Tarikh 11/3/2022 akan terus tersemat disini. Tamatnya satu cerita yang aku baca sejak 20/02/2005 hingga 11/03/2022. Cerita yang penuh gembira, hambar, gaduh, dan berakhir dengan kesedihan yang mana berlakunya perpisahan tanpa rela di hati masing-masing. Berpisah dengan perasaan cinta yang tersemat dalam hati masing masing tetapi aku undurkan diri untuk kedamaian pihak pihak yang berkaitan.
Aku juga meminta maaf kerana memilih cara ini untuk memberi kekuatan kepada bekas suami aku membuat keputusan. Aku terpaksa menulis perkara yang menyakiti hati bekas suami dengan mengungkit kisah lama di blog ini. Hanya dengan cara ini sahaja bekas suami aku akan rasa tersakiti. Jika jiwa dan perasaan bekas suami aku tidak tersakiti, bekas suami aku tidak berdaya membuat apa apa keputusan kerana dia sangat menyintai aku, dan aku tidak mahu bekas suami aku terus hidup dalam dosa kerana gagal bertanggungjawab terhadap aku sebaiknya, dan dia tak upaya nak baikinya. Cinta tidak semestinya tinggal sebumbung tapi cinta tersemat di hati kami. Sebagai tanda / bukti cintanya itu, semasa aku masih bergelar isteri kepadanya, disetiap pertemuan aku dan bekas suami, bekas suami aku akan "cair" dan akan melepaskan kerinduannya. 😊
Bekas madu ku tak payahlah berasa gembira sangat. Dalam hal ini, ternyata kau kalah. Kau tidak menang sama sekali sebab jikalau aku tidak berbuat begini, kita akan hidup bermadu sehingga ke hari tua.
Di petang hari Jumaat yang penuh shahdu, dihadapan abang sulong aku, di rumah emak aku, aku terima lafaz cerai talak satu sebagai pengesahan perpisahan diantara kami. Kedua dua insan yang bercinta ini melepaskan sesuatu yang disayangi dengan air mata masing masing. Aku akur dengan cerita hidup yang Allah aturkan untuk aku. Aku redho denganNya.
Aku bukan siapa-siapa... Aku ikut cerita yang Allah berikan kepada aku.. Allah selalu bagi cerita terbaik untuk aku. Terima kasih Allah.
Aku simpan kenangan gambar terakhir bekas suami aku buat tatapan kami dihari kemudian.
21/11/2020
07/03/2021
13/03/2021
12/10/2021
Muga bekas suamiku berbahagia dengan kehidupannya yang sekarang. Terima kasih atas segala yang aku terima selama ini. Engkau adalah lelaki yang akan kucintai sehingga akhir hayat aku.