Hari ini 29/03/2022 adalah hari yang ke4 kami berada di Sabah. Pagi ini selepas bersarapan di hotel, kami check out. Kami dijemput oleh AJ dan kami dibawa ke Pasar Philipine pergi membeli beberapa cenderahati untuk kawan dan keluarga. Kemudiannya, kami telah dibawa ke Museum Sabah. Disini kami hanya mengambil beberapa foto.
Sebaik sampai sahaja, kami terus bergambar. Kami memang kaki gambar..😄
Inilah rangka IKAN PAUS
BAJU KEBAL yang mengandungi simbol simbol ayat suci Al-Quran
BATU SUMPAH
Jom, kita menumbuk padi
Udah puas menumbuk padi, moh..kita naik motor norton 1970an, kita merempit pulakk 😄