Rabu, 23 Februari 2022

simpan kenangan

Sewaktu suamiku masih bekerja sebagai seorang guru, suamiku kerap pergi kursus. Apabila suamiku pergi kursus, dia akan bawa aku pergi bersamanya.

Sebenarnya, nak menyingkap semula cerita lama ni terutama ikut suami pergi kursus sana sini memang aku tak berapa leh ingat le.. 😂

Jikalau ingat kisah lama itu bermakna ia mungkin kisah itu menyedihkan/sadis, atau kerana terjumpa gambar-gambar lama.

Seingat aku, suami ada bawa aku dan anak anak ke Sungai Petani kerana suami berkursus disana. Kami tinggal dihotel apa, entah tak ingat le..  Suamiku kursus di Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah.

Design tingkap di rumah aku yang aku ubahsuai tu adalah design yang aku ciplak sikit rupa hotel tempat penginapan kami di Sungai Petani tu..😁

Terjumpa gambar lama ni,  kita snap dengan smartphone semula dan kita simpan disini sebagai kenangan.


Suamiku berkursus di Sungai Petani, Kedah.

Sedang aku menghabiskan masa menilik gambar-gambar lama, aku terjumpa gambar ini pulak. Ini gambar adik suamiku yang bongsu bernama Azizudin, isterinya Azieda. Dia datang ke rumah aku membawa isterinya berjumpa dengan aku sebaik sahaja beberapa hari mereka meraikan majlis perkahwinan mereka.  Sewaktu majlis perkahwinannya, aku sedang bercuti menaiki kapal mewah Star Cruise dari Port Klang ke Singapura.





Kita menjamu pengantin baru dengan memasakkan nasi ayam untuk mereka. 
Kita masak, okay... bukan main order, yek...

Pada zaman sekarang ni, jikalau kau tak tahu memasak, haa.. itu memang sah lah kau tu orang yang malas memasak, sebab untuk mendapatkan ilmu resepi memasak, dah mudah dan senang diperolehi, kau tanya jer..Mr Google.😁

Haa.. begitulah keadaan aku.  Apabila suami request nak makan Acar Buah, nak makan Rendang Tok, aku mana tau nak buat... Tapi aku tanya Mr Google la.. haa.. suami kata "sedap".😃

Suami suka makan sambal tempoyak masak, betik masak tempoyak resepi bondanya, gulai tauchu, ha..aku masakkan jer.. hee, habis hati suamiku..😄 Dah lama suamiku tak balik, mesti suamiku riinduuuu masakan aku.😊

Tak rugi kita masakkan untuk orang-orang yang kita sayang, terutama suami, kann... 👨👩

Ahad, 20 Februari 2022

kawan kita


Hari ni memang dah berjanji dengan kawan kawan nak keluar makan sarapan bersama-sama mereka tapi kawan kami bernama Uyah tidak dapat join sebab dia sedang bercuti di Langkawi. Manakala Aziyah pula tiba tiba ada jiran yang meninggal dunia. Cik Oma kena hadir gathering keluarganya. Si Kecik Mar kena melayan suaminya, maklumlah mereka tu PJJ. 

Memandangkan hari ini aku tidak ambil sebarang temujanji urut, maka, kawan aku bernama Gee gigih ajak aku keluar juga kerana dia rasa bersalah sekiranya temujanji sarapan ini dibatalkan. Akhirnya, aku, Ijan dan Gee keluar bersama-sama. Kami berhasrat untuk sarapan di Restoran Air Hangat, Pusing tetapi restoran itu tutup. 

Aku pandu kereta terus ke Tronoh dan kami makan di Nasi Lemak Perak pada jam 11 pagi. Kami makan sambil berbual bual. Selesai makan, kami telah pergi ke Refarm Kampar. Saja berjalan jalan sambil ambil beberapa keping gambar.
                                       Jalan masuk ke Refarm yang diteduhi dengan dedaunan

                           Sebelum meneruskan perjalanan ke dalam Refarm tu, kita tengok map dulu

                                                          Yang ditunggu tak kunjung tiba

                                        Dah penat tunggu dalam pondok, kita tunggu di sini lah..

                            Mana pergi 2 sahabat tadi.. Jom kita tengok, kut ada dalam rumah ni..

                                            Ohh..kome dah masuk dah, elok le..dah malam ni..

                                                       Jap..tutup tingkap ni, dah malam..

                                                                 Menempuh susur masa

                               

Teringat aku semasa kecik kecik dulu.  Aku kena timba ayo dari lombong dan simpan didalam tongderam untuk dijadikan ayo mandian aku setiap hari apabila aku nak pergi ke sekolah.😄

Mengenang masa lalu. sewaktu aku bersekolah, aku suka juga hiking. Panjat Gunung Mat Sirat Kg Kepayang, Ipoh.

                                                         Intai... kut ada katak didalamnya.

                                                     Ohh..dah letih, yek... Haa..jom balik

                                       Cukuplah... Lain kali boleh datang sini bawa anak cucu pulak...

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Petronas Gopeng untuk menunaikan solat zohor.  Selesai solat, kami lihat jam masih awal. Kami berehat didalam kereta sebentar sambil berfikir destinasi seterusnya.  Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melawat kawasan Lubuk Timah Simpang Pulai pulak..👩😄 Air di Lubuk Timah ni cetek. Mungkin kerana musim panas. Hanya sesuai untuk kanak-kanak jer.. Kami duduk berehat disini sehingga jam 4 petang.  






                                                       Opah opah yang berumur 57 tahun.. 
             (saja tulis umur tu supaya suatu hari nanti jika cucu tanya, bolehlah kita bagitau, kan..)

Kemudian kami pergi ke Nan Station 18 untuk makan kuetiau goreng.  Hujan turun lebat dan hanya berhenti lebih kurang jam 5.30 petang. Apabila hujan berhenti, kami menaiki kereta dan pulang ke sarang masing masing.  



Abang, begitulah cerita cara Yang mengisi masa bersama kawan pada hari Anniversary kita ke 17.😜😍

Anniversary ke 17


Begitu pantas masa berlalu.  17 tahun yang lalu, kami berlima telah ke Yala Thailand untuk bernikah. Kini, 20hb Februari itu berulang lagi. Pelbagai suka duka aku lalui didalam perkahwinan ini. Biasalah kan..👩

Sebaik sahaja, pernikahan dilangsungkan pada 20022005, tarikh ulangtahun kelahiran suamiku pula tiba iaitu 04032005. Aku telah menghadiahkan sebentuk cincin suasa permata ungu kepada suami kesayanganku. Alhamdulillah, suamiku sangat suka menerimanya. Tapi sayang seribu kali sayang, pada tahun 2005 tu tak ada talipon canggih nak ambil foto cincin tu.. 😁

Kemudian, tibalah cuti penggal persekolahan pada bulan March. Suamiku telah merancang untuk berbulan madu di First World Hotel, Genting Highland. Oleh itu, kami telah pergi ke sana bercuti selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13032005 hingga 15032005 dengan hanya menaiki Perdua Kancil 660 AEQ9543.  Haa... jangan tak tau, kancil ku dipandu sampai ke puncak  😂😂😂.  Sebelum ke Genting Highland, suamiku usik usik nakal dengan ayatnya "Di Genting, sejukkk.. ", sambil memandang aku dan senyum nakal. Amboii.. Aku pun turut senyum je..  Aku faham maksud yang nak disampaikan oleh suamiku kepada aku, perkataan SEJUK itu sendiri akan membuat kau faham untuk sepasang suami isteri. Tapi korang nak tahu tak, apa yang berlaku..? Suamiku boleh berebut selimut dengan aku, dan dia tido punya lah lena.. 😬

Tapi, itu pada hari pertama semasa kami sampai di First World Hotel, Genting Highland jer..  Hari ke2, suamiku tak gitu,  okay... Faham faham sendiri lah... Berbulan madu, kan.. Sejukkkk gituuuuu... 😊😄

Pada tahun 2005 ni, kami berfoto dengan camera digital yang mana gambarnya perlu dicuci dan dimemorikan diatas kertas, yang semakin hari semakin rosak jika disimpan lama dalam album. Maka sebelum rosak, kita snap dengan smartphone ni dan kita simpan kenangan gambar gambar ni disini, okay.. 

HAPPY ANNIVERSARY TO MY LOVELY HUBBY, HASANALAKRAM BIN IBRAHIM. THANK YOU SO MUCH BEING MY HUBBY TILL TODATE, 20 FEBRUARY 2022.😘😘😘

Gambar kenangan kami bercuti di First World Hotel, Genting Highland untuk tatapan di hari tua.





          Kami naik cable car untuk melihat pemandangan hutan dan kecerunan Genting Highland.