Begitu pantas masa berlalu. 17 tahun yang lalu, kami berlima telah ke Yala Thailand untuk bernikah. Kini, 20hb Februari itu berulang lagi. Pelbagai suka duka aku lalui didalam perkahwinan ini. Biasalah kan..👩
Sebaik sahaja, pernikahan dilangsungkan pada 20022005, tarikh ulangtahun kelahiran suamiku pula tiba iaitu 04032005. Aku telah menghadiahkan sebentuk cincin suasa permata ungu kepada suami kesayanganku. Alhamdulillah, suamiku sangat suka menerimanya. Tapi sayang seribu kali sayang, pada tahun 2005 tu tak ada talipon canggih nak ambil foto cincin tu.. 😁
Kemudian, tibalah cuti penggal persekolahan pada bulan March. Suamiku telah merancang untuk berbulan madu di First World Hotel, Genting Highland. Oleh itu, kami telah pergi ke sana bercuti selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13032005 hingga 15032005 dengan hanya menaiki Perdua Kancil 660 AEQ9543. Haa... jangan tak tau, kancil ku dipandu sampai ke puncak 😂😂😂. Sebelum ke Genting Highland, suamiku usik usik nakal dengan ayatnya "Di Genting, sejukkk.. ", sambil memandang aku dan senyum nakal. Amboii.. Aku pun turut senyum je.. Aku faham maksud yang nak disampaikan oleh suamiku kepada aku, perkataan SEJUK itu sendiri akan membuat kau faham untuk sepasang suami isteri. Tapi korang nak tahu tak, apa yang berlaku..? Suamiku boleh berebut selimut dengan aku, dan dia tido punya lah lena.. 😬
Tapi, itu pada hari pertama semasa kami sampai di First World Hotel, Genting Highland jer.. Hari ke2, suamiku tak gitu, okay... Faham faham sendiri lah... Berbulan madu, kan.. Sejukkkk gituuuuu... 😊😄
Pada tahun 2005 ni, kami berfoto dengan camera digital yang mana gambarnya perlu dicuci dan dimemorikan diatas kertas, yang semakin hari semakin rosak jika disimpan lama dalam album. Maka sebelum rosak, kita snap dengan smartphone ni dan kita simpan kenangan gambar gambar ni disini, okay..
HAPPY ANNIVERSARY TO MY LOVELY HUBBY, HASANALAKRAM BIN IBRAHIM. THANK YOU SO MUCH BEING MY HUBBY TILL TODATE, 20 FEBRUARY 2022.😘😘😘
Gambar kenangan kami bercuti di First World Hotel, Genting Highland untuk tatapan di hari tua.
Kami naik cable car untuk melihat pemandangan hutan dan kecerunan Genting Highland.