Khamis, 28 Mei 2020
Di Harijadi Ku
35 tahun menyimpan..
Seseorang yang bekerja di syarikat swasta tidaklah sepertimana penjawat awam didalam jabatan kerajaan yang ada pelbagai ganjaran apabila berhenti atau bersara. Wang simpanan yang diharapkan untuk penggunaan dihari tua hanyalah bagi pekerja syarikat swasta hanya bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Begitu jua aku. Aku bekerja didalam syarikat swasta selama 35 tahun, dan hari hari aku bersabar menunggu umur 55 tahun untuk mengecapi wang simpanan yang sedikit itu.
Kini 28.05.2020 telah tiba. Permohonan untuk pengeluaran wang simpanan didalam KWSP tersebut telah aku buat awal sebulan daripada tarikh ini. Apabila tiba tarikh ini, aku mendapati wang tersebut telah didepositkan ke akaun aku. Pengeluarannya terlalu mudah. Jumlah yang aku perolehi hanya RM152,650.13 sahaja.
Nak tahu bagaimana cara aku menghabiskannya...??? Dalam tempoh sebulan je habis dah..😊
Aku sangat gembira dapat mengagih-agihkan wang yang aku perolehi itu kepada mereka yang aku sayang. Walaupun jumlah yang aku beri itu tidak banyak tapi dengan wang yang sedikit itu aku yakin dapat juga menggembirakan hati mereka.
Segala bayaran dan pemberian itu aku senaraikan disini sebagai kenangan dan ingatan saja.
1. Zakat (RM3500)
2. Emak (RM5000)
3. Suamiku (RM5000)
4. Puteri sulongku (RM5000)
5. Puteri Keduaku (RM2500)
6. Putera Bongsuku (RM2500)
7. Menantu menantuku (RM1000 x 2 = RM2000)
8. Cucuku seramai 6 orang (RM500 x 6 = RM3000)
9 Anak bongsuku (anak tiri) (RM300)
10. Langsaikan hutang rumah dan kereta myvi (RM17,000)
11. Reward diri sendiri, beli barang kemas untuk diri sendiri dan puteri-puteriku (RM10,000)
12. Bayar pembedahan tulang kaki sebelah kiri pada 12/06/2020 (RM33,136.70)
13. Trip ke Terengganu bersama keluarga (RM5000)
14. Langsaikan hutang emas yang dicagar (RM6500)
15. Modalkan Iskandar buka Butik Geta Gading (RM15,000)
16. Beli Laptop untuk Iskandar dan diri sendiri (RM3000)
17. Simpanan di Tabung Haji (RM10,000)
18. Simpanan di ASB (RM20,000)
Bakinya yang tinggal sedikit tu, aku gunakan lah baiki kereta dan pelbagai lah..
Suamiku berhasrat nak pinjam duit aku sebanyak RM10,000 tapi aku tak bagi sebab aku tak de income lain dah selepas ni.. sedangkan suamiku sedang sebok menyusun kehidupan dengan keluarganya di Titi Gantung dan suamiku mengabaikan aku di Ipoh nii...
Inilah jumlah yang paling banyak aku terima dan aku tidak mungkin merasai jumlah seperti ini lagi..
Ahad, 24 Mei 2020
Hari Raya Aidilfitri (PKPB)
Sabtu, 23 Mei 2020
Rendang Tok
Isnin, 18 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19 (Part 3) - 2020
Arwah Nurul Ain Natasha ni memang sangat baik budaknya. Mesra. Dialah yang bantu menghantar kami ke KLIA semasa kami mahu menaiki kapalterbang untuk bercuti ke Krabi pada tahun 2018 yang lalu. Semuanya menjadi kenangan. Muga rohmu tenang di sana. Alfatihah (baca).
Kisah aku... he he..
Sajalah simpan gambar disini.. Nak buat kenangan. Nanti aku ingatlah yang aku ni pernah kena bekerja dari rumah, he he.. Udah 30 tahun aku bekerja, tetiba inilah kali pertama aku kena bekerja dari rumah, kann..
Ini pun nak buat kenangan juga... Haa..sok sok tau lah.. inilah aksesori yang paling berharga ketika PKP ni, kan... Aksesori apa..??? Mask muka tuu..
Suasana di pejabat. Semua orang menggunapakai aksesori mask muka
Di musim PKP ni, ramai juga yang mengambil kesempatan menjual mask muka dengan harga yang mahal. Hampir semua orang nak buat duit dengan menjual mask muka ni.
Ketika mula bekerja di pejabat dalam musim PKP ni, aku disuruh duduk di Tingkat Atas dengan alasan untuk menjaga penjarakkan. Haa.. okay juga duduk bekerja di tingkat atas ni.. he he.
Beginilah ragam kami ketika berada dalam PKP yang buat julung kali terpaksa dilalui oleh rakyat Malaysia dan manusia sedunia. Ianya memang menjadi sejarah dalam hidup yang tidak mungkin dilupakan.
#SejarahCovid19
#VirusCoronavirus
Sabtu, 16 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan_Covid 19 (Part 2) - 2020
Perintah Kawalan Pergerakan_Covid 19 (Part 1) - 2020
#staysave
#workfromhome
Jumaat, 15 Mei 2020
Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 3) - 2018
Wajah kegirangan suamiku semasa mendapat hadiah ini.
Ini dia, ta daaaa......
Bulan Madu di Pulau Pangkor (Part 2) - 2018
Pintu gerbang menuju ke Mesjid Terapung
Dinding dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran
Bergambar di hadapan pintu memasuki ruang solat.
Perjalanan lawatan kami mengelilingi Pulau Pangkor diteruskan lagi. Sebenarnya tempat lawatan yang seterusnya terletak berdekatan diantara satu sama lain, iaitu BATU BERSURAT dan KOTA BELANDA, PANGKOR.
Batu Bersurat, Pangkor
Abang Long melawat kawasan, Kota Belanda Pangkor
Dah penat berdiri, kita duduk kaki berjuntai disini, yek -Kota Belanda, Pangkor.