Selasa, 30 Mei 2023

Jejak Tsunami Banda Aceh (Part 2 (i)

HARI KEDUA  PERCUTIAN DI BANDA ACEH (18 MAC 2023)

Seronok juga tinggal di bilik hotel secara solo ni.. Sebab tak perlu berebut bilik mandi, dan tak perlu nak tunggu rakan kita bersiap.  Tidur di sini, jiwa rasa sangat tenang. Aura Islamic di Banda Aceh ni sangat menarik. Suara bacaan al quran sentiasa berkumandang dicorong pembesar suara mesjid.  Mesjid pun banyak dibina, cantik cantik belaka. 

Setelah aku siap, aku turun bersarapan di Cafe yang berada didalam bangunan hotel ini. Banyak makanan yang disediakan, dan sedap belaka. Diantaranya ada lempeng kecil, nasi goreng, dsbg.

Nasi impit bersama lontong

Lempeng mini

                                                                  Kueh manisan sagu
                                  
Ini mesjid yang berada di hadapan hotel bernama Mesjid  Syeikh Abdulrauf

                                                  Jom..naik bas, kita gi meronda Banda Aceh

Apabila semua rakan sudah bersarapan, kami telah dibawa oleh agent pelancongan ke Mesjid Raya Baiturrahman. Kami dikehendaki menanggalkan kasut dan menggunakan selipar yang telah disediakan oleh pihak Masjid apabila kami memasuki ruang luar dan dalam mesjid. Kami solat dhuha di mesjid ini. Di mesjid ini terdapat lebihkurang 6 batang payung besar. Rekabentuk payung besar itu hampir sama dengan payung besar di Mesjid Nabawi.  Payung besar itu akan dikembangkan sewaktu Solat Jumaat dan apabila ada pelancong yang datang melawat. 

Kami juga diceritakan bahawa masjid ini terselamat daripada limpahan air tsunami 2004. Di ruang dalam bangunan masjid ini tidak rosak. Air tsunami tidak memasuki bangunan masjid. Malahan limpahan airnya hanya berada diluar bangunan masjid sahaja.  Ramai mangsa tsunami yang berada disekitar masjid itu terselamat daripada hanyut bersama dengan limpahan air tsunami itu.  Disini, kami telah diberikan masa lebihkurang setengah jam untuk bergambar.

Pintu masuk Masjid Raya Baiturrahman

Didalam kawasan masjid

Rekabentuk dan corak  seperti di Mesjid Nabawi

Payung besar yang baru nak dikembangkan

                                                             Masjid Raya Baiturrahman

Setelah puas bergambar di Mesjid Raya Baiturrahman, kami dibawa ke destinasi kedua iaitu ke Museum Tsunami Aceh. Disini, kami ditayangkan dengan filem yang menggambarkan keadaan laut dan limpahan air semasa kejadian tsunami.  Kami juga ditunjukkan dengan catatan nama nama mangsa yang telah meninggal dunia semasa tsunami, dan kami juga telah dimaklumkan bahawa ada banyak negara yang telah memberikan bantuan kilat kepada penduduk Banda Aceh termasuk negara  kita, Malaysia. 
                                                                                
                                                     Di pintu masuk Museum Tsunami Aceh

Replika bentuk Museum Tsunami Aceh

Ini diantara nama-nama mangsa yang dicatatkan di dinding dalam Museum Tsunami Aceh

Bendera negara-negara yang membantu Tsunami Banda Aceh digantung untuk peringatan dan 
tatapan pelancong

Haa... nampak tak bendera negara kita, Malaysia? Tuuu.. Dari kiri nombor 2.

Sebenarnya, sewaktu aku berada di Museum Tsunami Aceh, aku lebih banyak ambil video sebab banyak tayangan filem dan audio yang dipamerkan.  Untuk hari kedua ni, ada banyak tempat yang kami pergi dan ada banyak gambar yang mahu disimpan disini sebagai kenangan. Sambung di episod yang berikutnya.