Khamis, 10 Februari 2022

Bercuti ke Terengganu (Part 1)

Sebelum aku menjadi seorang pelupa, aku ingin menulis dan meletak gambar kenangan untuk dilihat pada masa depan sebagai kenangan.

Selepas aku menerima wang simpanan KWSP, wang tersebut aku gunakan untuk berjalan Cuti Cuti Malaysia bersama keluarga.

Memang dah lama merancang tetapi selalu tak menjadi. Aku selalu minta tarikh dimana suami sesuai untuk join tetapi ada je rintangannya, menantu nak beranak le, anak perempuan nak beranak le.. Aku pun menjadi hairan apabila menerima jawapan semacam tu..  Aku pun terkonpius.  Apakah anak lelakinya tak boleh bertanggungjawab nak urus isteri sendiri nak beranak..???!!!  Adakah emaknya juga seorang yang berlepas tangan..???!!!😕😕😕   

Maka, aku membuat keputusan untuk bercuti pada kali ini tanpa bertanyakan kepada suami aku lagi.. Kesian suami aku.. Teringin nak join kami tapi tak berdaya nak melakukannya. Perlahan-lahan tercetus ayat ini, "kenapa Yang tak ajak abang, kalau ajak, mungkin abang leh ikut..".  Hmm..sian suami aku.😔

Kita teruskan cerita, yek...  Sebelum anak bongsu aku balik ke Kajang dan mula bekerja, aku telah membuat keputusan untuk bercuti bersama keluarga secara mengejut.  Walaupun mengejut, dalam tempoh 2 hari itu, kami boleh menyediakan jadual perjalanan dan booking tempat tinggal dengan jayanya.👩😄

Pada pukul 9.30 malam (05/08/2020), kami memulakan perjalanan untuk ke Terengganu.  Sepanjang perjalanan yang semakin malam dan gelap, kami hanya singgah disatu tempat sahaja, untuk mengisi minyak kereta, dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Homestay (apabila lambat menulisnya, maka memori pun semakin lemah dan aku jadi lupa nama homestay dan nama tempat tu...). Kami sampai ke destinasi tu pada 06/08/2020 lebihkurang pukul 5.30 pagi.

                                                                Fast And Furius kami

Apabila jam pukul 7.00 pagi dan cahaya matahari sudah naik, bolehlah bergambar sementara menunggu pemilik homestay datang untuk menyerahkan kuncinya.

Setelah kami diberikan kunci homestay, kami diberikan info berkenaan perjalanan kami untuk menaiki bot one-day trip ke Pulau Redang.  Oleh itu, kami bersegera masuk ke homestay, dan menyalin pakaian untuk pergi ke jeti menaiki boat.

 Semasa ni, emak tinggal di rumah aku, dan kami bawa emak bersama-sama pergi bercuti ke Terenganu.

Dan semasa ini juga, anak perempuan kedua aku sedang mengandungkan Si Muhammad Mikael tu, dan sebenarnya kandungannya dah sarat serta sedang menunggu hari untuk bersalin jer..



                                            Kami berada didalam boat ke Pulau Redang

Emak hanya berehat didalam boat sewaktu boat berhenti dan berada di pasir timbul di tengah lautan 
(aku dah lupa juga nama tempat ni..)




Sebenarnya, ada banyak tempat persinggahan semasa One-Day Trip ni tapi aku dah lupa nama tempat tempat tu... dan kita letak gambar kenangan sikit jer, yek..

Aku dah terjun ke laut sekejap untuk melihat penyu. Selepas itu, aku duk dihujung boat  menjemurkan diri sementara menunggu mereka yang masih mandi dan bermain dengan penyu di lautan untuk naik ke atas boat.  Perjalanan One-Day Trip ni selesai pada pukul 7 malam.

Setelah kami kembali ke Homestay, kami makan malam di restoran yang terletak di hadapan dengan persisiran pantai yang bersebelahan dengan homestay yang kami sewa ini.  Ada banyak gambar makanannya seperti sotong goreng tepung, tapi cukuplah kita masukkan gambar ini saja didalam Part 1.