Pada tahun ini, mereka semua memberikan ucapan harijadi kepada aku sepertimana biasa didalam grup wasap famili kecuali suami aku sebab suamiku memang dah lama keluar dari grup famili tersebut disebabkan takut akan isteri tuanya itu.
Pada tahun ini juga, suami aku tidak tulis text uncapan birthday di wasap kepada aku sebab dia takut aku pamirkan ucapannya itu didalam blog ni, dan takut nanti apabila ditengok oleh isteri tua, si isteri tua tu akan berleter kepada suami aku. Bagaimanapun, suami aku telah mengucapkan "Selamat Hari Jadi Yang" sebelum tiba jam 00:01 am 28/05/2021. 😄
Sedang aku buat kerja di pejabat, aku menerima panggilan talipon daripada seseorang yang mengatakan bahawa dia mahu menyerahkan barang kepada aku. Aku berasa hairan juga sebab aku tidak membeli apa-apa barang daripada Shoppee punnn....
Apabila tiba jam 1 tengahari, tiba-tiba datang lah seorang perempuan menghantar barang dibawah ni.