Selasa, 21 April 2020

Bercuti ke Pulau Langkawi (Part 2)_2020


22/02/2020 @ Hari Sabtu

Hari ini kami masih berada di HIG Apartment Homestay Langkawi.  Semalam kami sudah merancang untuk pergi menaiki Skycab.  Hasrat aku yang utama apabila berada di Langkawi sudah pastilah ingin menaiki Skycab.  Aku dah lama teringin nak datang ke Pulau Langkawi dan menaiki Skycab.  Alhamdulillah, hari ini ada menantu yang belanja aku ke sini.

Maka, hari ini kami bangun awal  dan bersiap lalu terus menuju ke Skycab centre yang terletak di Gunung Mat Chinchang, Langkawi.   Didalam perjalanan ke Skycab centre tu terdapat beberapa buah bas rombongan.  Haa.. Maksudnya  pada hari ini ada ramai pengunjung.  Kami kena bersegera ke sana untuk mendapat tiket awal.  Bagaimanapun, didalam perjalanan ke Skaycab, kami singgah di sebuah  kedai makan untuk bersarapan terlebih dahulu. 

Jalan menuju ke Skycab menaiki bukit dan tidak sesak.  Di sepanjang perjalanan menuju ke Skycab, kami menikmati kecantikan alam semula jadi yang kehijauan dan  pemandangan bot bot, kapal-kapal di lautan yang luas membiru.  Jarak rumah penduduk di sini diantara satu sama lain agak jauh.  Ada juga rumah baru yang didirikan yang dapat dilihat di sepanjang jalanraya yang kami lalui tadi.




Kami sampai ke Skycab centre lebih kurang jam 10:00 pagi.   Wah.. kelihatan ramai pengunjung yang berebut untuk membeli tiket.  Kami menunggu di luar. Manakala menantu aku pergi beratur membeli tiket.  Tiket yang dijual ada banyak pilihan. Ia dijual secara berpakej. Menantu aku beli tiket yang ada pakej dimana kami boleh melihat filem 3D 360 darjah di Skydome, mengambil gambar di 3D Art Museum dan  menonton filem 3D Skyrex dengan duduk diatas simulator seolah olah kita sedang berada didalam  suasana sebenar  filem tersebut. 

Kami beratur dan tibalah giliran kami menaiki kereta kable dari Stesen Pertama.  Kereta kable tu tidak berhenti dia terus sahaja bergerak dan kami melompat kecil untuk masuk ke kereta kable tersebut.  Wah, berdebarnya hati aku apabila melihat laluan gunung yang curam itu tetapi aku sangat teringin untuk menaikinya sejak dahulu lagi.  Sebaik aku masuk je ke dalam kereta kable itu, aku zikir ayatul Qursi tanpa henti sampai menantu ku jadi cuak..πŸ˜‚πŸ˜‚

Tinggi dan curam. Apabila aku melihat keindahan alam itu dan mengenangkan betapa berkuasanya Allah  Yang Maha  Pencipta  tatkala menciptakan alam ini, menitis air mata aku.  Beristighfar aku pohon keampunan kepadaNya.  Pohon agar aku tidak lupa akan Dia dan tidak mendahulukan manusia yang aku sayang sebelum Dia.




Beginilah rupanya apabila melihat tingginya tempat yang bakal kami pergi dan curam.  Sekali sekala kereta kabel diberhentikan kerana angin agak kencang.  Tengok aku tu... zikir tak berhenti tuu..  πŸ˜‚πŸ˜‚


   






Masing masing cuak apabila melihat gunung yang curam tu dan kereta kable yang sekali sekala dihayun angin tapi semua muka pun cover cunnn gituu... πŸ˜‚πŸ˜‚








Ini baru berada di Stesen Kedua jer... tu... nampak tak dibelakang tu..  Sikit lagi kami meneruskan perjalanan menaiki terus ke tingkat yang tinggi di Stesen Ketiga.  Perjalanan ke sini lagi curam.






Ketika kami sudah sampai di Stesen Ketiga, kami tidak dibenarkan untuk pergi ke laluan titi kerana angin terlalu kencang dan kami juga sukar nak bergambar ketika berada di kemuncak Stesen Ketiga itu.







Angin kuat semasa ni..Tak boleh nak possing bebetul pun, haaa.. 








Angin kuat semasa ni, kalau tak pegang beranda tu, terobang le..

Pada masa ini, kami sempat bervideo dengan anak kedua dan anak bongsu aku.  Sajalah.. nak bagitau mereka yang kami dah sampai disini.  Suami aku..? Haa.. jangan ditanya.. Dia merajuk sebab aku ikut anak anak aku bercuti dan aku tak dapat "cantikkan tempat tidurnya bagi minggu tu.."


Ehh..Tentu ada yang bertanya, kenapa tiba tiba cakap pasal "tempat tidur"  πŸ˜‚  Aku cuma teringat perkataan yang digunakan oleh ustaz tu.. Dia kata senang je jaga suami ni, ha.. para isteri jagalah  perut suami dan tempat tidur suami. Haa.. faham faham la kan.. tempat tidur suami tu untuk apaπŸ˜ƒ 

Kami tidak lama berada di kemuncak Gunung Mat Chinchang ni.. sebab angin kuat, risau pulak, nanti jikalau angin terus kencang, haa.. tersangkut kat sini dan tak boleh turun, naya...

Apabila kami turun dari Gunung Mat Cahinchang, kami pergi masuk ke bilik Skydome dimana kami diperlihatkan dengan filem fantasi berupa filem 3D 360 darjah, dimana kami seolah olah berada dalam situasi itu.  Didalam bilik ni, penuh dengan rasa takut. Sekali sekala kami menjerit ketakutan dan kami ketawa kelakar.   Masuk ke Skydome memang menarik hati tapi kami tidak sempat nak bergambar didalamnya.


Kemudian, kami menuju ke Skyrex.. Haa.. pada masa ini kami disuruh duduk atas simulator. Dewan digelapkan. Simulator itu digerak gerakkan semasa kami menonton filem 3D Dinasour itu.  Rupa rupanya apabila kami duduk diatas simulator yang digerak gerakkan itu, kami seolah olah sedang berada didalam jet yang terdapat didalam filem itu. Apa lagi.. cucu keduaku yang duduk bersebelahan dengan aku menangis la..ketakutan. πŸ˜‚πŸ˜‚ 








Kemudian, kami pergi masuk ke bilik 3D Art Museum dimana ianya terdapat banyak bilik dan bertingkat tingkat. Kami kena turun naik tangga untuk melihat gambar gambar di bilik bilik itu. Sini terdapat pelbagai jenis lukisan dan cucu aku puas bergambar disini.  Sampai di satu bilik, kami diberi menonton satu filem dengan berlatar belakang gambar padang pasir yang dipenuhi dengan gambar 3 D Piramid  yang dilukiskan di sekitar dinding bilik itu.    




Sebelum kami keluar dari Skycab centre kami sempat beronda di sekitar kawasan itu dan kami juga sempat bergambar.





Setelah kami menghabiskan masa di Skycab centre, kami pun keluar ke bandar semula. Didalam perjalanan itu, kami singgah bergambar di sini..  Walaupun panas, kami nak bergambar juga buat kenangan berada di sini😊





Selepas itu, kami pergi mencari restoran makan tengahari lah... lapar kan..



Seterusnya, kami dibawa ke kilang membuat minyak gamat.  Wah... ada perlbagai jenis herba dan ubatan ubatan yang diformulasikan dengan Gamat.

Suami aku pun ada  menggunakan minyak gamat ni untuk dimasukkan sedikit ke dalam Minyak Bidara 7 Herba An Nasr.  Haa..suami aku pun pengeluar dan penjual minyak urut  juga.




Alang alang dah sampai di Pulau Langkawi milik atok ni @ Tun Mahathir, kita pergilah melawat ke Galeri Perdana tu... Kita nak tengok semua hadiah hadiah yang atok terima.  Dia bijak, dia letakkan semua hadiah yang dia dapat di Galeri Perdana. Banyak hadiah yang cantik-cantik.  Bangunan Galeri Perdana tu besar, luas dan cantik tetapi sunyi. Ukiran dan warna didalam Galeri Perdana sangat menarik. Cucu aku berlari lari ketika berada didalamnya. πŸ˜€




Nampak tu... sempat deme bergambo dengan kereta antik yang atok ada.. Sebenarnya, deme banyak bergambo tapi kita muatkan satu je di sini, ok..

Ha.. kami berjalan bermula dari pukul 8:00 pagi dan jam 8:00 malam saja baru balik semula ke HIG Apartment Homestay tu.  Kami siap makan malam dahulu dan sampar di apartment boleh mandi, solat dan tidor sahaja.  Sambil itu, kemas pakaian sebab esoknya dah nak balik, kan..



Bye Bye Langkawi


Keesokannya, pada hari Ahad @ 23/02/2020 jam 8:00 pagi, kami keluar dari HIG Apartment Homestay Langkawi dan menuju ke jeti untuk pergi ke Feri Kuala Perlis.  Kami dapat tiket awal.  Sebaik sahaja kami ada tiketnya, kami teus naik feri tersebut.  Dalam tempoh 2 jam perjalanan, kami sampai di Feri Kuala Perlis. Kami pulang ke Perak tetapi sebelum itu, kami pergi ke Ikea Pulau Pinang  dan menghabiskan masa disini.



Pada jam lebih kurang pada jam 7:30 malam, kami sampai di rumah kami.  Begitulah cerita aku percutian yang pendek dan tanpa dirancang ini.  Aku berterima kasih kepada menantu dan anak sulong aku yang sudi bawa aku pergi bercuti bersama mereka ke Pulau Langkawi.