Khamis, 10 Februari 2022

Bercuti ke Terengganu (Part 3)

Pada keesokan harinya iaitu pada 08/08/2020, hari ketiga kami di Terengganu, kami dah nak balik ke Perak. Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke Perak, kami singgah di bandar Kuala Terengganu untuk bergambar di Mesjid Kristal terlebih dahulu.

Bersama Ratu Hatiku




My Hero selain suami kesayanganku.

                                       Sempat juga pergi ke artifak mesjid mesjid dan bergambar disini

Kami meneruskan perjalanan dan anak sulong aku ajak kami singgah di Go'Bang Maju Temerloh, makan tengahari di sini.  




Di sini popular dengan pelbagai ikan bakar bertempoyak.

Selepas selesai, kami meneruskan perjalanan tapi masih belum sampai Ipoh.. Kami singgah bermalam di Kuala Lumpur pulak sebab menantu sulong aku sudah booking apartment homestay.  Akhirnya, kami hanya sampai di Ipoh, Perak pada 09/08/2020 sahaja.  Tamat sudah percutian ke Kuala Terengganu.

Bercuti ke Terengganu (Part 2)

Selesai makan malam, kami pulang ke bilik homestay masing-masing.  Pada keesokannya (07/08/2020), kami telah keluar (check out) dari homestay.  



Sebelum meninggalkan homestay ni, kita wajib bergambar terlebih dahulu, okay..

Kemudian, kami telah mengisi percutian kami dengan melakukan aktiviti mewarna di Noor Arfa Craft Kuala Terengganu. Amboi, girangnya anakcucu ku.


Hmm... kami memang suka bergambar.  Sempat lagi singgah tepi jalan semata mata nak bergambar.




Masing masing gigih nak mewarna

Selepas selesai aktiviti mewarna, kami pergi makan tengahari. Dalam perjalanan tu sempat lagi bergambar..



Kami singgah di Batu Buruk terlebih dahulu dan kemudiannya kami bermalam di Hotel Boutique Kuala Terengganu dengan kos RM450.00 untuk 3 bilik. 

Bercuti ke Terengganu (Part 1)

Sebelum aku menjadi seorang pelupa, aku ingin menulis dan meletak gambar kenangan untuk dilihat pada masa depan sebagai kenangan.

Selepas aku menerima wang simpanan KWSP, wang tersebut aku gunakan untuk berjalan Cuti Cuti Malaysia bersama keluarga.

Memang dah lama merancang tetapi selalu tak menjadi. Aku selalu minta tarikh dimana suami sesuai untuk join tetapi ada je rintangannya, menantu nak beranak le, anak perempuan nak beranak le.. Aku pun menjadi hairan apabila menerima jawapan semacam tu..  Aku pun terkonpius.  Apakah anak lelakinya tak boleh bertanggungjawab nak urus isteri sendiri nak beranak..???!!!  Adakah emaknya juga seorang yang berlepas tangan..???!!!πŸ˜•πŸ˜•πŸ˜•   

Maka, aku membuat keputusan untuk bercuti pada kali ini tanpa bertanyakan kepada suami aku lagi.. Kesian suami aku.. Teringin nak join kami tapi tak berdaya nak melakukannya. Perlahan-lahan tercetus ayat ini, "kenapa Yang tak ajak abang, kalau ajak, mungkin abang leh ikut..".  Hmm..sian suami aku.πŸ˜”

Kita teruskan cerita, yek...  Sebelum anak bongsu aku balik ke Kajang dan mula bekerja, aku telah membuat keputusan untuk bercuti bersama keluarga secara mengejut.  Walaupun mengejut, dalam tempoh 2 hari itu, kami boleh menyediakan jadual perjalanan dan booking tempat tinggal dengan jayanya.πŸ‘©πŸ˜„

Pada pukul 9.30 malam (05/08/2020), kami memulakan perjalanan untuk ke Terengganu.  Sepanjang perjalanan yang semakin malam dan gelap, kami hanya singgah disatu tempat sahaja, untuk mengisi minyak kereta, dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Homestay (apabila lambat menulisnya, maka memori pun semakin lemah dan aku jadi lupa nama homestay dan nama tempat tu...). Kami sampai ke destinasi tu pada 06/08/2020 lebihkurang pukul 5.30 pagi.

                                                                Fast And Furius kami

Apabila jam pukul 7.00 pagi dan cahaya matahari sudah naik, bolehlah bergambar sementara menunggu pemilik homestay datang untuk menyerahkan kuncinya.

Setelah kami diberikan kunci homestay, kami diberikan info berkenaan perjalanan kami untuk menaiki bot one-day trip ke Pulau Redang.  Oleh itu, kami bersegera masuk ke homestay, dan menyalin pakaian untuk pergi ke jeti menaiki boat.

 Semasa ni, emak tinggal di rumah aku, dan kami bawa emak bersama-sama pergi bercuti ke Terenganu.

Dan semasa ini juga, anak perempuan kedua aku sedang mengandungkan Si Muhammad Mikael tu, dan sebenarnya kandungannya dah sarat serta sedang menunggu hari untuk bersalin jer..



                                            Kami berada didalam boat ke Pulau Redang

Emak hanya berehat didalam boat sewaktu boat berhenti dan berada di pasir timbul di tengah lautan 
(aku dah lupa juga nama tempat ni..)




Sebenarnya, ada banyak tempat persinggahan semasa One-Day Trip ni tapi aku dah lupa nama tempat tempat tu... dan kita letak gambar kenangan sikit jer, yek..

Aku dah terjun ke laut sekejap untuk melihat penyu. Selepas itu, aku duk dihujung boat  menjemurkan diri sementara menunggu mereka yang masih mandi dan bermain dengan penyu di lautan untuk naik ke atas boat.  Perjalanan One-Day Trip ni selesai pada pukul 7 malam.

Setelah kami kembali ke Homestay, kami makan malam di restoran yang terletak di hadapan dengan persisiran pantai yang bersebelahan dengan homestay yang kami sewa ini.  Ada banyak gambar makanannya seperti sotong goreng tepung, tapi cukuplah kita masukkan gambar ini saja didalam Part 1.

Rabu, 9 Februari 2022

Jom beraya


Orang cina nak meraikan perayaannya Chinese New Year, kami pun sebok juga nak beraya.πŸ‘©πŸ‘©Kawan kami yang tinggal di Puncak Alam Shah Alam, Selangor telah balik ke Ipoh pada awal pagi 1/2/2022.  Kami telah berkumpul di Rozie Kitchen St18 Ipoh dengan harapan mahu bersarapan di situ tapi malangnya , restoran tu pun tutup nak berayaπŸ˜„





Bersiap sedia dengan baju merah Gong Xi Fa Cai dan pandu kereta ke rumah sahabat bernama Azimah, lalu kami terus ke Rozie Kitchen St18, Ipoh.








Memandangkan Rozie Kitchen St18 tutup, kami berhasrat makan sarapan di Pusing iaitu di Kafe Kuali ke...apa entah namanya, aku lupa dah...

Apabila kami sampai disitu, restoran itu juga tutup. Kami berbincang sesama sendiri, "nak makan di mana ni...???".

Kami bercadang nak ke Tronoh tapi bimbang restoran berkenaan juga tutup. Akhirnya kami membuat keputusan bersarapan di gerai yang berhampiran dengan Bas Stesen Ipoh.

Apabila kami selesai bersarapan, kami telah meronda pekan Ipoh dan kami telah berjalan di Plan B sambil mengambil gambar.





Bergambar di Concubine Street Ipoh. Ramai pelawat datang dari luar Ipoh yang melawat Ipoh memasuki lorong Concubine ni...  Di sini ada pelbagai barangan jualan berupa aksoseri wanita dan lelaki, restoran, mainan dan pelbagai pertunjukan.








Banyak tempat dan dekorasi cantik yang membolehkan kita bergambar.  Kita simpan gambar disini, okay.







Dah puas berjalan, kita baliklah...πŸ˜ŠπŸ‘©


Isnin, 7 Februari 2022

sisa usia yang berbaki

Dah lama aku memiliki blog tapi baru hari ini aku tau rupa rupanya aku boleh re-schedule tarikh untuk posting.  Makanya, banyak cerita silam yang aku nak isikan didalam blog ni supaya aku dapat lihat dan ingati semula di kemudian hari.  Mana mana catatan seperti pengeluaran KWSP yang aku belanjakan, cuti-cuti Malaysia, dan segala cerita sewaktu suka duka yang telah lalu, akan aku tulis dan simpan gambarnya di blog ini menuruti tarikh yang lepas (waktu kejadian @re-schedule) sebagai simpanan kenangan.

Didalam menghabiskan usia senja dan sisa sisa hidup yang berbaki ini, selain usaha mengenal tuhan dan mendekati diri kepadanya, aku luangkan masa dengan karier baru.

Disamping aku dapat membantu keluarga, (walaupun bukan bantu dari segi kewangan sepenuhnya), tapi.. sekurang-kurangnya karier ini dapat juga memberi manfaat buat mereka yang memerlukan. Aku hanya "touch n go", dan sihat itu milik Allah,  Allah jua penyembuhnya.







Sementara usia masih berbaki, dan kudrat yang dipinjamkan masih diizinkan Allah.