Pada keesokan harinya iaitu pada 08/08/2020, hari ketiga kami di Terengganu, kami dah nak balik ke Perak. Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke Perak, kami singgah di bandar Kuala Terengganu untuk bergambar di Mesjid Kristal terlebih dahulu.
Bersama Ratu Hatiku
My Hero selain suami kesayanganku.
Kami meneruskan perjalanan dan anak sulong aku ajak kami singgah di Go'Bang Maju Temerloh, makan tengahari di sini.
Di sini popular dengan pelbagai ikan bakar bertempoyak.
Selepas selesai, kami meneruskan perjalanan tapi masih belum sampai Ipoh.. Kami singgah bermalam di Kuala Lumpur pulak sebab menantu sulong aku sudah booking apartment homestay. Akhirnya, kami hanya sampai di Ipoh, Perak pada 09/08/2020 sahaja. Tamat sudah percutian ke Kuala Terengganu.