Khamis, 20 Februari 2014

20 Februari...kembali lagi


Awal pagi ini, tiba-tiba aku menerima ucapan "SELAMAT MENGINGATI ULANGTAHUN PENYATUAN KITA YANG KE 9.  SEMUGA LESTARI".   Aku tergamam, ha... dah 9 tahun aku bergelar isteri kepadanya.   

Betapa masa begitu cepat berlalu.   Aku rasa aku baru sahaja mengucapkannya melalui puisi yang begitu romantis ketika mengingati saat-saat bersama dengannya.   Hari ini 20 Februari datang kembali.  Ini bererti sudah setahun aku mempamerkan puisiku itu.  Begitulah cepatnya pertambahan bilangan hari, bulan dan tahun yang membawa aku bergelar isterinya sehingga kini.

Pelbagai kenangan dilalui bersama.  Kadang-kadang kami "bercakar" jugak tapi "penyatuan" kami bahagia. Topik yang paling pedas pada tahun 2013 apabila ada pihak-pihak yang mengatakan aku dan suamiku dikatakan sudah bercerai.  Em......tak tahulah, apa niat mereka bergossip begitu, mungkin mereka rasa senang hati dengan meletakkan istilah "cerai" itu kepada aku dan suamiku.  Apa-apa pun kata mereka, suamiku kata "maafkan sajalah mereka itu", ya..... itu lebih baik buat aku kerana yang penting adalah kebahagian aku, suamiku, anak-anakku, cucuku, ahli keluargaku, dan ahli keluarga suamiku jugak.  Aku bersyukur kepada Allah, suamiku seorang penyayang.  Biarlah mereka terus berkata-kata untuk kepuasan hati mereka, dan cerai dengan suamiku bukannya realiti dalam kehidupanku di saat ini.

Kekasihku, Suamiku, terimakasih diatas segala-galanya.   Muga perkahwinan ini hingga ke akhir hayat. 


20 Februari 2014, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 9