Sewaktu suamiku masih bekerja sebagai seorang guru, suamiku kerap pergi kursus. Apabila suamiku pergi kursus, dia akan bawa aku pergi bersamanya.
Sebenarnya, nak menyingkap semula cerita lama ni terutama ikut suami pergi kursus sana sini memang aku tak berapa leh ingat le.. 😂Jikalau ingat kisah lama itu bermakna ia mungkin kisah itu menyedihkan/sadis, atau kerana terjumpa gambar-gambar lama.
Seingat aku, suami ada bawa aku dan anak anak ke Sungai Petani kerana suami berkursus disana. Kami tinggal dihotel apa, entah tak ingat le.. Suamiku kursus di Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah.
Design tingkap di rumah aku yang aku ubahsuai tu adalah design yang aku ciplak sikit rupa hotel tempat penginapan kami di Sungai Petani tu..😁
Terjumpa gambar lama ni, kita snap dengan smartphone semula dan kita simpan disini sebagai kenangan.
Suamiku berkursus di Sungai Petani, Kedah.
Sedang aku menghabiskan masa menilik gambar-gambar lama, aku terjumpa gambar ini pulak. Ini gambar adik suamiku yang bongsu bernama Azizudin, isterinya Azieda. Dia datang ke rumah aku membawa isterinya berjumpa dengan aku sebaik sahaja beberapa hari mereka meraikan majlis perkahwinan mereka. Sewaktu majlis perkahwinannya, aku sedang bercuti menaiki kapal mewah Star Cruise dari Port Klang ke Singapura.
Kita menjamu pengantin baru dengan memasakkan nasi ayam untuk mereka.
Kita masak, okay... bukan main order, yek...
Pada zaman sekarang ni, jikalau kau tak tahu memasak, haa.. itu memang sah lah kau tu orang yang malas memasak, sebab untuk mendapatkan ilmu resepi memasak, dah mudah dan senang diperolehi, kau tanya jer..Mr Google.😁
Haa.. begitulah keadaan aku. Apabila suami request nak makan Acar Buah, nak makan Rendang Tok, aku mana tau nak buat... Tapi aku tanya Mr Google la.. haa.. suami kata "sedap".😃
Suami suka makan sambal tempoyak masak, betik masak tempoyak resepi bondanya, gulai tauchu, ha..aku masakkan jer.. hee, habis hati suamiku..😄 Dah lama suamiku tak balik, mesti suamiku riinduuuu masakan aku.😊
Tak rugi kita masakkan untuk orang-orang yang kita sayang, terutama suami, kann... 👨👩