Barang yang lepas
Jangan dikenang
Kalau dikenang
Tentu menangis (ohhhh...)
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kan pulang dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu
Oohhh dunia
Ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracun diri
Ooohhh tak guna
Menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidak kan mungkin kembali semula
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracun diri
Lirik nyanyian; P.Ramlee
Kita duduk berbincang elok elok. Kita berpisah dengan cara elok. Kita simpan kenangan. Kita mulakan sebagai kawan. Kita bernikah menjadi suami isteri. Kita akhiri dengan penceraian. Namun, cerita kita masih berterusan sebab kita tidak berdendam. Kini, kita kembali menjadi kawan, dan terus berhubung sebagai kawan kerana itulah pilihan terbaik untuk kita.
Dibawah gambar kenangan kita ni, kita tulis caption yang menarik sikit, okay..
"Abang.. Yang merajuk ni.. Abang tak nak pujuk, ke..?"
"Isy.. Abang tak nak pujuk Yang, hmm..Cukuplah sampai disini saja..,
biar Yang undurkan diri daripada kemelut perkahwinan ni.."
Barang Yang Lepas Jangan Dikenang.
"selepas ni, kita ikutlah arah haluan kehidupan kita masing-masing.."
Barang Yang Lepas Jangan Dikenang.