Hari ini, aku, Iskandar dan Afiq merancang untuk berjalan ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak. Aku bawa 2 orang cucu aku iaitu Nur Iman Qaisara dan Haura Nur Irdina bersama-sama. Pagi sebelum kami ke Kellie's Castle, kami singgah makan di Taman Perpaduan terlebih dahulu. Sebenarnya, walaupun aku ini warga Perak, ini adalah kali pertama aku melawat Kellie's Castle.
Perjalanan dari Ulu Kinta ke Kellie's Castle ini aku rasa jauh juga. Maklumlah aku tak pernah sampai di tempat tu... Teruja lah juga sebab selama ni aku hanya mendengar cerita daripada orang lain jer.. Untuk memasuki kawasan Kellie's Castle ini kami dikenakan tiket. Aku tak tahu lah berapa bayarannya sebab kesemuanya ditanggung oleh Iskandar. Tak ada apa yang aku nak tuliskan. Aku sekadar nak meletak gambar kenangan saja di sini..
Sebenarnya, tempat ini pun luas dan aku tak sempat nak menjengah ke semua bahagian tempat ini sebab tak larat nak melayan perangai si kecik Haura Nur Irdina ni.. Dapatlah sikit gambar jer..
Penat berjalan. Semua pakat duduk kat sini
Setelah anakku dan Afiq selesai melawat keseluruhan bangunan Kellie's Castle ini, kami bergerak ke Warisan Kapal Korek yang terletak di Tanjung Tualang Perak. Di sini pun kita dikenakan bayaran. Setelah kita mendapat tiket memasuki kawasan Kapal Korek, kita diberikan topi dan kita perlu memakai topi tersebut. Ini juga kali pertama aku menjengah tempat ini.
Engineer Iskandar dan Afiq ☺☺
Kami melawat kawasan☺☺☺
Engineer Iskandar dan Afiq sedang berbincang ☺☺
Berpossing habis cucu aku ni...
Apabila selesai melawat Kapal Korek, kami telah pulang ke Ipoh dan terus ke Funtasy House Trick Art (3D) di Ipoh, Perak yang terletak benar benar didalam Bandaraya Ipoh. Di sini, kami hanya menghabiskan masa dengan bergambar tapi aku muatkan sedikit saja di sini sebagai kenangan. Di sini pun kita kena bayar tiket, okey... Zaman sekarang mana ada free dik ooi...
Kita dah terperangkap dalam buih ni..
Jom kita terbang.. Kemana weh oii..
Hati hati meniti ni.. Terjatuh nanti..
Wah.. bestnya... selepas meniti, jumpa duit banyak..
Menyorok... Isy..Diam.. ada tikus cari korang tuu...
Ehh... nak terbang ke mana, Iman dan tertinggal tuu..
Alamakk..!! Saiz depa dah jadi kecik laa...
Begitulah kisah untuk hari ini. Budak budak pun dah letih.. Jam 5:30 petang, kami dah sampai di rumah dan berehat. Kedua-dua cucu aku sangat girang kerana dapat ikut Paksu mereka bercuti.