Isnin, 25 Februari 2019

Pembedahan Tulang Kaki Kanan (Part 3)


Assalamualaikum, kita sambung lagi.  Apa yang berlaku seterusnya.....

Hari Pertama di UMSC - 4/2/2019
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada 4/2/2019, aku dan anak bongsuku telah pergi mendaftar diri di Tingkat 10 UMSC tersebut.  Aku telah diminta  supaya mendeposit sebanyak RM20,000.00.  Lalu melalui akaun CIMB, aku telah transfer dan cash debit di Kaunter UMSC tersebut.  Selepas urusan mendeposit wang berjumlah RM20K itu, salah seorang daripada pegawai yang bertugas telah membawa kami turun ke Tingkat 9 dan masuk ke Ward Mawar Bilik 9 Katil D.  




Kemudiannya, opah, emak saudara, bapa saudara, sepupunya dan ayah kandungnya sampai di Ward berkenaan.   Tak lama kemudian, datanglah seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Faizal berjumpa dengan kami di Ward  serta menerangkan prosidur pembedahan tulang kaki kanan anakku itu. 





Anakku telah disuruh berpuasa  mulai pukul 11:00 pagi sebab pembedahan  itu bakal dibuat pada pukul 4:30 petang.  Maka, sementara menunggu waktu itu, opah, emak saudara, bapa saudara, sepupunya dan ayah kandungnya telah turun ke Tingkat Bawah untuk makan tengahari. Manakala, aku tinggal bersama dengan anak bongsu ku di Ward Mawar tersebut.

Hampir jam 4:00 petang, mereka iaitu opah, emak saudara, bapa saudara, sepupunya dan ayah kandungnya naik semula dengan membekalkan aku nasi untuk makan tengahari. 





Lebihkurang jam 4:30 petang, dua orang pegawai bertugas @ nurse di UMSC telah datang ke ward dan meminta anakku menukar pakaiannya iaitu memakai baju yang disediakan untuk pembedahan berkenaan.








Kemudiannya, anakku telah ditolak dan dibawa ke Menara Utama UMSC (PPUM), langsung dibawa  ke bilik pembedahan. Kami semua mengikutinya.  Apabila sampai di kawasan bilik bedah berkenaan, kami diminta duduk di bilik menunggu. 

Kami semua menunggu dan rasanya pembedahan dilakukan dengan cepat juga.    Lebihkurang  jam 6:00 petang,  Professor Dr Vivek dan Dr Faizal telah datang berjumpa aku di ruang menunggu dan  mereka memberitahu pembedahan dijalankan dengan lancar dan  anakku yang dalam keadaan selamat dan sedang berehat.  Alhamdulillah, tiada apa apa yang menyusahkan semasa pembedahan tersebut.  Pembedahan dan segala urusan berjalan dengan lancar.  

Setengah jam kemudian,  katil yang dibaringi oleh anakku telah diusung  keluar dari bilik bedah  lalu nurse tersebut membawa kami ke Ward Anggerik di Tingkat 10 UMSC tersebut.



Kami diberi arahan supaya tidak mengganggu anakku dan jikalau anakku sudah sedar, kami disuruh memberikan dia makan roti serta minum susu.  Lebih kurang jam 7:30 malam, anakku dah mula stabil.  Dia dah sedar, dah senyum dan sudah boleh main wasap@handphone ..😊😍

Lebihkurang jam 9:30 malam hingga 10:00 malam, sahabatnya bernama Afiq telah datang melawatnya di Ward Anggerik UMSC, dan telah menemani anakku hingga jam lebihkurang jam 11:45 malam.  Selepas sahabat karibnya pulang ke rumahnya, kami tidur di Ward tersebut.

Okay lah, kita sembang pasal hari Kedua di Part 4, ye...