Jumaat, 3 Februari 2023

Hidup Baru (Part 1)

Tiba tiba aku menerima panggilan talipon daripada anak bongsu aku sewaktu aku sedang berehat pada jam 12 malam.  Dia mengatakan bahawa dia mengalami kemalangan jalan raya di hadapan Starbuck Tambun. Aku panik. Aku terus pergi ke tempat kejadian bersama anak kedua aku. Aku mendapati bonet hadapan kereta Myvi aku remuk. Airbag di stering dan tempat penumpang kedua juga telah pecah. Ini  menunjukkan ada hentakan kuat yang berlaku ketika kemalangan itu. 

Bagaimana keadaan anak aku....??? Anak aku seperti orang kebingungan. Blur. Namun, tiada sebarang kecederaan diluar anggota badannya. Pada malam itu juga, kami ke balai polis membuat repot kemalangan dan membawa kereta ke bengkel untuk dibaiki dengan menggunakan khidmat tontow.



Pada keesokan hari, kawan anak aku datang dari Kajang ke Ipoh. Dia datang untuk menjemput anak aku balik ke Kajang. 

Pada hari Isnin, anak aku perlu melapurkan diri untuk memulakan kerja di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya tetapi sewaktu anak aku hendak menulis borang pelapuran diri, tiba tiba tangannya kaku, tidak boleh menulis dan penglihatannya terganggu. Semakin hari kesihatannya semakin merosot. Pergerakan dia terganggu serta terbatas seolah lumpuh disebelah kanan.




Tanpa berfikir panjang, aku dan ayah kandung anak aku telah pergi ke Kajang menjemput dia balik ke Ipoh. Perniagaan anak aku terpaksa ditutup. Segala barang milik dia juga terpaksa dijual. 



Apabila anak aku sudah dibawa balik ke Ipoh, dia diberikan rawatan di Hospital Permaisuri Bainun. Pada semasa itu, keadaan kesihatannya semakin meleset, dan dia benar benar perlukan seorang pembantu untuk membantu dia dalam segala pergerakannya, terutama membantu dia untuk makan.

Dia juga pernah terjatuh kerana gagal berdiri dengan betul dan gagal memegang dengan tegap, yang mengakibatkan dagunya luka berdarah. 

Asbab perkara itu, menantu sulung menyuruh aku berhenti kerja di firma guaman yang mana aku telah berkhidmat selama 31 tahun di situ. 

Pada awalnya, aku sukar untuk membuat keputusan untuk berhenti kerja sebab aku bimbang bagaimana nak meneruskan hidup tanpa wang. Aku bukan kerja gomen yang ada pencen atau wang gratuiti. Aku hanya ada KWSP. Itu pun dah selesai digunakan, tiada berbaki lagi. Mujurnya, Allah murahkan rezeki anak menantu sulong aku. Dia telah menggantikan jumlah wang gaji aku itu sebagai elaun bulanan. Oleh itu, pada 17 Jun 2022, aku pun resign dan menjadi seorang suri rumah ataupun pesara.

Maka, bermulalah kisah hidup aku sebagai surirumah atau pesara. Sebenarnya, aku ni seorang yang tak boleh duk diam. Mujurnya, aku ada skil untuk mengurut dan aku adalah seorang  Juruterapi yang memberikan rawatan urutan untuk wanita.  Dulu, aku kerap urut customer di rumah mereka tapi sekarang, memandangkan anak aku sakit, maka aku ambil upah urut di rumah aku jer.. Bagaimana hidup aku sebagai seorang surirumah yang tidak bekerja @ pesara...? BACA SEORANG JE KE TUU.? KAN LEBIH BAIK BACA BERUKHWAH DENGAN PASANGAN AWAK😂(Sambung part 2)