Sabtu, 16 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan_Covid 19 (Part 2) - 2020


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan setiap orang.

Aku coretkan disini supaya dapat dibaca di tahun tahun yang akan datang dan juga menjadi sumber pengetahuan untuk anak cucu aku di kemudian hari.

Kita dikejutkan dengan penyakit mistri Covid19 yang membawa maut pada awal Januari 2020.Kerajaan telah memilik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian wabak Covid 19 ini. Beberapa Fasa untuk PKP telah dirancang dan ia dilaksanakan menurut jadual yang berikut.

Fasa Pertama :  18 Mac  2020 hingga 31 Mac 2020
Fasa Kedua:      1 April 2020 hingga 14 April 2020
Fasa Ketiga:      15 April 2020 hingga  28 April 2020
Fasa keEmpat:   29 April 2020 hingga 12 Mei 2020
Fasa KeLima:    13 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020

Semasa aku menulis ini, inilah rekod tempoh PKP yang dilaksanakan.

PKP telah menyebabkan keseluruhan rakyat Malaysia;

-  Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

-  Kebetulan PKP berlaku dalam bulan Ramadhan. Maka tiada bazar ramadhan. Tiada solat terawih di mesjid.

-  Tiada buffet Ramadhan di hotel-hotel.

-  Tiada sambutan Aidilfitri berkumpulan. Budaya kunjung mengunjung tidak digalakkan. Jumlah tetamu yang berkunjung yang dibenarkan hanyalah 20 orang sahaja.

-  Tiada bunyi letupan mercun dan tiada rekod yang cedera kerana mercun.

-  Harga petrol turun mendadak sehingga ke paras RM1.25 seliter.

-  Semua pejabat kerajaan dan pejabat swasta di Malaysia diarahkan tutup dan segala kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah (work from home).

-  Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan diatas talian.  Kerja sekolah untuk murid dihantar ke dalam grup whatsapp.

- Penjarakan sosial sentiasa diutamakan. Normal kehidupan baru. Bersalam diganti dengan meletakkan tangan di dada sambil menunduk kepala sedikit sebagai tanda menghormati tetamu.

-   Pita pelekat diletakkan di atas lantai premis kedai atau pejabat untuk menentukan jarak selamat 1 meter diantara setiap individu.  Terpaksalah beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai / premis.

-   Restoran dan kedai-kedai makan ditutup.  Tidak boleh melepak di restoran kecuali beli makanan yang dibungks dan bawa pulang.  Food Rider ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.  Ada yang kantoi menjual rokok seludup pulak...☺☺ 

-  Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada di kedai.

-  Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan yang tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

-  Keseluruhan acara sukan di seluruh dunia dibatalkanserta merta.  Aktiviti riadah dan bersenam hanya perlu dibuat didalam rumah.

-  Konsert, pelancungan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di Bukit Bintang KL sunyi sepi yang mana selama ini sesak dan padat 24 jam.  Umpama tidak ada waktu tidur.

-  Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan, tapi digantikan dengan nikah online.

-  Tiada lagi jemaah di mesjid dan rumah rumah ibadat ditutup.

-  Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepda 20 orang atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dan itu juga tidak dibenarkan.  Perubahannya sentiasa berlaku dari masa ke semasa.

-  Taman permainan kanak-kanak ditutup.

-  Kekurangan stok penutup muka, pakaian dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja di barisan hadapan (frontliners).

-  Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.

-  Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabut cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan (hand sanitizer).

-  Rak Roti Gardenia menjadi kosong.

-  Kilang kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

-  Kerajaan melaksanakan sekatan jalanraya disetiap kawasan  dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.  Tidak boleh merentas daerah dan merentas negeri. Arahan ini juga sentiasa berubah dari masa ke semasa.

-  Tiket kapalterbang murah tetapi tidak boleh keluar melancong.

- Sidang dari PM8 iaitu TS Muhyidin Yassin dan Kementeraian Kesihatan sentiasa di keudarakan setiap hari.

-  Kemaskini kes baru, kes yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 petang.

-  Jalanraya menjadi kosong, sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.

-  Udara menjadi segar disebabkan tiada penceramaran alam yang disebabkan oleh asap asap kenderaan ataupun kilang kilang.

-Penutup Muka adalah aksesori baru yang sangat diperlukan dan digemari oleh lelaki dan perempuan di musim PKP ini.☺☺

-  "MENDATARKAN LENGKUNG GRAF" itulah yang sering diperkatakan.

-   Kita Lakukan Ini Bersama dan Kita Harus Menang adalah seruan oleh PM8 dan KKM.

Inilah sejarah NOVEL CORONAVIRUS (Covid 19) iaitu suatu wabak penyakit pendamik yang diwartakan pada 18 Mac 2020.

#StayHome
#StaySave

Perintah Kawalan Pergerakan_Covid 19 (Part 1) - 2020


Tetiba dunia dikejutkan dengan satu jenis wabak....  Wabak yang membawa kepada kematian mengejut...  Malaysia tidak terkecuali dengan penularan wabak ini...  Gejala demam, selsema, batuk, kahak  dan sukar bernafas adalah diantara salah satu tanda  seseorang itu diserang Wabak Virus Covid 19.

Rakyat Malaysia telah diselubungi dengan perasaan takut disebabkan Wabak Virus Covid 19.  Wabak ini mudah berjangkit.  Kekadang ada mangsa yang tidak menyedari bahawa beliau telah diserang virus  Covid 19 ini kerana sekiranya anda telah terkena virus ini, ia mengambil masa 14 hari untuk menyerang.  

Namun, Perdana Menteri Malaysia Ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yasin dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah telah mengambil tindakan segera yang drastik iaitu dengan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan ramai rakyat panik.  Maklumlah selama ini tidak pernah berlaku sedemikian rupa.  Pada fikiran rakyat, Perintah Kawalan Pergerakan itu adalah Curfew. Ya..curfew bermaksud berkurung didalam rumah dan tidak boleh keluar langsung. Tapi sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah menghadkan pergerakan setiap individu. Perintah Kawalan Pergerakan ini telah ditetapkan menurut Fasa.  Fasa Pertama telah ditetapkan pada 18/03/2020 sehingga 31/03/2020.

Fasa Pertama PKP, kesemua kakitangan kerajaan dan pekerja swasta di setiap sektor, kesemua restoran dan gerai makanan tidak dibenarkan beroperasi.  Rakyat tidak dibenarkan berkumpul. Hanya seorang sahaja wakil keluarga yang dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barang runcit keperluan harian. Jarak diantara satu sama lain semasa berada di luar hendaklah sekurang kurangnya 1 meter.  Manakala, perjalanan yang melebihi jarak 10km adalah tidak dibenarkan.

Fasa Ke-2 PKP bermula pada 01/04/2020 hingga 14/04/2020.  Dalam Fasa PKP Ke-2 ini, kawalan semakin diperketatkan di beberapa tempat.  Pada fasa PKP ke-2 ini dinamakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).  Rakyat amat disuruh supaya duduk diam di rumah.  Kerajaan telah merekodkan kematian keatas beberapa orang yang terkena jangkitan virus Covid 19 ini.  Ianya amat menyedihkan apabila kita dimaklumkan bahawa acara untuk pengkebumian jenazah mereka yang terkena virus ini juga perlu dikawal ketat dimana jenazah itu hanya boleh ditayamum didalam plastik yang membalut jenazah tersebut.  Ternyatalah virus Covid 19 ini sangat berbahaya kerana ianya juga boleh menjangkiti orang di sekitarnya walaupun mangsa telah menjadi jasad.

Kini telah ada Fasa PKP yang ke-3 iaitu bermula pada 15/04/2020 hingga  28/04/2020. Di Fasa PKPD Ke-3 ini, sekatan jalanraya yang berhubung diantara Daerah  dan Negeri diperketatkan. Kumpulan frontliners  kini telah melibatkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu negara untuk mengawal pergerakan rakyat yang ingkar mematuhi arahan PKPD.  Rakyat yang didapati bersalah ingkar arahan PKP akan dikenakan denda sebanyak RM1000. atau masuk lokap atau kedua-duanya sekali.  Haa...kau rasa..virus Covid 19 ni sirius ke tak sirius..???

Begitulah keadaan PKP dari masa ke semasa.  Sewaktu aku menulis ni, PKP telah berada di Fasa-4  bermula dari 29/04/2020 hingga 12/05/2020.   Mungkin tempoh PKP akan dilanjutkan lagi.  Mungkin ada Fasa PKP ke 5.. Fasa PKP ke 6.. atau totally lockdown jikalau rakyat masih ingkar tidak ikut arahan PKP.

Makanya apa yang perlu kita buat???  Sila Duduk Diam Di Rumah.

#stayhome
#staysave
#workfromhome

Jumaat, 15 Mei 2020

Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 3) - 2018


Assalamualaikum.  Kita sambung lagi peceritaanku mengenai Bulan Madu di PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK.

Selepas kami melawat  keliling pulau dan  makan tengahari di Bayu Coffeehouse, kami pulang ke shellay untuk berehat.  Kami tidor sekejap dan pada pukul 6:00 petang, kami berjalan kaki ke persisiran pantai sambil makan roti berais kerim.  Mahal tau harganya...😒  Kami duduk berbual mesra sambil menikmati keindahan alam disulam dengan suara ombak yang menghempas persisiran pantai.  Ombak di sini sangat tinggi lonjakannya. 

Pada jam 6:30 petang, kami telah berjalan pulang. Kami melaksanakan Solat Maghrib  terlebih dahulu dan kemudiannya kami bersiap berpakaian untuk makan malam.

Pada  jam lebihkurang 7:45 malam, aku dan suami pergi ke BAYU COFFEEHOUSE.  Salah seorang daripada pekerja mereka telah membawa kami pergi ke satu sudut yang  berhadapan dengan lautan. Di sudut itu, kami melihat sebuah meja yang dihiasi cantik berserta cahaya lilin lilin yang diletakkan disetiap sudut dan sisi.  Suasana yang sungguh romantik.  Kami amat teruja melihatkan suasana yang romantik begitu. Meja yang dihiaskan itu dan sudut itu memang khusus untuk kami menikmati makan malam yang dipanggil CANDLE LIGHT DINNER.

Pada malam ini, kami dilayan dengan penuh istimewa.  Kami hanya perlu duduk menikmati suasana romantik itu dan  menikmati makanan yang disediakan oleh mereka.  Pada awalnya,kami diberikan minuman yang disebut dengan Sparkling Juice sambil memakan salad. 

Kemudiannya kami disajikan dengan Chicken Chop Blackpepper Sauce.  Seterusnya, kami memakan tembikai yang telah dipotong.
                                                                                                             


Kami menghabiskan masa di sini sehingga jam lebihkurang 9:45 malam.   Kami menikmati makanan-makanan tersebut sambil berborak-borang mengenai hal politik semassa.  Kami selalu berkongsi  cerita, pendapat  dalam banyak perkara.  Kami memang mempunyai minat@hobi yang sama.  Setelah kami selesai candle light dinner, salah seorang pekerja Bayu Coffeehouse telah datang ke meja kami sambil membawa hadiah yang berupa perfume dan coklat-coklat.

                                    Wajah kegirangan suamiku semasa mendapat hadiah ini.



                                                                     Ini dia, ta daaaa......

Kami pulang ke shellay lebih kurang jam 10:00 malam.  Kami mengemas beg pakaian  kerana esoknya kami akan pulang.   Okay, kami tidur duluu....😊😊😊

Keesokannya, pada 01/05/2018  (Selasa), pada awal pagi, kami pergi bersarapan lagi di Bayu Coffeehouse.  Kemudian kami berehat dahulu di Shellay semula.  Pada jam 10:15 pagi, kami keluar (check-out) dan meminta Penyambut Tetamu di Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor supaya menalipon teksi untuk kami  pergi ke Jeti Ke2.   Apabila, teksi sampai, kami telah terus ke Jeti Ke-2 dan kami mendapat Feri pada pukul 10:45 pagi, dan kami telah sampai di Marina Jeti Lumut pada jam 11:00 pagi.

Selesai sudah percutian kami, Pakej Bulan Madu di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.  Tungguuuu.....Dilain tahun, kami akan berbulan madu lagi...😍😍😍

Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 2) - 2018


Aku telah pun menuliskan Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 1)  yang menceritakan bagaimana percutian kami pada hari pertama kami berada di PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK.

Pada  30/04/2018 adalah hari kedua kami berada di sini.  Pada waktu paginya lebihkurang jam 9:00 pagi, kami bersarapan di Bayu Coffeehouse. Makanan kami adalah secara buffet.  Ramai juga orang yang turut serta semasa kami bersarapan itu.

Selepas selesai bersarapan, kami telah pergi ke kaunter penyambut tetamu Puteri Bayu Beach Resort dan meminta bantuan daripada Penyambut Tetamu yang bertugas pada masa itu supaya memanggilkan sebuah teksi  yang berupa sebuah van berwarna pink.   Menurut mereka bayaran untuk mengelilingi Pulau Pangkor  adalah RM70.00  bagi tempoh 2 jam. 

Sementara menunggu teksi pink tu datang, sempatlah kami bergambar 😊😊

Setelah teksi pink itu sampai pada jam 10:30 pagi, kami telah dibawa ke destinasi pertama iaitu GALERI PANGKOR untuk melihat barangan lama, yang berupa pakaian tradisional  yang dipakai oleh wanita dahulu, Perjanjian Pangkor, wang siling lama, perahu, kukur dan banyak lagi peralatan barangan lama yang dipamirkan dimana ianya tidak digunakan lagi pada masa kini.    


Kemudian kami telah meneruskan perjalanan mengelilingi Pulau Pangkor dengan melalui jalan yang berbukit, laluan yang sempit, laluan batu bata yang disusun cantik berwarna merah, dan akhirnya kami dibawa singgah ke Tokong Budha bernama TOKONG FU LIN KON.  Pemandu teksi yang juga pemandu pelancong menyuruh kami bergambar tetapi kami tak mahu ambil gambar yang berpatung-patung tu.  Pemandu pelancong menceritakan tentang tokong tersebut kepada kami.  Gambar di sebelah kiri tu, gambar semasa berada di Galeri Pangkor.




Perjalanan kami diteruskan dan kami dibawa pula  ke HASIL LAUT PAK SU SDN BHD.   Hasil Laut pak Su Sdn Bhd adalah sebuah kilang yang mengusahakan sate-sate ikan kering@bakar, daripada terdiri pelbagai jenis.  Dahulunya kalau nak makan sate-sate ikan ni, kita terpaksa membeli daripada cina tetapi kini, kita boleh menikmati sate-sate ikan itu daripada pengelauar berbangsa melayu dengan tanpa ragu-ragu akan kebersihan dan halalnya. Kami membeli sedikit keropok ikan dan sate ikan untuk dikunyah sebagai kudap-kudap  sambil menonton tv pada malam hari nanti. Apabila kami selesai membeli, kami meneruskan perjalanan kami semula.


Sekarang, kami diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa kami akan dibawa ke MESJID AL-BADR@MESJID SERIBU SELAWAT@ MESJID TERAPUNG.  Subhanallah, cantiknya mesjid  ini.   Setiap dindingnya ditulis dan dihiasi dengan  ayat-ayat surah yang terdapat di dalam  Al-Quran.  Aku dan suami sempat melakukan Solat Sunat memasuki mesjid didalam Mesjid Terapung tersebut dan juga mengambil beberapa keping gambar serta video di persekitaran mesjid tersebut.

                          Bergambar untuk mengambil pemandangan Mesjid Terapung dari jarak jauh.

                                                Pintu gerbang menuju ke Mesjid Terapung

                                           Dinding dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran

                                        Bergambar di hadapan pintu memasuki ruang solat.

Perjalanan lawatan kami mengelilingi Pulau Pangkor diteruskan lagi.  Sebenarnya tempat lawatan yang seterusnya terletak berdekatan diantara satu sama lain, iaitu BATU BERSURAT dan KOTA BELANDA, PANGKOR.   


                                                               Batu Bersurat, Pangkor


                                   Abang Long melawat kawasan, Kota Belanda Pangkor


                  Dah penat berdiri, kita duduk kaki berjuntai disini, yek -Kota Belanda, Pangkor.


Seterusnya pada jam 12:30 tengahari, kami telah pulang ke Puteri Bayu Beach Resort untuk menikmati makan tengahari di Bayu Coffeehouse.

Tengok ni, sajian makanan tengahari kami sangat banyak, padahal kami makan berdua jer...

Okaylah, aku sambung penceritaan ku, Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 3) pulak, yek... 
kalau baca banyak sangat di sini, nanti jemu..😜

Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 1) - 2018


Assalamualaikum.  Hari ini aku nak menulis tentang percutianku untuk berbulan madu bersama suamiku di Pulau Pangkor, Perak.


Setiap kali aku merancang untuk pergi bercuti ke satu satu tempat, aku  akan survey terlebih dahulu selama beberapa bulan, dan akhirnya aku telah memilih Pakej  Bulan  Madu  di  PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK.  Didalam pakej tersebut,  aku tak perlu memikir lagi bagaimana dan dimana nak sarapan dan makan malam, sebab kesemuanya telah dimasukkan didalam Pakej Bulan Madu tersebut dengan bayaran RM888.00.


Pada 29/04/2018 (Hari Pertama) aku bersama suami telah menaiki kereta yang kami pandu sendiri pergi ke Marina Island. Kami menaiki feri untuk pergi ke Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.  Tiket bayaran untuk menaiki feri yang dikenakan hanya RM14.00 setiap seorang untuk pergi dan balik.  Perjalanan dari Marina Island ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa lebihkurang 10 minit ke 15 minit sahaja.

Sebaik sahaja kami sampai ke Pulau Pangkor, kami telah makan tengahari di restoran yang berada di kawasan Jeti Perhentian Kedua tersebut.  Caj makanan di sini boleh lah tahan..   Selepas itu, kami telah menaiki teksi iaitu sebuah van yang berwarna pink. He he, rasa macam berada di Thailand pula.  Perjalanan dari Jeti ke Puteri Bayu Beach Resort hanya 10 minit sahaja. Sebaik sahaja kami sampai di Puteri Bayu Beach Resort, kami telah disambut oleh Penyambut Tetamu di resort tersebut yang bernama Cik Atikah.

Kami diberikan minuman Jus Buahan@Oren.   Sementara itu, mereka telah memberi kami dua helai T-Shirt mengikut saiz badan kami masing-masing.  Kemudiannya Cik Atikah telah membawa kami ke sebuah shellay bernombor 128.  Apabila kami membuka pintu tersebut, kami sangat teruja melihatkan dekorasi katil@bilik yang cantik dan  pencahayaan yang romantik.  Kami telah berehat seketika  dan sebelah petangnya kami keluar melihat pemandangan sekeliling resort tersebut.


Pada sebelah malamnya, sepertimana yang tertera didalam pakej bulan madu tersebut, kami dihidangkan dengan makanan yang dinamakan Korean BBQ.  Makanan kami telah disediakan di luar restoran dan  bersebelahan dengan kolam mandi.  Wah... Dibawah pencahayaan lampu yang romantik, kami dibiarkan berdua-duaan untuk menikmati sajian Koraen BBQ tersebut sambil  menikmati suasana yang sangat romantik.  


Sementara menunggu makan berupa ketam, ayam, daging dan sayuran dibakar, waktu azan maghrib telah pun berkumandang.  Suamiku telah pergi ke surau yang berdekatan dengan kolam mandi tersebut. Manakala aku meneruskan pembakaran makanan-makanan tersebut.  Aku hanya melakukan Solat Jamak dan Qasar di shellay.  Selesai makan lebih kurang 9 malam.  Selesai makan, kami kembali ke shellay menikmati pemandangan ombak kerana shellay kami berhadapan dengan ombak.

                                             Lihat suamiku yang sedang asyik membakar.

               Ini jam murah yang aku beli untuk suamiku dan juga aku. Saja nak pakai sedondon.

              Nanti, aku sambung cerita percutianku ini di Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 2).