Aku telah pun menuliskan Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 1) yang menceritakan bagaimana percutian kami pada hari pertama kami berada di PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK.
Pada 30/04/2018 adalah hari kedua kami berada di sini. Pada waktu paginya lebihkurang jam 9:00 pagi, kami bersarapan di Bayu Coffeehouse. Makanan kami adalah secara buffet. Ramai juga orang yang turut serta semasa kami bersarapan itu.
Selepas selesai bersarapan, kami telah pergi ke kaunter penyambut tetamu Puteri Bayu Beach Resort dan meminta bantuan daripada Penyambut Tetamu yang bertugas pada masa itu supaya memanggilkan sebuah teksi yang berupa sebuah van berwarna pink. Menurut mereka bayaran untuk mengelilingi Pulau Pangkor adalah RM70.00 bagi tempoh 2 jam.
Sementara menunggu teksi pink tu datang, sempatlah kami bergambar 😊😊
Setelah teksi pink itu sampai pada jam 10:30 pagi, kami telah dibawa ke destinasi pertama iaitu GALERI PANGKOR untuk melihat barangan lama, yang berupa pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita dahulu, Perjanjian Pangkor, wang siling lama, perahu, kukur dan banyak lagi peralatan barangan lama yang dipamirkan dimana ianya tidak digunakan lagi pada masa kini.
Kemudian kami telah meneruskan perjalanan mengelilingi Pulau Pangkor dengan melalui jalan yang berbukit, laluan yang sempit, laluan batu bata yang disusun cantik berwarna merah, dan akhirnya kami dibawa singgah ke Tokong Budha bernama TOKONG FU LIN KON. Pemandu teksi yang juga pemandu pelancong menyuruh kami bergambar tetapi kami tak mahu ambil gambar yang berpatung-patung tu. Pemandu pelancong menceritakan tentang tokong tersebut kepada kami. Gambar di sebelah kiri tu, gambar semasa berada di Galeri Pangkor.
Perjalanan kami diteruskan dan kami dibawa pula ke HASIL LAUT PAK SU SDN BHD. Hasil Laut pak Su Sdn Bhd adalah sebuah kilang yang mengusahakan sate-sate ikan kering@bakar, daripada terdiri pelbagai jenis. Dahulunya kalau nak makan sate-sate ikan ni, kita terpaksa membeli daripada cina tetapi kini, kita boleh menikmati sate-sate ikan itu daripada pengelauar berbangsa melayu dengan tanpa ragu-ragu akan kebersihan dan halalnya. Kami membeli sedikit keropok ikan dan sate ikan untuk dikunyah sebagai kudap-kudap sambil menonton tv pada malam hari nanti. Apabila kami selesai membeli, kami meneruskan perjalanan kami semula.
Sekarang, kami diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa kami akan dibawa ke MESJID AL-BADR@MESJID SERIBU SELAWAT@ MESJID TERAPUNG. Subhanallah, cantiknya mesjid ini. Setiap dindingnya ditulis dan dihiasi dengan ayat-ayat surah yang terdapat di dalam Al-Quran. Aku dan suami sempat melakukan Solat Sunat memasuki mesjid didalam Mesjid Terapung tersebut dan juga mengambil beberapa keping gambar serta video di persekitaran mesjid tersebut.
Pintu gerbang menuju ke Mesjid Terapung
Dinding dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran
Bergambar di hadapan pintu memasuki ruang solat.
Perjalanan lawatan kami mengelilingi Pulau Pangkor diteruskan lagi. Sebenarnya tempat lawatan yang seterusnya terletak berdekatan diantara satu sama lain, iaitu BATU BERSURAT dan KOTA BELANDA, PANGKOR.
Batu Bersurat, Pangkor
Abang Long melawat kawasan, Kota Belanda Pangkor
Dah penat berdiri, kita duduk kaki berjuntai disini, yek -Kota Belanda, Pangkor.
Seterusnya pada jam 12:30 tengahari, kami telah pulang ke Puteri Bayu Beach Resort untuk menikmati makan tengahari di Bayu Coffeehouse.
Tengok ni, sajian makanan tengahari kami sangat banyak, padahal kami makan berdua jer...
Okaylah, aku sambung penceritaan ku, Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 3) pulak, yek...
kalau baca banyak sangat di sini, nanti jemu..😜