Ahad, 4 April 2021

Kawan kita

Orang sebok nak berjalan dan bercuti dengan suami tapi aku... sebok berjalan dengan kawan kawan. Kome tau kenapa...??? Sebab suami aku sebok menjaga isteri tuanya, menjaga anak menantunya dan cucunya.. Jadi, suami aku memang tak ada masa untuk aku.   Aku tak mahu memberatkan fikiran aku, jadi aku pilih untuk hidup hepi hepi jer... 

Aku beritahu kepada suamiku, "abang, abang tak ada masa untuk Yang, jadi Yang minta izin untuk keluar bersama kawan kawan Yang, Yang minta izin sekali ni je, tau... selepas ini, Yang keluar Yang tak perlu minta izin lagi, ye..."   Pastu aku sambung lagi, "abang izinkan, kan... asalkan Yang tak buat hal dengan jantan lain jer, kan..."  Suamiku tengok muka aku lelama kemudian dia senyum dan angguk jer...

Selain aku menghabiskan masa dengan karier baru aku iaitu Juruterapi, aku akan luangkan masa berjalan jalan dengan kawan kawan aku lah... 

Hari ni, kawan kami yang tinggal di Puncak Alam Shah Alam tu balik ke Ipoh. Aku pulak tak ambil apa apa booking customer untuk urut.  Senang citenya, aku cuti kerja laa.. Kawan aku ni memang rajin menjemput kami menaiki keretanya untuk bersiar siar..


Pagi ni (03/04/2021), kami bersarapan di Kedai Kakyang di tepian lombong Silibin. Selepas sarapan, kami pergi ke Gunung Lang.







Kami memang suka bergambarπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Di Ipoh ni ada banyak tempat-tempat yang menarik dan pemandangan yang cantik.



Selepas puas berjalan jalan dan bergambar, perut mula berkeroncong. Kami pergi makan tengahari di Greentown Dimsum Cafe. Sedap sedap makanannya. Sesuai dengan harganya..πŸ˜ŠπŸ˜‹

Dah petang ni, kita balik ke sarang lah..πŸ˜‰