Rabu, 9 Februari 2022

Jom beraya


Orang cina nak meraikan perayaannya Chinese New Year, kami pun sebok juga nak beraya.👩👩Kawan kami yang tinggal di Puncak Alam Shah Alam, Selangor telah balik ke Ipoh pada awal pagi 1/2/2022.  Kami telah berkumpul di Rozie Kitchen St18 Ipoh dengan harapan mahu bersarapan di situ tapi malangnya , restoran tu pun tutup nak beraya😄





Bersiap sedia dengan baju merah Gong Xi Fa Cai dan pandu kereta ke rumah sahabat bernama Azimah, lalu kami terus ke Rozie Kitchen St18, Ipoh.








Memandangkan Rozie Kitchen St18 tutup, kami berhasrat makan sarapan di Pusing iaitu di Kafe Kuali ke...apa entah namanya, aku lupa dah...

Apabila kami sampai disitu, restoran itu juga tutup. Kami berbincang sesama sendiri, "nak makan di mana ni...???".

Kami bercadang nak ke Tronoh tapi bimbang restoran berkenaan juga tutup. Akhirnya kami membuat keputusan bersarapan di gerai yang berhampiran dengan Bas Stesen Ipoh.

Apabila kami selesai bersarapan, kami telah meronda pekan Ipoh dan kami telah berjalan di Plan B sambil mengambil gambar.





Bergambar di Concubine Street Ipoh. Ramai pelawat datang dari luar Ipoh yang melawat Ipoh memasuki lorong Concubine ni...  Di sini ada pelbagai barangan jualan berupa aksoseri wanita dan lelaki, restoran, mainan dan pelbagai pertunjukan.








Banyak tempat dan dekorasi cantik yang membolehkan kita bergambar.  Kita simpan gambar disini, okay.







Dah puas berjalan, kita baliklah...😊👩