Sabtu, 27 Januari 2018

Kenangan tahun persaraannya


Assalamualaikum dan salam untuk semua.

Saja nak cerita, dah lama tak updates cerita ceriti di sini. 😁  Sebenarnya nak ucap terima kasih kat Encik Suami yang mengongsikan rezekinya kepada kami.

Pada 29/12/2017 adalah tarikh akhir suamiku berkhidmat sebagai seorang GURU.  Kini, suamiku sudah bersara.  Namun, suamiku ini masih muda, masih kuat lagi kudratnya.  Walaupun dia sudah bersara, aktiviti Bola Baling (Handball) tetap dihatinya.  Suamiku masih aktif membawa murid, melatih murid dalam aktiviti Bola Baling (Handball). 

Sebenarnya, aku nak menceritakan bagaimana suamiku mengongsikan rezekinya kepada kami.  Suamiku dapat wang ganjaran perkhidmatannya.  Aku tak tahulah berapa jumlah sebenarnya. Mungkin ratusan ribu ringgit juga  lah  kerana suamiku telah berkhidmat sebagai GURU semenjak tahun 1989.  Suamiku kata, wang cutinya dia dapat RM13K.  Dia nak beli sesuatu untuk barang peribadinya.  Wang ganjaran yang suamiku dapat, dia nak selesaikan segala hutang piutangnya.  Selepas semua hutang piutang ditolak, berapa jumlah baki yang masih tinggal, itu aku tak tahu. Tapi suami ku suka bercerita kat aku.  Dia buat kiraan seperti dibawah:-

(1)   Untuk Isteri Pertama, suamiku bagi wang tunai berjumlah RM10K.
(2)   Untuk aku (Isteri Kedua), suamiku bagi wang tunai berjumlah RM10K.
(3)   Untuk setiap anak-anak dari keluarga pertama ada 4 orang dan dari keluarga aku ada 3 orang,       
        setiap mereka mendapat wang tunai  berjumlah RM500.00 kecuali anak kedua aku, dia dapat 
        RM1500.00. 
(4)   Beri emaknya sendiri sebanyak RM5,000.00
(5)   Beri emak mertua dari Isteri Pertama sebanyak RM1,500.00
(6)   Beri emak mertua dari Isteri Kedua sebanyak RM1,000.00 
(7)   Derposit ke ASB Isteri Pertama sebanyak RM50,000.00
(8)   Deposit ke ASB aku (Isteri Kedua) sebanyak RM20,000.00
(9)   Wang perubatan untuk aku sebanyak RM3,000.00

Itulah yang aku tahu, tapi sebenarnya keluarga Isteri Pertama mendapat lebih daripada apa yang aku tuliskan disini, dan aku sedikit pun tidak berasa iri hati, malah aku bersyukur sebab suamiku mengongsikan rezekinya kepada aku dan keluarga ku  walaupun tempoh aku berumahtangga dengannya baru 13 tahun sahaja (2005-2018). 

Suamiku juga telah belanja kami sekeluarga makan sheellout dan ikan bakar di Port Ikan Bakar Station 18 Ipoh.  Sempena pesaraannya dan kebetulan juga ulangtahun hari lahir along Ilmi jatuh pada bulan ni, maka pada 22/01/2018, kami telah meraikannya secara serentak.  Setelah kami makan malam berjemaah di Port Ikan Bakar Station 18 Ipoh tersebut, kami telah menyediakan sebuah kek dan  aku membuat sedikit ucapan untuk suamiku, "Abang, abi, kami ucapkan selamat bersara dan terima kasih sebab abang dah penat bekerja sara kami, selamat bersara. Terima kasih juga sebab abang / abi mengongsikan rezeki abi tu, yang kami dah dapat ni".   Pemilik restoran Port Ikan Bakar Station 18 Ipoh tersebut sangat sporting, malahan beliau lah yang telah mengambil gambar-gambar kami sekeluarga di dalam restoran tersebut. Alangkah meriahnya suasana malam itu, dan ruang dalam restoran yang hanya ada kami seolah-olah kami telah booking sebuah restoran pulak....😊😊😊


  



Ku catatkan disini kisah ini sebagai kenangan  yang boleh aku baca dan selami kenangan indah itu sewaktu aku bertambah tua kelak.

Mungkin ini dapat membuatkan aku senyum seketika tatkala aku bersendirian iaitu mengenangkan segala kebaikan suamiku dan peristiwa ini tidak boleh  berulang lagi.

We love u so much my hubby @ abi.