Tarikh 11/3/2022 akan terus tersemat disini. Tamatnya satu cerita yang aku baca sejak 20/02/2005 hingga 11/03/2022. Cerita yang penuh gembira, hambar, gaduh, dan berakhir dengan kesedihan yang mana berlakunya perpisahan tanpa rela di hati masing-masing. Berpisah dengan perasaan cinta yang tersemat dalam hati masing masing tetapi aku undurkan diri untuk kedamaian pihak pihak yang berkaitan.
Di petang hari Jumaat yang penuh shahdu, dihadapan abang sulong aku, di rumah emak aku, aku terima lafaz cerai talak satu sebagai pengesahan perpisahan diantara kami. Kedua dua insan yang bercinta ini melepaskan sesuatu yang disayangi dengan air mata masing masing. Aku akur dengan cerita hidup yang Allah aturkan untuk aku. Aku redho denganNya.
Aku bukan siapa-siapa... Aku ikut cerita yang Allah berikan kepada aku.. Allah selalu bagi cerita terbaik untuk aku. Terima kasih Allah.
Aku simpan kenangan gambar terakhir bekas suami aku buat tatapan kami dihari kemudian.