PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan setiap orang.
Aku coretkan disini supaya dapat dibaca di tahun tahun yang akan datang dan juga menjadi sumber pengetahuan untuk anak cucu aku di kemudian hari.
Kita dikejutkan dengan penyakit mistri Covid19 yang membawa maut pada awal Januari 2020.Kerajaan telah memilik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian wabak Covid 19 ini. Beberapa Fasa untuk PKP telah dirancang dan ia dilaksanakan menurut jadual yang berikut.
Fasa Pertama : 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020
Fasa Kedua: 1 April 2020 hingga 14 April 2020
Fasa Ketiga: 15 April 2020 hingga 28 April 2020
Fasa keEmpat: 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020
Fasa KeLima: 13 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020
Semasa aku menulis ini, inilah rekod tempoh PKP yang dilaksanakan.
PKP telah menyebabkan keseluruhan rakyat Malaysia;
- Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
- Kebetulan PKP berlaku dalam bulan Ramadhan. Maka tiada bazar ramadhan. Tiada solat terawih di mesjid.
- Tiada buffet Ramadhan di hotel-hotel.
- Tiada sambutan Aidilfitri berkumpulan. Budaya kunjung mengunjung tidak digalakkan. Jumlah tetamu yang berkunjung yang dibenarkan hanyalah 20 orang sahaja.
- Tiada bunyi letupan mercun dan tiada rekod yang cedera kerana mercun.
- Harga petrol turun mendadak sehingga ke paras RM1.25 seliter.
- Semua pejabat kerajaan dan pejabat swasta di Malaysia diarahkan tutup dan segala kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah (work from home).
- Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan diatas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar ke dalam grup whatsapp.
- Penjarakan sosial sentiasa diutamakan. Normal kehidupan baru. Bersalam diganti dengan meletakkan tangan di dada sambil menunduk kepala sedikit sebagai tanda menghormati tetamu.
- Pita pelekat diletakkan di atas lantai premis kedai atau pejabat untuk menentukan jarak selamat 1 meter diantara setiap individu. Terpaksalah beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai / premis.
- Restoran dan kedai-kedai makan ditutup. Tidak boleh melepak di restoran kecuali beli makanan yang dibungks dan bawa pulang. Food Rider ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang kantoi menjual rokok seludup pulak...☺☺
- Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada di kedai.
- Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan yang tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
- Keseluruhan acara sukan di seluruh dunia dibatalkanserta merta. Aktiviti riadah dan bersenam hanya perlu dibuat didalam rumah.
- Konsert, pelancungan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di Bukit Bintang KL sunyi sepi yang mana selama ini sesak dan padat 24 jam. Umpama tidak ada waktu tidur.
- Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan, tapi digantikan dengan nikah online.
- Tiada lagi jemaah di mesjid dan rumah rumah ibadat ditutup.
- Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepda 20 orang atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dan itu juga tidak dibenarkan. Perubahannya sentiasa berlaku dari masa ke semasa.
- Taman permainan kanak-kanak ditutup.
- Kekurangan stok penutup muka, pakaian dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja di barisan hadapan (frontliners).
- Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
- Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabut cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan (hand sanitizer).
- Rak Roti Gardenia menjadi kosong.
- Kilang kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
- Kerajaan melaksanakan sekatan jalanraya disetiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting. Tidak boleh merentas daerah dan merentas negeri. Arahan ini juga sentiasa berubah dari masa ke semasa.
- Tiket kapalterbang murah tetapi tidak boleh keluar melancong.
- Sidang dari PM8 iaitu TS Muhyidin Yassin dan Kementeraian Kesihatan sentiasa di keudarakan setiap hari.
- Kemaskini kes baru, kes yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 petang.
- Jalanraya menjadi kosong, sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.
- Udara menjadi segar disebabkan tiada penceramaran alam yang disebabkan oleh asap asap kenderaan ataupun kilang kilang.
-Penutup Muka adalah aksesori baru yang sangat diperlukan dan digemari oleh lelaki dan perempuan di musim PKP ini.☺☺
- "MENDATARKAN LENGKUNG GRAF" itulah yang sering diperkatakan.
- Kita Lakukan Ini Bersama dan Kita Harus Menang adalah seruan oleh PM8 dan KKM.
Inilah sejarah NOVEL CORONAVIRUS (Covid 19) iaitu suatu wabak penyakit pendamik yang diwartakan pada 18 Mac 2020.
#StayHome
#StaySave