Assalamualaikum. Kita sambung lagi peceritaanku mengenai Bulan Madu di PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK.
Selepas kami melawat keliling pulau dan makan tengahari di Bayu Coffeehouse, kami pulang ke shellay untuk berehat. Kami tidor sekejap dan pada pukul 6:00 petang, kami berjalan kaki ke persisiran pantai sambil makan roti berais kerim. Mahal tau harganya...😒 Kami duduk berbual mesra sambil menikmati keindahan alam disulam dengan suara ombak yang menghempas persisiran pantai. Ombak di sini sangat tinggi lonjakannya.
Pada jam 6:30 petang, kami telah berjalan pulang. Kami melaksanakan Solat Maghrib terlebih dahulu dan kemudiannya kami bersiap berpakaian untuk makan malam.
Pada jam lebihkurang 7:45 malam, aku dan suami pergi ke BAYU COFFEEHOUSE. Salah seorang daripada pekerja mereka telah membawa kami pergi ke satu sudut yang berhadapan dengan lautan. Di sudut itu, kami melihat sebuah meja yang dihiasi cantik berserta cahaya lilin lilin yang diletakkan disetiap sudut dan sisi. Suasana yang sungguh romantik. Kami amat teruja melihatkan suasana yang romantik begitu. Meja yang dihiaskan itu dan sudut itu memang khusus untuk kami menikmati makan malam yang dipanggil CANDLE LIGHT DINNER.
Pada malam ini, kami dilayan dengan penuh istimewa. Kami hanya perlu duduk menikmati suasana romantik itu dan menikmati makanan yang disediakan oleh mereka. Pada awalnya,kami diberikan minuman yang disebut dengan Sparkling Juice sambil memakan salad.
Kemudiannya kami disajikan dengan Chicken Chop Blackpepper Sauce. Seterusnya, kami memakan tembikai yang telah dipotong.
Kami menghabiskan masa di sini sehingga jam lebihkurang 9:45 malam. Kami menikmati makanan-makanan tersebut sambil berborak-borang mengenai hal politik semassa. Kami selalu berkongsi cerita, pendapat dalam banyak perkara. Kami memang mempunyai minat@hobi yang sama. Setelah kami selesai candle light dinner, salah seorang pekerja Bayu Coffeehouse telah datang ke meja kami sambil membawa hadiah yang berupa perfume dan coklat-coklat.
Wajah kegirangan suamiku semasa mendapat hadiah ini.
Ini dia, ta daaaa......
Kami pulang ke shellay lebih kurang jam 10:00 malam. Kami mengemas beg pakaian kerana esoknya kami akan pulang. Okay, kami tidur duluu....😊😊😊
Keesokannya, pada 01/05/2018 (Selasa), pada awal pagi, kami pergi bersarapan lagi di Bayu Coffeehouse. Kemudian kami berehat dahulu di Shellay semula. Pada jam 10:15 pagi, kami keluar (check-out) dan meminta Penyambut Tetamu di Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor supaya menalipon teksi untuk kami pergi ke Jeti Ke2. Apabila, teksi sampai, kami telah terus ke Jeti Ke-2 dan kami mendapat Feri pada pukul 10:45 pagi, dan kami telah sampai di Marina Jeti Lumut pada jam 11:00 pagi.
Selesai sudah percutian kami, Pakej Bulan Madu di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor. Tungguuuu.....Dilain tahun, kami akan berbulan madu lagi...😍😍😍