Seseorang yang bekerja di syarikat swasta tidaklah sepertimana penjawat awam didalam jabatan kerajaan yang ada pelbagai ganjaran apabila berhenti atau bersara. Wang simpanan yang diharapkan untuk penggunaan dihari tua hanyalah bagi pekerja syarikat swasta hanya bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Begitu jua aku. Aku bekerja didalam syarikat swasta selama 35 tahun, dan hari hari aku bersabar menunggu umur 55 tahun untuk mengecapi wang simpanan yang sedikit itu.
Kini 28.05.2020 telah tiba. Permohonan untuk pengeluaran wang simpanan didalam KWSP tersebut telah aku buat awal sebulan daripada tarikh ini. Apabila tiba tarikh ini, aku mendapati wang tersebut telah didepositkan ke akaun aku. Pengeluarannya terlalu mudah. Jumlah yang aku perolehi hanya RM152,650.13 sahaja.
Nak tahu bagaimana cara aku menghabiskannya...??? Dalam tempoh sebulan je habis dah..😊
Aku sangat gembira dapat mengagih-agihkan wang yang aku perolehi itu kepada mereka yang aku sayang. Walaupun jumlah yang aku beri itu tidak banyak tapi dengan wang yang sedikit itu aku yakin dapat juga menggembirakan hati mereka.
Segala bayaran dan pemberian itu aku senaraikan disini sebagai kenangan dan ingatan saja.
1. Zakat (RM3500)
2. Emak (RM5000)
3. Suamiku (RM5000)
4. Puteri sulongku (RM5000)
5. Puteri Keduaku (RM2500)
6. Putera Bongsuku (RM2500)
7. Menantu menantuku (RM1000 x 2 = RM2000)
8. Cucuku seramai 6 orang (RM500 x 6 = RM3000)
9 Anak bongsuku (anak tiri) (RM300)
10. Langsaikan hutang rumah dan kereta myvi (RM17,000)
11. Reward diri sendiri, beli barang kemas untuk diri sendiri dan puteri-puteriku (RM10,000)
12. Bayar pembedahan tulang kaki sebelah kiri pada 12/06/2020 (RM33,136.70)
13. Trip ke Terengganu bersama keluarga (RM5000)
14. Langsaikan hutang emas yang dicagar (RM6500)
15. Modalkan Iskandar buka Butik Geta Gading (RM15,000)
16. Beli Laptop untuk Iskandar dan diri sendiri (RM3000)
17. Simpanan di Tabung Haji (RM10,000)
18. Simpanan di ASB (RM20,000)
Bakinya yang tinggal sedikit tu, aku gunakan lah baiki kereta dan pelbagai lah..
Suamiku berhasrat nak pinjam duit aku sebanyak RM10,000 tapi aku tak bagi sebab aku tak de income lain dah selepas ni.. sedangkan suamiku sedang sebok menyusun kehidupan dengan keluarganya di Titi Gantung dan suamiku mengabaikan aku di Ipoh nii...
Inilah jumlah yang paling banyak aku terima dan aku tidak mungkin merasai jumlah seperti ini lagi..