Jom..kita terbang
Tempoh penerbangan Penang-Banda Aceh adalah lebihkurang 1 jam 20 minit. Perbezaan masa diantara Banda Aceh dengan Malaysia adalah sejam. Jikalau di Banda Aceh menunjukkan pukul 4:00 petang, maka jam di Malaysia sudah menunjukkan pukul 5:00 petang. Sebaik sahaja kami sampai di Banda Aceh, kami dijemput oleh Wakil agent pelancongan bernama En. Mawardi.
Pemandangan di pusat bandar
Kebetulan ada seorang fotographer tempatan disitu.
Apalagi, ambil lah peluang.. minta dia ambilkan gambo aku...๐
Selepas selesai meronda, kami dibawa check in ke hotel, Grand Permata Hati.
Mandi, solat dan bersiap untuk makan malam.
Makan malam di Restoran Wong Solo, restoran yang menyediakan menu Ayam bakar/Kambing bakar.
Simple jer tapi.... sedap.
Selesai makan malam, kami pulang ke Hotel. Inilah kisah pada hari pertama aku berada di Banda Aceh @ 17hb Mac, 2023.
Ada banyak pengalaman menarik yang aku nak cerita. Tunggulah, aku sambung di episod berikutnya.