Memaparkan catatan dengan label Percutian di Krabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian di Krabi. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mac 2018

Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 5)


HARI KE EMPAT (27/02/2018)

Assalamualaikum.  Hari ini kita nak bercerita mengenai hari terakhir kami berada di AONANG, KRABI, THAILAND.  

Sebelum itu, saya nak bercerita tentang hari semalam.  Kami difahamkan bahawa di Aonang, Krabi ni kaya dengan pelbagai pancake.  Mereka kata rasa pancake di Aonang, Krabi ni sedap.  Kami pun nak mencuba lah,..

Kami telah membeli Banana Pancake Nutella dengan harga 60 Baht (RM7.62), mahal kann... Rasanya biasa aje.  Air kelapa di sini pun berharga lebih kurang 60 - 80 Baht (RM7.62 - RM10.16).  Jadi, saya tak rasa lah nak mencuba air kelapa di Aonang Krabi ni sebab saya tengok biasa aje sepertimana air kelapa di Malaysia.  Di Malaysia pun saya boleh minum dengan harga  yang lebih murah iaitu RM3.00 jer...

Ramai penjual air kelapa yang menjual air kelapa dan jual pancake di pinggir@tepi jalanraya di Aonang, Krabi.. Dimana-mana pun anda boleh mendapatkan minuman air kelapa  dan juga makan pancake kerana ianya mudah didapati. Pancake pula ada pelbagai jenis rasa pancake. Lihat gambar di sebelah dan di bawah ni.  Di bawah itu adalah Mini Pancake yang boleh dibeli dengan harga 20 Baht (RM2.54) untuk 6 keping Mini Pancake daripada pelbagai rasa.

Menurut En Hasri, penduduk di Aonang, Krabi membeli kelapa dari Bangkok dengan harga 5 Baht (RM0.63), tetapi apabila kelapa sudah memasuki Krabi, harga kelapa menjadi 20 Baht (RM2.54). Oleh sebab itu, minuman air kelapa, samada diminum airnya dari dalam buah kelapa atau pun di dalam gelas, harga air kelapa yang djiual meningkat menjadi 60 - 80 Baht. Namun,  menurut kata Encik Hasri lagi, ada banyak sambutan dan permintaan sebab ramai  pelanggan yang membelinya.


Sepertimana pada hari kedua dan ketiga yang lalu, kami masih ada sehari lagi voucher untuk bersarapan di Hasna Palace Restaurant.  Hari ini, kami bersarapan dengan hanya memakan nasi goreng serta minum teh tarik sahaja.


Sebelum kami naik ke bilik hotel semula, kami telah berjalan kaki dan mengambil beberapa gambar di AONANG MUSLIM STREET untuk dijadikan kenangan.


Ini gambar di pintu MASJID AONANG AL-MUNUAWARAH. Setiap hari kami dapat mendengar azan yang berkumandang di Mesjid Aonang AL-Munuawarah ni sebab Hasna Palaca Hotel yang kami diami selama 4 hari 3 malam itu terletak berdekatan dengannya.




Ini wajah anakku yang penuh kegirangan kerana bercuti di Aonang Krabi, Thailand.  Katanya, "seronok bercuti begini, rileks aje.... tidak perlu terkejar ke sana sini sepertimana bercuti mengikut kumpulan-kumpulan pelancong yang ramai tu.." Percutian yang kami pilih adalah  PRIVATE TOUR (Melancong Peribadi) dan percutian cara ini lebih menyeronokkan... Sangat relex and freedom.





Haa... Kita ambil berkat bergambar di sini dulu, yek.. Di sini, kami melihat warga lelaki dan wanita di Aonang, Krabi  ini  seperti  kita juga, ramai yang mengunjung ke Mesjid ini.  Pada sebelah malamnya pula ramai peniaga memenuhi ruang kaki lima di hadapan mesjid untuk berniaga.  Saya juga melihat seorang ahli jawatankuasa mesjid sedang mengutip sewa  tapak daripada peniaga yang berniaga di  Aonang Muslim Street pada setiap malam.  Namun, saya tak pastilah berapa bayaran sewa yang dikenakan itu..

Selesai bergambar, kami naik ke bilik hotel dan kami menghabiskan masa didalam bilik dengan mengemas barang dan beg untuk pulang ke Malaysia.  Tiba-tiba pada jam 12:00 tengahari waktu tempatan (Aonang, Krabi), pintu bilik kami diketuk orang.  Setelah pintu dibuka, kami melihat Cik Toon iaitu pekerja di hotel tersebut sedang berdiri di hadapan pintu sambil memberitahu saya bahawa Encik Hasri sedang menunggu kami di tingkat bawah. Kami pun bergegas turun dengan membawa bagasi  dan  juga semua barang yang dibeli. Sebaik sahaja sampai di bawah Encik Hasri membawa kami ke keretanya.  Saya minta dia tunggu sekejap sebab saya nak beli Green Tea Mix dan kain Songket Thailand di kedai seberang jalan di hdapan Hasna Palace Hotel ni.

Ingat tak... Semalam, kami hanya berjalan-jalan dan langsung tidak membeli apa-apa pun.  Sebenarnya, kami survey harga barang dari satu kedai dengan kedai yang lain.  Harga  barang di setiap kedai tidak sama.  Sebagai contoh, harga Green Tea Mix ni..  Kebanyakkan kedai menjualnya dengan harga 120 Baht (RM15.24)  dan  kain Songket Thailand pula kebanyakkannya dijual dengan harga 250 Bath (RM31.75). Namun, kedai di hadapan Hasna Palace Hotel ni menjual Green Tea Mix dengan harga 80 Baht (RM10.46).   Manakala, kain "Songket Thailand" pula dijual dengan harga  200 Baht (RM25.40).  Saya buat tawar menawar sebelum membeli dan akhirnya saya membeli kain Songket Thailand tersebut dengan  harga 180 Baht (RM22.86) sahaja.
Memandangkan, saya masih ada baki ditangan berjumlah sebanyak 480 Baht (RM60.96), maka saya membeli 2 peket Green Tea Mix dengan harga  160 Baht (RM20.32) dan sehelai kain "Songket Thailand" itu dengan harga 180 Baht (RM22.86).  Setelah saya selesai membeli, saya segera menuju ke kereta dimana Encik Hasri dan anak saya sedang menunggu kedatangan saya.

Memandangkan kondisi anak saya yang tidak boleh terlalu aktif dan cepat letih serta perlu berehat, maka, kebanyakkan masa kami dihabiskan dengan  duduk berehat di bilik hotel sahaja. Anak saya pula bizi upload gambar-gambar yang ditangkap semasa lawatan ke hutan dan ke pulau-pulau. Mujurlah, saya juga bukan kaki shopping, kalau tak, panjanglah muncung ni...

Sepanjang perjalanan hendak ke  KRABI INTERNATIONAL AIRPORT, kami dibawa melalui laluan jalanraya di pinggir pantai dan kampong-kampong, sambil tu Encik Hasri bercerita tentang kehidupan penduduk di Aonang, Krabi, Thailand.  Semasa melalui jalanraya di pinggir  Pantai Aonang, kami terjumpa satu arca Ikan Todak dan kami telah meminta Encik Hasri berhenti disitu dan ambil gambar kami.  Tengok gambar ni... Besar arca Ikan Todak ni...

Kemudian, Encik Hasri bercerita mengenai sebab-sebab adanya Ayam Boy.  Nak tau tak....???  Ayam Boy ni dikatakan mirip kepada ayam KFC.  Di Aonang, Krabi, Thailand, ayam KFC tidak halal, malah di KFC juga ada dijual becon.  Ha... hati-hati yek, jangan suka-suka nak makan KFC di Krabi, Thailand.  Oleh kerana penduduk Islam di Aonang, Krabi ingin makan ayam KFC, maka salah seorang penduduk telah memulakan  perniagaan  ayam  goreng yang hampir serupa dengan keenakkan ayam KFC iaitu AYAM BOY.   Perniagaannya telah difrancaiskan di sekitar Aonang, Krabi, Thailand. Saya tak sempat nak ambil gambar gerai Ayam Boy itu.

Akhirnya, tepat jam 1:00 tengahari waktu tempatan (Krabi), kami sampai di KRABI INTERNATIONAL AIRPORT.  Kami sempat juga bergambar bersama dengan Encik Hasri di pintu lapangan kapalterbang tersebut.

Apabila kami masuk ke dalam, hatiku berdebar apabila melihat begitu ramai orang yang sedang beratur di Kaunter Air Asia yang mana hanya ada  3 kaunter sahaja yang dibuka. Saya agak cemas sedikit pada masa itu.  Bimbang jikalau tidak sempat melepasi Boarding Pass dan tertinggal kapal terbang.  Dup dap..dup dap... jantung saya.  Setelah lama beratur, maka sampai lah juga giliran kami untuk urusan bagasi kami itu.  Kemudian, kami diminta pergi ke Gate 1.  Sekali lagi hatiku berdebar-debar apabila terpaksa beratur panjang untuk melepasi Imigresen di Gate 1, yang mana kaunternya hanya 2 sahaja yang dibuka pada masa itu.  Bagaimanapun, semua urusan dapat dilaksanakan menurut jadual waktu yang ditetapkan.

Kami telah menaiki kapalterbang Air Asia bernombor AK 869 dari KRABI-KL pada jam 2:05 petang (3:05 waktu Malaysia), dan kami sampai  di KLIA2 lebihkurang jam 4:25 petang.  Kami telah dijemput oleh kawan anakku bernama  Afiq dari KLIA2 ke rumah anakku di Cheras.  Kami singgah sekejap di rumah anakku dan kami balik ke Ipoh pada malam itu juga.

Buah tangan yang dapat kami bawa balik hanyalah sehelai T-Shirt untuk setiap ahli keluargaku, iaitu suamiku, 3 orang anak, menantu dan 3 orang cucu  kecuali cucu bongsuku yang baru berusia 6 bulan iaitu Nur Esyal Qarmila, sebab tidak ada T-Shirt saiz kecil yang sedondon untuk Esyal.  Saya juga  membeli sehelai T-Shirt untuk kawan sepejabat ku.

Habis sudah cerita kami mengenai pengalaman kami MELANCONG KE KRABI 4 HARI 3 MALAM yang mana pakej  melancong ini telah diuruskan oleh Cik Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD  yang beralamat di No. 37  &  39, Jalan Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak. (No. Talipon: 05-2550303)  Sesiapa yang berhasrat nak melancong, saya mengesyorkan anda bolehlah hubungi mereka ini. 

Inilah kali pertama saya menguruskan sendiri percutian tanpa melibatkan orang lain.  Maksudnya,  saya sendiri yang mengenal pasti pilihan tempat untuk melancong dengan persetujuan anak saya, mencari agen untuk mengurus pembelian tiket dan booking hotel serta jadual lawatan, membuat keputusan terhadap harga pakej yang dipersetujui dengan agen dan segala pembayaran untuk melancong ini  ditaja oleh saya sendiri.  Terima kasih juga kepada Boss saya yang memberi bonus sebanyak  RM4,300.00 pada tahun ini. 

Saya amat berterima kasih juga kepada Cik Syahirah Ismail yang telah menguruskan  Private Tour dan melaksanakan impian saya untuk bercuti dengan anak saya, Muhammad Iskandar Zamri.   Kami sangat berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang diberikan kepada kami dan insyaallah, jikalau ada rezeki, kewangan dan kesihatan yang baik, kami akan melancong lagi dan akan cari Cik Syahirah Ismail untuk menguruskannya, Insyaallah.  TAMAT.
  

Jumaat, 2 Mac 2018

Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 2)


Assalamualaikum, kita sambung lagi cerita pengalaman kami berada di KRABI, Thailand.  Sebelum aku bercerita dengan lebih panjang, biar aku beritahu dahulu, beza nilai matawang Baht Thai dengan Ringgit Malaysia  pada  19/02/2018  adalah seperti berikut:-

100 Baht Thai    X    0.127     =   RM12.70  matawang Malaysia. 

Aku menukar matawang Ringgit Malaysia sebanyak RM508.00 dan aku memperolehi sejumlah 4,000.00 Baht Thai.   Maka, 2,000.00 Baht aku sediakan untuk kegunaan anakku dan bakinya 2,000.00 Baht untuk kegunaan aku sendiri.  Bagaimanapun, sebenarnya, kami berkongsi Baht ketika berbelanja di Aonang, Krabi, Thailand.  

Di Hasna Palace Hotel, Krabi, kami mendapat pakej yang menyediakan makan malam pada 24/02/2018  dan  tiga hari minum@makan  pagi  iaitu pada  25/02/2017, 26/02/2018 dan 27/02/2018.  Bagaimanapun, aku telah tersalah pandang dan  oleh kerana aku terlalu  teruja nak keluar malam melihat suasana pekan Aonang, Krabi pada malam itu, maka aku terlupa  meminta  resit  makan  malam  bagi malam tersebut (24/02/2018). 

Setelah kami check-in hotel pada jam 5:00 petang waktu tempatan (6:00 petang wkt Malaysia), kami berehat seketika, mandi dan bersolat, Solat Zohor dan Asar secara Jamak Takhir  Qasar.  Anakku pula  tertidur.  Beliau  letih  mungkin disebabkan cuaca yang panas terik itu dan beliau perlu  berehat  secukupnya.  Pada jam 8:00 malam waktu tempatan (9:00 malam wkt Malaysia) kami telah bersiap dan keluar mencari kedai@restoran  untuk makan malam pada Hari Pertama di Aonang, Krabi, Thailand.



Sewaktu kami berjalan-jalan di Aonang Muslim Street, Krabi, Thailand, kami terjumpa Restoran Malaysia-Krabi.  Kami difahamkan oleh pekerjanya  bahawa pemilik restoran ini adalah warganegara Malaysia dari  Negeri Perlis.  

Harga makanan di restoran ini agak berpatutan dan amat puas hati ketika menikmati keenakkan  makanannya. 






Nak tau tak, apa yang kami makan?   Inilah tomyam yang terdiri daripada pelbagai jenis seefood dan juga sedikit kepingan ayam.  Rasanya...😋😋
Enak dan harganya juga berbaloi,  150 Baht (RM19.05) semangkok besar tuu... Kami memesan makanan untuk dua orang sahaja, tetapi tengoklah... dia hantar semangkok besar tu, seolah-olah nak makan empat orang..😊







Ini pula adalah udang goreng sambal.  Rasa keenakkan masakan di restoran ini seolah-olah kita sedang menikmatinya di restoran, Malaysia. 😊    Hidangan udang gorng  sambal ini  juga didalam piring yang besar dengan jumlah udangnya yang banyak.  Jenuhlah kami berdua nak menghabiskannya.  Harganya adalah 150 Baht (RM19.05)




Selain daripada kedua-dua makanan yang dinyatakan di atas, kami  juga memilih untuk memakan sayur.  Jadi inilah gambar sayur tersebut. Harganya adalah 80 Baht  (RM10.16)

Dua pinggan nasi putih berharga  40 Baht (RM5.08) dan minuman yang aku pesan adalah segelas Jus Mentimun yang berharga 50 Baht (RM6.35).

Untuk malam ini (Hari Pertama Makan Malam di Aonang, Krabi) kami berbelanja sebanyak 470 Baht Thai (RM59.69)



Selepas menikmati makan malam di Restoran Malaysia-Krabi, kami berjalan-jalan di sekitar Aonang Muslim Street melihat keadaan di persekitaran  Aonang, Krabi, Thailand.  Ternyata Aonang Krabi, Thailand adalah  sebuah Pusat Pelancongan. Kami  melihat  banyak  boots  kecil  untuk  Ex-Change Money yang membolehkan pelancong menukar matawang mereka pada bila-bila masa sahaja. Untuk mereka yang menginap berhari-hari di Krabi, mesin basuh pakaian yang disewa ada juga disediakan. 

Terdapat banyak pejabat-pejabat kecil  agen-agen pelancongan  yang boleh  menguruskan  lawatan  ke Hutan dan  ke pulau-pulau yang disediakan.  Terdapat juga skuter-skuter yang disewakan bagi memudahkan pelancong untuk menikmati keindahan semasa free time masing-masing.

Kami juga amat teruja apabila melihat banyak gerai-gerai makanan halal di sini.  Kami diberitahu oleh  Encik Sulaiman bahawa hampir 90%  penduduk di Krabi terutama di kawasan Aonang adalah terdiri daripada penduduk berugama Islam. 

Pada malam ini, kami hanya berjalan-jalan dan tidak membeli apa-apa pun. Selepas puas berjalan kaki di Aonang Muslim Street, Krabi kami balik ke hotel.

Nak tau tak apa seterusnya....? Selepas kami balik ke hotel, anakku minta izin untuk turun semula.  Makanya, apa yang terjadi..?  Aku ditinggalkan  seorang diri di hotel, dia pula telah turun semula dan tidak lama kemudian, dia balik ke hotel dengan  beberapa helai T-Shirt. Rupa-rupanya dia turun pergi membeli sehelai baju T-Shirt untuk aku.  

Akuuu......?  Tidur la...ZZzzz.

Esok kita sambung Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 3) mengenai lawatan kami ke Hot Stream, Emerald Pool dan naik gajah.   Bye.

Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 1)


Assalamualaikum, aku ingin mencoretkan kenangan di sini untuk memori ku satu ketika nanti.

Sudah lama tanam niat di hati, ingin menghabiskan masa bercuti berduaan dengan anak bongsu ku, Muhammad Iskandar.  Pada tahun 2016, tahun yang menyedihkan setiap hati terutama, Muhammad Iskandar yang terpaksa melalui banyak ujian kesakitan sehingga menyebabkan pembedahan di Spinal C-3.  Pada tahun 2017, beliau semakin pulih walaupun ada kalanya dia juga menahan kesakitan, dan aku tidak putus-putus mendoakan agar anakku, Muhammad Iskandar sihat seperti sediakala,  dan aku mengharap kasih sayang Allah agar memberikan keajaibannya untuk anakku, Muhammad Iskandar.

Aku merancang untuk membawanya bercuti tetapi aku belum tau nak kemana.  Aku bertanya kepada anakku dengan menyarankan beberapa tempat, mungkin ke Singapura, Bangkok atau ke Bandung, dan ternyata  anakku ingin bercuti ke KRABI, Thailand.  Oleh itu, aku mula search agen pelancongan yang boleh menguruskan percutian ini, dan aku telah menemui seorang agen bernama Syahirah Ismail dari AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD, Ipoh.   Cik Syahirah Ismail telah menguruskan segalanya termasuk pembelian tiket kapalterbang Air Asia untuk pergi dan balik, penempahan bilik hotel di Hasna  Palace  Hotel, Krabi  dan  pembelian tiket-tiket  bagi aktiviti-aktiviti yang akan kami sertai di Aonang, Krabi, Thailand.  Pakej kami ini  adalah  untuk  4  hari  3  malam  dengan  bayaran  sebanyak  RM1,503.00  setiap  seorang. 

Kami telah memilih untuk bercuti  pada  24/02/2018  hingga 27/02/2018.  Maka pada 23/02/2018 jam 4:15 petang, aku pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Sri Maju Ekspress dan turun di TBS, lalu dijemput oleh anakku untuk bermalam di rumahnya, di Cheras. Malam ni, kami sebok membuat persiapan menyediakan segala barang keperluan kami untuk bercuti di KRABI. Ha.....jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti Panadol juga yek.... Aku juga menyediakan biji selasih dan garam kasar yang boleh dimasukkan ke dalam air  botol minuman  kerana kedua-dua bahan ini salah satu sumber yang boleh mengurangkan suhu panas dalam badan, manalah tau.. bimbang nanti takut-takut sakit kepala ke...., demam ke... tak tau nak cari farmasi di perantauan ni, kann....

Keesokannya, pada 24/02/2018, awal-awal pagi, kami telah menaiki kereta menuju ke rumah kawan anakku di Sepang, dan minta bantuan daripada kawannya bernama Tasya untuk menghantar kami ke lapangan terbang  KLIA 2 untuk menaiki kapalterbang Air Asia bernombor AK 868  ke KRABI.


Kapalterbang  Air Asia  bernombor AK 868  yang kami naiki berlepas dari  KL ke KRABI pada jam 13:30 tengahari. Beza  waktu diantara  Malaysia dengan KRABI adalah 1 jam.  Didalam kapalterbang, kami telah disediakan dengan makanan untuk makan tengahari iaitu  Chicken Pasta Arrabiata. Penerbangan kami mengambil masa selama 1 jam 20 minit.  Maka, kami telah sampai di International Airport KRABI pada jam 14:55 waktu Malaysia (13:55 waktu KRABI).

Setelah kami sampai di KRABI, kami melihat ada seorang lelaki berdiri yang sedang memegang kertas dengan memaparkan namaku, ROHIDA 😊😊. Kami mendekatinya dan beliau memperkenalkan dirinya dengan nama Sulaiman.  Beliau adalah pemandu pelancong kami  (Private Tour Guide) yang telah dilantik oleh AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD  yang menyambut kedatangan kami berdua.   Manakala,  Encik Hasri  yang  juga  pemandu  pelancong  (Private Tour Guide)  yang dilantik oleh AIDIL TRAVEL & TOURS SDN BHD  pula  akan menguruskan segala aktiviti kami berdua semasa kami berada  di  AONANG, KRABI, Thailand.  Kami telah dijemput dengan menaiki sebuah kereta.


Itinerari percutian ke KRABI pada 24/02/2018 hingga 27/02/2018

HARI PERTAMA (24/02/2018) Jam 14:55 (waktu Malaysia)

Dari Airport International Krabi, kami dibawa meronda dan melawat ke Pekan Krabi.  Di sini kami dibawa ke perairan Krabi Town River.  Menurut  En. Sulaiman, di sungai tersebut dahulunya adalah paya bakau dan didalam perairan tersebut dipenuhi dengan ketam.   Mungkin inilah  punca terciptanya nama KRABI 😊. 



Wajah kegirangan apabila kapalterbang yang kami naiki selamat mendarat dan kami telah selamat sampai di International Airport Krabi, Thailand. Sempat juga kami meminta Encik Sulaiman supaya mengambil gambar kami buat kenangan 😊.

Terdapat dua buah gunung yang tegap berdiri  yang dapat dilihat dari perairan Krabi Town River. Kami telah diberitahu oleh Encik Sulaiman bahawa gunung tersebut adalah mercu tanda Krabi.   Kami dibawa ke sini untuk menyematkan memori dengan mengambil gambar-gambar kenangan di kawasan ini.  Senario di  persekitaran  Krabi Town River amat bersih dan cantik.  Kami diberitahu lagi bahawa  pada setiap tahun dari bulan Disember hingga April  adalah High Season yang mana semua kos adalah mahal. Manakala bermula pada bulan Mei hingga November pula adalah musim Low Season sebab pada bulan-bulan tersebut  adalah  musim  hujan di Krabi, dan kos harga barangan atau hotel murah sahaja.  Pada masa kami berada disini, cuaca sangat panas dan terik.  Nampak tak dua gunung yang menajam macam dua lidah di belakang gambar kami  tu, ha... itulah gunung Mercu Tanda Krabi yang dikelilingi oleh air yang jernih dan kebiruan.  



Memandangkan perairan ini dahulunya dipenuhi dengan ketam, maka kerajaan Thai telah membuat artifak berbentuk ketam yang dikenali dengan Ketam Hitam yang menarik minat pelancong-pelancong untuk bergambar dengannya.

Kami bergambar sepuas-puasnya di sini walaupun cuaca di sini amat panas dan terik. 😊😊😊




Selepas kami puas bergambar di Krabi Town River, kami  berdua  dibawa melawat ke tempat pemeliharaan ikan iaitu di Krabi Coastal Fisheries Research And Development Centre @ Krabi Thailand yang mempunyai banyak ikan Kerisi, ikan Merah, dan  beberapa jenis ikan lagi yang aku tak tahu namanya, yang boleh dimakan isinya.  Kami diberitahu  lagi oleh Encik Sulaiman bahawa kerajaan Thai sengaja menternak ikan-ikan ini untuk rakyatnya dan kerajaan Thai telah menjual ikan-ikan tersebut kepada rakyatnya dengan harga yang murah. 



Cuaca di Krabi pada masa ini sangat panas dan terik.  Anakku tidak tahan lagi dengan cuaca ini dan meminta  Encik Sulaiman  menghantar kami check-in hotel iaitu di HASNA PALACE HOTEL, KRABI  di Aonang  Krabi, Thailand.    He..he... nampak tak, suami ku berkata, "eee...pilih hotel nama serupa cam nama abang, Hasanal..."  Hmm..aduhai, suamiku jeles la tu....😁😁  Itu la, Yang ajak ikut, abang  tak nak... Risau sangat takut isteri tua jeles, ha.. Abang jangan nak jeles ekkk...... Yang gi jalan-jalan nikmati keindahan ciptaan Allah dengan anak bongsu, okay....

Okaylah, esok, kita sambung cerita  mengenai aktiviti kami pada malam pertama  kami berada di  Aonang, Krabi, Thailand  di dalam tulisanku yang berikut  bertajuk Bercuti ke KRABI, Thailand (Part 2).