Ahad, 3 April 2022

Bercuti ke KK dan Kundasang (Part 1)


Buat pertama kali aku menjejakkan kaki di tanah Sabah adalah pada 31/10/2008. Aku pergi bersama dengan bekas suami kedua aku. Semasa itu, anak perempuan kedua aku tinggal bersama dengan maksunya yang bernama Sheela di Kota Kinabalu. Dia bersekolah disini atas arahan bekas suami kedua aku kerana anak kedua aku agak nakal sikit.

Kami dihantar oleh anak saudara aku ke perhentian bas Yoyo Ekspress di Bercham ke KLIA. Kemudiannya, kami menaiki kapalterbang AirAsia ke Kota Kinabalu. Di Kota Kinabalu, kami dijemput oleh bekas biras aku. Kami bercuti selama 3 hari 2 malam.  Kami dibawa oleh keluarga bekas adik ipar melawat  Kundasang dan melihat Gunung Kinabalu dari jarak jauh. 

Kemudiannya, kami juga dibawa ke Pasar Philipine untuk membeli mutiara berupa aksesori wanita seperti cincin, rantai tangan, broach, pendant dan rantai leher.  Aku  beli rantai leher berbatu kristal warna hijau dan beberapa jenis rantai tangan kristal pelbagai warna.  Di Pasar Philipine, bekas suami kedua aku ada membelikan broach untuk bekas madu aku.  Dan bekas suami kedua aku juga ada mengambil batu kristal berwarna kuning milik aku yang aku beli melalui Sheela semasa Sheela balik ke Perak dan memberikannya kepada bekas madu aku untuk dijadikan cincin. Mungkinlah dah dibuat cincin, kut.. Sebenarnya, banyak perkara kita kongsi, kan..👩 

Pemandangan Gunung Kinabalu yang diambil dari Kundasang.


                                                                Bersama keluarga Noorsheela.

Sekarang, aku pergi bercuti ke Sabah sekali lagi.  Pada kali ini, aku pergi bersama dengan kawan-kawan aku bernama Uyah dan Noni dengan mengambil package yang disediakan oleh  adik Uyah.  

Pada hari Jumaat (25/03/2022) jam 11:00 malam, sewaktu hujan turun dengan lebatnya, aku dihantar oleh anak perempuan kedua ke Amanjaya Ipoh untuk menaiki bas Yoyo Ekspress dari Ipoh ke KLIA2.  Kami sampai di KLIA2 pada hari Sabtu (26/03/2022) jam 2:00 pagi.  Apabila kami sampai di KLIA2, kami terus scan tiket dan uruskan beg pakaian masuk kargo.  Kemudian, kami melepak di Surau KLIA2 menunggu waktu solat Subuh.



Sebaik sahaja kami menyelesaikan solat Subuh, kami bergegas ke kaunter masuk kepalterbang. Jadual penerbangan kami adalah pada 6:45 pagi.  Bagaimanapun, kapten yang berkenaan telah melakukan penerbangan 10 minit awal, dimana kami sampai pada jam 9:20 pagi.




Tiba di BKI (Kota Kinabalu) pada 26/03/2022 jam 9:20 pagi.

Sebaik sahaja kami sampai di Lapangan Kapalterbang Kota Kinabalu, kami telah disambut oleh agent yang dilantik dengan menggunakan sebuah kereta Proton untuk membawa kami melawat Kundasang dan Kota Kinabalu sepertimana yang terdapat didalam itinari yang kami pilih.  Kita sambung cerita sikit lagi.