Khamis, 5 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 9)


Selepas mendaftarkan diri di Jaeselton Point, kami telah diperkenalkan kepada tour guide yang membawa kami ke PULAU MANUKAN.  Namanya Hilmi.  Disini, kami ditawarkan dengan mainan Parasailing (Pragliding)  untuk menikmati luasnya lautan dengan menaiki payung terjun ke atas laut, dan Sea Walking iaitu menyelam ke dasar laut sambil melihat ikan.  Parasailing (Pragliding) ada caj yang dikenakan iaitu RM70.00 selama 10 minit.  Manakala, bayaran yang dikenakan untuk Sea Walking pula ialah RM150.00. Kami telah memilih untuk Parasailing (Pragliding).

                                                                Menuju ke Pulau Manukan

Pantai Pulau Manukan


Baru mula nak terbang ke udara

Di ketinggian 300 kaki

Yesza... Dengan ketinggian 300 kaki di atas lautan, aku dapat menikmati kebesaran Tuhan yang menciptakan alam ini.  Betapa, aku bersyukur kerana Tuhan telah memberikan badan dan mata yang sihat agar aku boleh menikmati dan melihat kebesaran Tuhan. Subhanallah, Alhamdulillah, Walailahhaillallah, Allahhuakbar.  

Apabila aku, mendarat semula keatas bot, aku mendapati tiada siapa pun yang ambil video untuk aksi aku semasa parasailing tu...  Aku sangat kecewa.  Apabila kami semua selesai parasailing, kami dihantar semula ke pantai Manukan. Sewaktu aku nak turun, aku cakap kepada driver bot tu, "sikit lagi aku datang naik lagi".  Betapa masinnya mulut aku apabila bercakap.  Apabila, kami sampai di pondok tempat rehat di Pulau Manukan tu, Hilmi datang dan bertanya samada kami puas hati semasa parasailing tadi.  Aku terus menjawab bahawa aku kecewa sebab tiada siapa ambil video untuk aku, dan aku bagitahu aku nak naik lagi tapi syaratnya, Hilmi mesti ikut dan ambilkan video semasa aku naik parasailing tu...  Alhamdulillah, rezeki kami.  Kami dapat naik sekali lagi dengan caj RM35.00 sahaja. Akhirnya, aku dapat naik parasailing sebanyak 2 kali secara solo dan naik berpasangan sebanyak satu kali kerana menemani Noni sebab Noni gayat naik seorang diri.  Video telah direkodkan tapi sayangnya tidak dapat disimpan disini. Aku simpan kenangan video di Instagram saja lah.

Setelah selesai main parasailing, kami kembali ke pantai Manukan dan kami mandi manda disini.  Jangan ditanya kenada gambar Uyah tak de.  Rupa rupanya, dia takut dan tak bijak berenang. Adoihai...

Punyalah excited nak mandi, sampai terlupa nak buka mask..😄



Pulau Manukan

Ahad, 1 Mei 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 8)

Hari ini adalah hari ke3 kami berada di tanah Sabah.  Hari ini kami nak bermain di laut.  Dengan hati yang ceria dan riang ria seperti kanak-kanak, kami bangun dengan badan yang sangat segar.  Pagi ini, kami pergi sarapan di hotel sahaja dengan pemandangan laut yang luas. 


Bergambar dahulu, simpan kenangan yang kami sedang pakai baju pemberian daripada Mu, adik Uyah.


Kita bergambar dahulu, simpan kenangan bersama.
\

Ajom... Kenyangkan perut dahulu sebelum terjun ke laut... 

Tapi...aku sejenis yang tak ambil pusing pasal makan ni...  Makan sikit pun okay.. yang penting dapat berjalan, dapat merehatkan minda.. betul tak.. Haa... jom, cecepat makan, kita nak naik bot ke Pulau Manukan. Jom..AJ dah tunggu dan nak bawa kita ke Jeaselton Point untuk daftar nama nak naik bot. Hari ini, kami ada 2 destinasi pulau yang hendak dilawati.

Ajommm... main air laut.