Mengenang masa lalu. sewaktu aku bersekolah, aku suka juga hiking. Panjat Gunung Mat Sirat Kg Kepayang, Ipoh.
Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan
Ahad, 20 Februari 2022
kawan kita
Hari ni memang dah berjanji dengan kawan kawan nak keluar makan sarapan bersama-sama mereka tapi kawan kami bernama Uyah tidak dapat join sebab dia sedang bercuti di Langkawi. Manakala Aziyah pula tiba tiba ada jiran yang meninggal dunia. Cik Oma kena hadir gathering keluarganya. Si Kecik Mar kena melayan suaminya, maklumlah mereka tu PJJ.
Memandangkan hari ini aku tidak ambil sebarang temujanji urut, maka, kawan aku bernama Gee gigih ajak aku keluar juga kerana dia rasa bersalah sekiranya temujanji sarapan ini dibatalkan. Akhirnya, aku, Ijan dan Gee keluar bersama-sama.
Kami berhasrat untuk sarapan di Restoran Air Hangat, Pusing tetapi restoran itu tutup.
Aku pandu kereta terus ke Tronoh dan kami makan di Nasi Lemak Perak pada jam 11 pagi. Kami makan sambil berbual bual. Selesai makan, kami telah pergi ke Refarm Kampar. Saja berjalan jalan sambil ambil beberapa keping gambar.
Jap..tutup tingkap ni, dah malam..
Teringat aku semasa kecik kecik dulu. Aku kena timba ayo dari lombong dan simpan didalam tongderam untuk dijadikan ayo mandian aku setiap hari apabila aku nak pergi ke sekolah.π
Mengenang masa lalu. sewaktu aku bersekolah, aku suka juga hiking. Panjat Gunung Mat Sirat Kg Kepayang, Ipoh.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Petronas Gopeng untuk menunaikan solat zohor. Selesai solat, kami lihat jam masih awal. Kami berehat didalam kereta sebentar sambil berfikir destinasi seterusnya. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melawat kawasan Lubuk Timah Simpang Pulai pulak..π©π Air di Lubuk Timah ni cetek. Mungkin kerana musim panas. Hanya sesuai untuk kanak-kanak jer.. Kami duduk berehat disini sehingga jam 4 petang.
(saja tulis umur tu supaya suatu hari nanti jika cucu tanya, bolehlah kita bagitau, kan..)
Kemudian kami pergi ke Nan Station 18 untuk makan kuetiau goreng. Hujan turun lebat dan hanya berhenti lebih kurang jam 5.30 petang. Apabila hujan berhenti, kami menaiki kereta dan pulang ke sarang masing masing.
Abang, begitulah cerita cara Yang mengisi masa bersama kawan pada hari Anniversary kita ke 17.ππ
Anniversary ke 17
Begitu pantas masa berlalu. 17 tahun yang lalu, kami berlima telah ke Yala Thailand untuk bernikah. Kini, 20hb Februari itu berulang lagi. Pelbagai suka duka aku lalui didalam perkahwinan ini. Biasalah kan..π©
Sebaik sahaja, pernikahan dilangsungkan pada 20022005, tarikh ulangtahun kelahiran suamiku pula tiba iaitu 04032005. Aku telah menghadiahkan sebentuk cincin suasa permata ungu kepada suami kesayanganku. Alhamdulillah, suamiku sangat suka menerimanya. Tapi sayang seribu kali sayang, pada tahun 2005 tu tak ada talipon canggih nak ambil foto cincin tu.. π
Kemudian, tibalah cuti penggal persekolahan pada bulan March. Suamiku telah merancang untuk berbulan madu di First World Hotel, Genting Highland. Oleh itu, kami telah pergi ke sana bercuti selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13032005 hingga 15032005 dengan hanya menaiki Perdua Kancil 660 AEQ9543. Haa... jangan tak tau, kancil ku dipandu sampai ke puncak πππ. Sebelum ke Genting Highland, suamiku usik usik nakal dengan ayatnya "Di Genting, sejukkk.. ", sambil memandang aku dan senyum nakal. Amboii.. Aku pun turut senyum je.. Aku faham maksud yang nak disampaikan oleh suamiku kepada aku, perkataan SEJUK itu sendiri akan membuat kau faham untuk sepasang suami isteri. Tapi korang nak tahu tak, apa yang berlaku..? Suamiku boleh berebut selimut dengan aku, dan dia tido punya lah lena.. π¬
Tapi, itu pada hari pertama semasa kami sampai di First World Hotel, Genting Highland jer.. Hari ke2, suamiku tak gitu, okay... Faham faham sendiri lah... Berbulan madu, kan.. Sejukkkk gituuuuu... ππ
Pada tahun 2005 ni, kami berfoto dengan camera digital yang mana gambarnya perlu dicuci dan dimemorikan diatas kertas, yang semakin hari semakin rosak jika disimpan lama dalam album. Maka sebelum rosak, kita snap dengan smartphone ni dan kita simpan kenangan gambar gambar ni disini, okay..
HAPPY ANNIVERSARY TO MY LOVELY HUBBY, HASANALAKRAM BIN IBRAHIM. THANK YOU SO MUCH BEING MY HUBBY TILL TODATE, 20 FEBRUARY 2022.πππ
Gambar kenangan kami bercuti di First World Hotel, Genting Highland untuk tatapan di hari tua.
Sabtu, 20 Februari 2021
Anniversary Ke 16
Pada tahun ni, sebenarnya, beberapa hari sebelum tibanya tarikh 20 Februari 2021 ni, aku memang lupa sungguh mengenai Ulangtahun Hari Anniversary ni..
Tidak seperti tahun tahun yang lepas. Tapi kome nak tau tak, macam mana aku boleh teringat...???
Sebab..sebab..sebab Madu aku yang mengingatkannya. Sebelum tiba tarikh ini, dia sudah beri amaran kepada suami aku, "ha...jangan nak kemana-kemana selebret anniversary pΓΌlak..." π©πππ
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita Yang ke 16
Puisi untuk mu, Suamiku HASANALAKRAM BIN IBRAHIM
20 FEBRUARI
---------------------
20 Februari tersematnya satu memori
20 Februari bersatunya dua hati
20 Februari kita bersama memadu janji
20 Februari ijabkabulnya sebagai suami isteri
"Setiap nafas dan degupan jantungku adalah dirimu,
Bayu yang menyentuh tubuhmu akan ke sedut sebagai nafasku"
Itulah ungkapan romatis abang kepada Yang,
Berjanji untuk saling menyayangi dan menyintai,
berjanji untuk saling memahami dan menjaga hati,
berkasih sayang saling rindu merindui,
sepanjang hayat hingga ke mati.
20 Februari 2021 kini berulang lagi
Untuk yang ke Enam Belas perkahwinan kita
20 Februari, Anniversary akan terus berulang
lagi dan lagi
dengan tahun bersilih ganti
muga berbahagialah kita sebagai suami isteri
semalam, hari ini, esok dan nanti
Isnin, 20 Februari 2017
12 Years Together (Our Wedding Anniversary)
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
20 Februari berulang lagi buat tahun ini
Ulangtahun pernikahan dan bersatunya kami
To My Lovely Husband, Happy Our Wedding Anniversary
Ya Allah,
Aku bersyukur kepada Mu, 12 TAHUN telah berlalu
Engkau telah memanjangkan jodohku bersama suamiku sehingga ke saat ini, kekalkanlah nikmatMu ini keatas kami, dan jadikanlah kami berdua suami isteri di dunia dan akhirat yang bersama-sama menduduki syurgaMu kelak.
Ya Allah,
Andainya suamiku pilihanMu di Arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Andainya suamiku ini adalah suami yang membimbingku di titianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Andainya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di syurgaMu
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala permintaannya
Andainya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu
peliharalah kata-kataku serta perbuatanku yang menyakit hati dan perasaannya.
Amin YRA.
Langgan:
Catatan (Atom)



