HARI KEDUA (25/02/2018)
Assalamualaikum, kita bertemu lagi. Hari ini saya nak ceritakan aktiviti Hari Kedua kami berada di Aonang Krabi, Thailand. Menurut itinerari, kami sepatutnya joint tour ke pulau-pulau tetapi kami telah menerima panggilan talipon daripada En. Hasri bahawa kami akan joint tour melawat ke hutan iaitu pergi ke Hot Stream, mandi di Emerald Pool dan menaiki gajah.
Oops...terlupa nak beritahu, pada hari semalamnya, selepas kami makan malam di Malaysia-Krabi Restaurant, saya sempat membeli dua biji epal dengan saiz sederhana besar berharga 100 Baht, iaitu dengan nilai RM6.35 di Malaysia. Wow...! Terasa mahalnya.
Okay semalam, tak sempat nak bergambar nak tunjukkan HASNA PALACE HOTEL, KRABI iaitu hotel tempat kami menginap selama 4 hari 3 malam. Ha... inilah rupanya. Sebuah hotel yang berkonsepkan Islam dimana tunjuk arah kiblat telah disediakan, dan tak perlulah kita nak bertanya lagi kepada pekerja di hotel tu... Hasna Palace juga ada memiliki restoran sendiri.
Sebelum kami pergi untuk aktiviti dalam hutan, kami bersarapan di Hasna Palace Restaurant. Kami makan nasi goreng dan noodle goreng serta 2 cawan teh tarikh. Sebaik sahaja kami selesai bersarapan, kami dijemput oleh Joint Tour Guide yang tak pandai langsung berbahasa Melayu dan juga tidak pandai berbahasa Inggeris. Ha.. faham-faham le kan.. kita guna bahasa isyarat dan main tulis-tulis aje.. Kami dijemput dengan sebuah van pelancongan. Selain daripada kami berdua yang berada didalam van Joint Tour itu, terdapat 3 orang lain yang datangnya dari Negara Jepun, 5 orang dari Negara China, dan 4 orang dari negara kita, Malaysia.
Perjalanan antara satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh juga. Saya tak sempat nak pastikan jarak jauh kilometer diantara satu destinasi dengan destinasi yang lain itu.
Tempat lawatan kami yang pertama adalah pergi ke HOT STREAM. Untuk sampai ke Hot Stream tersebut, kami terpaksa berjalan kaki yang mengambil masa lebih kurang 15 minit dari pintu gerbang masuk ke kawasan Hot Stream tersebut. Kami diberi masa selama satu jam untuk berada di Hot Stream dan menikmati keindahan kawasan tersebut. Kami mendapati airnya sangat jernih dan rasanya panas suam-suam kuku. Kami sempat merendam kaki untuk rasa tahap kepanasan air tersebut, dan kami sempat juga mengambil beberapa gambar kenangan.
Inilah tempatnya, HOT STREAM, KRABI.
Selepas kami menghabiskan masa selama sejam di Hot Stream, seorang lelaki telah datang memperkenalkan namaya sebagai Mr. Tak. Kami difahamkan bahawa beliau adalah Joint Tour Guide yang akan menguruskan lawatan kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu ke EMERALD POOL. Beliau bukan sahaja boleh berbahasa Inggeris tetapi beliau juga pandai mencolek hati pelancong.
Apabila kami sampai di pintu gerbang Emerald Pool, kami telah diberi taklimat oleh Mr Tak bahawa kami diberi masa selama satu setengah jam sahaja, iaitu dari pukul 11:00 pagi hingga 12:30 tengahari sahaja. Untuk memasuki kawasan Emerald Pool, pelancong tidak dibenarkan membawa sebarang makanan. Jika didapati, ada makanan didalam bag, pelancong tidak dibenarkan masuk atau makanan tersebut terpaksa ditingalkan di luar. Kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke kolam Emerald Pool. Terdapat dua pilihan iaitu jika anda ingin melalui jalan yang disusun batu bata, anda terpaksa melalui jarak 1 kilometer, tetapi jikalau anda memilih berjalan kaki melalui jalan pasir yang berbatu batu, jaraknya adalah 800 meter. Kami memilih untuk melalui jalan bukit berbatu batu, huh... berpeluh jugalah untuk sampai ke kolam Emerald Pool.
Apabila kami sampai di Emerald Pool, kami melihat terdapat sungai-sungai kecil yang menghala ke kolam yang sangat besar dimana airnya jernih kehijauan. Kami memasuki kolam tersebut dan terasa kedinginan airnya. Kejernihan air itu pula membolehkan kita melihat diri sendiri@kaki kita tatkala sedang berendam didalam air tersebut.
Lihatlah gambar di bawah ni sewaktu kami telah pun memasuki dan mandi didalam kolam tersebut..... Inilah EMERALD POOL. Cantik kan.... Walaupun air ini dicemari dengan maksiat, maksud saya, ramai pelancong yang datang mandi manda di kolam ini dengan pakaian separuh bogel, airnya tetap Allah pelihara, jernih sejernihnya, warna kilauan kehijauan, sungguh menakjubkan.
Kami hanya mandi sekejap sahaja, dan kemudian kami berjalan keluar dari Kolam Emerald Pool. Sampai di pintu masuk Emerald Pool tepat pada masanya iaitu 12:30 tengahari. Kami telah melapor diri kepada Mr Tak dan kami telah dibawa menikmati makan tengahari.

Setelah selesai menikmati makan tengahari beramai-ramai, kami dibawa ke destinasi yang seterusnya iaitu ke SUMATE KOH LANTA YAI SAFARI. Ha... Apa kita nak buat di sini..? Kami nak naik gajah.
Gambar di sebelah ini hanyalah seekor anak gajah yang sama tingginya dengan kami. Anak gajah ini ditugaskan untuk membuat persembahan mengenai kemahirannya didalam bermain alat muzik harmonika dan beberapa kemahirannya yang lain.
Kemudian, kami dibawa ke ruang untuk menaiki gajah. Ha... Gajah yang kami naiki ini benar-benar besar dan tinggi. Berdebar-debar juga hati kami, takut jatuh dari tempat duduknya tu.
Kami dibawa melawat hutan semasa berada diatas belakang badan gajah itu. Semasa sedang melawat-lawat tu, tiba-tiba gajah tersebut tidak mahu berjalan dan mengalihkan haluannya ke tempat lain.
Aduish.. Risaunya kami. Takut tetiba gajah naik minyak pulak.😊 Rupa-rupanya gajah itu sudah terserempak dengan sekelompok dedaun yang boleh dimakan olehnya. Bagaimanapun, alhamdulillah, kami selamat mendudukinya dan juga selamat turun dari badan gajah itu. Kami ada membeli gambar ketika kami berada di atas badan gajah tersebut dengan nilai sebanyak 150 Baht (RM19.05).
Untuk memasuki dan melawat ketiga-tiga destinasi diatas adalah dikenakan bayaran, tetapi kami telah membuat bayaran lebih awal dimana kesemuanya telah diurus oleh agen kami Cik Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD dan telahpun dikira dalam pekej yang saya bayar sebanyak RM1,503.00 setiap seorang itu.
Acara lawatan ke tiga-tiga destinasi itu selesai pada jam 5:00 petang. Kemudiannya, kami telah dihantar pulang ke hotel masing-masing. Setelah kami dihantar semula balik ke hotel, kami berdua hanya menghabiskan masa berehat di hotel sahaja. Pada malamnya, kami turun mencari makan malam dan membeli beberapa helai T-Shirt di Aonang Muslim Street untuk dijadikan kenangan dan dibawa balik ke Malaysia. Habislah wang saya sebanyak 970 Baht (RM123.19) untuk belian T-Shirt-T-Shirt tersebut pada malam ini.
Malam ni, saya hanya makan nasi goreng dan minum Jus Pisang. Anak saya pula memakan nasi putih berlauk, tak ingat pulak nama masakan tu dan juga minum ais Green Tea. Harga makanan yang kami makan pada malam ini hanya 240.00 Baht (RM30.48).
Malam ni, rasa makanannya biasa saja, tetapi minumannya sangat sedap, pekat menyengat. Lihat gambar dibawah tu.. Jus Pisang dan Ais Green Tea, warnanya pun mengancam...Hmm, yummy....😋😋😋.
Namun, masakan makanan di sini rasanya sentiasa lebih "Masin". Mungkin mereka sering menggunakan sos ikan didalam masakan mereka menyebabkan makanan mereka sentiasa rasa masin. Walau bagaimanapun, setiap hidangan sudah pasti disediakan sepotong limau nipis. Mungkin kegunaannya untuk menghapus rasa masin itu. Saya agak-agak saja...😊😊😊
Ada banyak lagi yang saya nak ceritakan. Nantikan saya di episod yang lain, Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 4).