Selesai makan malam, kami pulang ke bilik homestay masing-masing. Pada keesokannya (07/08/2020), kami telah keluar (check out) dari homestay.
Sebelum meninggalkan homestay ni, kita wajib bergambar terlebih dahulu, okay..
Kemudian, kami telah mengisi percutian kami dengan melakukan aktiviti mewarna di Noor Arfa Craft Kuala Terengganu. Amboi, girangnya anakcucu ku.
Hmm... kami memang suka bergambar. Sempat lagi singgah tepi jalan semata mata nak bergambar.
Masing masing gigih nak mewarna
Selepas selesai aktiviti mewarna, kami pergi makan tengahari. Dalam perjalanan tu sempat lagi bergambar..