Aku memang suka melihat luasnya lautan yang tidak bertepi. Aku memang suka mendengar deruan ombak yang memukul pantai. Sejak aku berada dizaman remaja lagi aku suka datang ke sini. Teluk Batik, Perak memang tidak asing bagi aku untuk merehatkan minda sehingga kini.
Khamis, 17 Februari 2022
releasekan tensyen
Cinta kasih sayang itu tidak semestinya dipupuk tatkala tinggal sebumbung tetapi ianya tetap terus berputik walaupun berada di kejauhan. Makanya, setiap kali aku memberitahu kepada suami aku bahawa aku mahu ke Teluk Batik, suamiku mesti menjawab "๐ฎ๐ฎ๐ฎ". Heee...๐
Memang perangai aku macam ini.. Jikalau aku nak berehat, aku sanggup je pergi seorang diri ke sini hanya semata mata nak melihat luasnya lautan.
7 Mac 2021, habis urut customer, aku terus pandu kereta kesini duduk seorang diri di sini๐ฉ
26 September 2021, aku bersama bekas adik ipar aku jer..
9 Januari 2022, pergi berdua jer dengan sahabat bernama Ijan
Selepas melepak di Teluk Batik, kami pergi ke Lumut le..membeli ikan masin, ikan bilis dan pelbagai keropok untuk dibawa pulang ke Ipoh.
Oooo...ada yang bertanya, siapa yang ambil gambar gambar kami ni..???
Ek.. ellehhh...small matter jer... Bukan ke di situ ada ramai orang.. kita minta tolong le sesapa yang ada berdekatan dengan aku tu, pasti dia akan menjadi mangsa, menjadi Jurugambar..๐
Jadi, kome jangan terkejutlah jikalau terjumpa aku disitu..sebab aku memang suka ke situ, Teluk Batik.
Selasa, 15 Februari 2022
simpan kenangan
Proses kehidupan yang normal. Yang muda akan tua. Kulit yang tegang akan berkedut. Yang bekerja akan bersara. Begitu jualah aku. Inilah proses KEHIDUPAN.
Memandangkan suami aku susah nak balik ke rumah aku dan jarang berjumpa dengan aku, aku letakkan aje beberapa keping gambar aku disini untuk tatapannya. Kata pujangga "Kalau rindu, pesan saja diangin lalu", tapi istilah aku untuk suami pulak, "kalau rindu, lihat sajalah blog aku.."๐
Madu-maduku jangan tengok, nanti kau cemburu. Gambar ini suamiku punya...๐๐ฉ
Langgan:
Catatan (Atom)