Sabtu, 4 Disember 2021

kawin..kawin..kawin lagi..


Katanya dah lama membujang.  Ater.., udah ada yang hendak awak dan jadikan suri hati, apa nak ditunggu lagi, laksanakan aje la...

Begitulah sembang-sembang santai kami didalam group wasap... rupa-rupanya, sahabat kami yang janda/balu ni nak bernikah lagi...

Ater..., pada 4 Disember 2021, tibalah hari bersejarah tu.. tapi dia buat majlis kecil kecilan sahaja.  Dia hanya menjemput sedara mara dan sahabat rapat sahaja. Kami ada mengmabil beberapa gambar kenangan dan aku memuat naik disini sebagai kenangan yang dapat dilihat pada masa akan datang.

Semasa ni, kawan yang lain belum sampai lagi.

Ini cikgu, boleh tahan perangainya.. suka ngusik orang, gelak sesaja, tapi dia balik awal, selepas makan, dia cabut, katanya, dia nak pergi ke kenduri yang kedua pulak

Dah sampai, kita makan dulu...



    
Udah selesai majlis, kita semua balik ke sarang memasing.  Aku pulak nak mengurut customer untuk temujanji pada pukul 3 petang.😊😊😊


Sabtu, 6 November 2021

kerana emak, aku sampai di sini


Dah bertahun tahun adik aku tinggal di Kuantan tetapi aku tidak pernah sampai dirumahnya walaupun sekali.  Setiap tempat yang aku pergi pastinya kerana bersebab, dan jikalau tak bersebab, aku memang tak mungkin sampai ke satu satu tempat tu.... Kali ini, aku berhasrat untuk pergi ke rumah adikku kerana ingin berjumpa dengan emak yang tinggal bersama dengannya selama setahun.

Oleh itu, pada 01/11/2021, aku bersama-sama dengan anak bongsuku, abang sulongku dan bekas adik iparku telah pergi ke rumahnya hanya kerana ada emak aku yang tinggal bersama dengannya.

Sebelum kami bertolak ke Kuantan, kami telah singgah di Batu Gajah berkumpul dengan adik beradik emak yang sedang menguruskan pindahmilik hartanah mereka yang terletak di Kampong Bali Tronoh. 

Sempat pulak bergambo di sini, haa... main cak cak disebalik dedaunan dengan bekas adik ipar aku.😊 

Selepas berborak dengan saudara mara, kami mula bergerak ke Kajang untuk menjemput anak bongsu ku yang turut ingin bersama dengan kami pergi ke Kuantan.  Kami sampai lebih kurang waktu maghrib. Kami berehat dahulu, mandi dan solat.  Pada jam hampir dua belas malam, barulah kami bergerak ke Kuantan pula.  Kami sampai lebih kurang pukul 3.30am.


Memandangkan, kami sampai dah lewat dan keluarga adikku semuanya masih tidur, maka kami tidak menggerakkan mereka bangun daripada tidur.  

Alkisahnya, kami pun tidur didalam kereta sementara menunggu waktu Subuh.

Ni, gambar adikku sudah bersiap hendak pergi ke pejabatnya.  Bizi weh.. Penolong Pengarah JPN kuantan ni... Duk di rumah punnnn dia kena kejo..😄😄😄  





Setahun tak berjumpa dengan emak.  Rindu emak.  Sementara kita masih punyai emak, kita cium emak puas puas, yek..









Beginilah keadaannya apabila diri dimamah usia.   Kudrat semakin kurang, dan diusia sebegini, emak hanya perlu berehat jer... Ini giliran emak, andai kata umur kita panjang, begini jualah keadaan kita, kan... 







Kami berada di rumah ini selama 2 hari.  Kita ambillah gambar buat kenangan bersama keluarga banyak banyak sebab suatu hari nanti setiap kita akan balik ke "sana", dan hanya tinggalkan kenangan buat ahli keluarga kita yang masih menghuni dunia ini. 







Entah apa lah yang disembangkan oleh Penolong Pengarah nii...😄








Semasa ni, aku ngusik / nyakat emak.. 😄










Kita simpan gambar emak di sini, yek... Kut rindu, boleh tengok blog ni, kann...










Nampak sangat wajah emak yang semakin berusia.. Berdiri pun tak boleh lelama..  










Kita bergambar beramai sebelum balik ke Ipoh, okay..  Nampak bersinar air mata berkaca kaca di wajah emak dan adik.. Alahaiii... insyaallah, kita leh berjumpa lagi, kannn...









Anak aku berkata, "alang-alang dah sampai Kuantan ni, jom,, Mad bawa pergi ke Teluk Cempedak".   Hmm... sempatlah kami ambil beberapa gambar yang penuh adegan.. 😄😄😄









                                                           Udah macam filem hindustan..😄😄😄









Melihat keindahan alam yang Allah ciptakan.




Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Ipoh, kami makan tengahari di Kuantan terlebih dahulu, makan di Jaman Tory.










Sedap juga makanan disini.  Harga pun sangat berpatutan.








Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Kajang. Kemudiannya kami balik ke Ipoh.  Kami sampai di Ipoh dah lewat malam juga. Maka, aku bermalam di rumah bekas adik ipar aku jer... 

Jumaat, 28 Mei 2021

Di Harijadi Ku - 56 tahun

Pada tahun ini, mereka semua memberikan ucapan harijadi kepada aku sepertimana biasa didalam grup wasap famili kecuali suami aku sebab suamiku memang dah lama keluar dari grup famili tersebut disebabkan takut akan isteri tuanya itu.

Pada tahun ini juga, suami aku tidak tulis text uncapan birthday di wasap kepada aku sebab dia takut aku pamirkan ucapannya itu didalam blog ni, dan takut nanti apabila ditengok oleh isteri tua, si isteri tua tu akan berleter kepada suami aku.  Bagaimanapun, suami aku telah mengucapkan "Selamat Hari Jadi Yang" sebelum tiba jam 00:01 am 28/05/2021. 😄 

Sedang aku buat kerja di pejabat, aku menerima panggilan talipon daripada seseorang yang mengatakan bahawa dia mahu menyerahkan barang kepada aku.  Aku berasa hairan juga sebab aku tidak membeli apa-apa barang daripada Shoppee punnn....

Apabila tiba jam 1 tengahari, tiba-tiba datang lah seorang perempuan menghantar barang dibawah ni.

Bebudak ni memang suka sangat buat surprised.


Dah tua dah aku nii... umur semakin kurang, mati semakin dekat.


                                  Simpan kenangan. Numbers of age tidak boleh berulang lagi

Terima ucapan birthday dari anak bongsu yang kejauhan di Titi Gantung tuu..




Dah tua-tua ni, ramai pulak yang memberikan ucapan ulangtahun harijadi di FB, di IG termasuklah kawan-kawan kepada anak-anak aku. Boss pulak belanja KFC. TQ Boss😋😄👩

Ahad, 4 April 2021

Kawan kita

Orang sebok nak berjalan dan bercuti dengan suami tapi aku... sebok berjalan dengan kawan kawan. Kome tau kenapa...??? Sebab suami aku sebok menjaga isteri tuanya, menjaga anak menantunya dan cucunya.. Jadi, suami aku memang tak ada masa untuk aku.   Aku tak mahu memberatkan fikiran aku, jadi aku pilih untuk hidup hepi hepi jer... 

Aku beritahu kepada suamiku, "abang, abang tak ada masa untuk Yang, jadi Yang minta izin untuk keluar bersama kawan kawan Yang, Yang minta izin sekali ni je, tau... selepas ini, Yang keluar Yang tak perlu minta izin lagi, ye..."   Pastu aku sambung lagi, "abang izinkan, kan... asalkan Yang tak buat hal dengan jantan lain jer, kan..."  Suamiku tengok muka aku lelama kemudian dia senyum dan angguk jer...

Selain aku menghabiskan masa dengan karier baru aku iaitu Juruterapi, aku akan luangkan masa berjalan jalan dengan kawan kawan aku lah... 

Hari ni, kawan kami yang tinggal di Puncak Alam Shah Alam tu balik ke Ipoh. Aku pulak tak ambil apa apa booking customer untuk urut.  Senang citenya, aku cuti kerja laa.. Kawan aku ni memang rajin menjemput kami menaiki keretanya untuk bersiar siar..


Pagi ni (03/04/2021), kami bersarapan di Kedai Kakyang di tepian lombong Silibin. Selepas sarapan, kami pergi ke Gunung Lang.







Kami memang suka bergambar😄😄😄

Di Ipoh ni ada banyak tempat-tempat yang menarik dan pemandangan yang cantik.



Selepas puas berjalan jalan dan bergambar, perut mula berkeroncong. Kami pergi makan tengahari di Greentown Dimsum Cafe. Sedap sedap makanannya. Sesuai dengan harganya..😊😋

Dah petang ni, kita balik ke sarang lah..😉

Sabtu, 20 Februari 2021

Anniversary Ke 16


Pada tahun ni, sebenarnya, beberapa hari sebelum tibanya tarikh 20 Februari 2021 ni, aku memang lupa sungguh mengenai Ulangtahun Hari Anniversary ni..  

Tidak seperti tahun tahun yang lepas. Tapi kome nak tau tak, macam mana aku boleh teringat...??? 

Sebab..sebab..sebab Madu aku yang mengingatkannya.  Sebelum tiba tarikh ini, dia sudah beri amaran kepada suami aku, "ha...jangan nak kemana-kemana selebret anniversary pülak..." 👩😄😄😄

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita Yang ke 16 
Puisi untuk mu, Suamiku HASANALAKRAM BIN IBRAHIM 

20 FEBRUARI 
---------------------  

20 Februari tersematnya satu memori 
20 Februari bersatunya dua hati 
20 Februari kita bersama memadu janji 
20 Februari ijabkabulnya sebagai suami isteri 

 "Setiap nafas dan degupan jantungku adalah dirimu, 
  Bayu yang menyentuh tubuhmu akan ke sedut sebagai nafasku" 

 Itulah ungkapan romatis abang kepada Yang, 
 Berjanji untuk saling menyayangi dan menyintai, 
 berjanji untuk saling memahami dan menjaga hati, 
 berkasih sayang saling rindu merindui, 
 sepanjang hayat hingga ke mati. 

20 Februari 2021 kini berulang lagi 
Untuk yang ke Enam Belas perkahwinan kita 

20 Februari,  Anniversary akan terus berulang 
lagi dan lagi dengan tahun bersilih ganti 
muga berbahagialah kita sebagai suami isteri 
semalam, hari ini, esok dan nanti 
ke akhir hayat perkahwinan kita bersemi.

Khamis, 28 Mei 2020

Di Harijadi Ku


Detik jam 12:00 malam, tarikh pun bertukar yang mana kini telah memasuki 28/05/2020. Kebiasaannya aku akan menerima ucapan manis daripada suami dan anak anak serta menantu menantu tetapi pada malam ini sepi sahaja..

Keesokannya, pada hari Khamis bersamaan 28/05/2020, aku tengok grup wasap famili, namun tiada sesiapa pun yang mengucapkan birthday untuk aku.. aku rasa pelik bebeno.  Aku pergi kerja seperti biasa. Aku tunggu anak anak aku untuk wish birthday tapi ternyata tiada siapa pun yang wish birthday aku... Aku rasa pelik bebeno...

Kemudiannya, aku menerima panggilan talipon daripada suamiku, dan suamiku mengajak aku pergi lunch.  Maka, kami keluar lunch bersama tetapi aku langsung tidak mendengar samada  suamiku ada mengucap birthday untuk aku.  Aku yakin pada hari itu  suamiku memang tidak ucapkan birthday kepada aku sebab jiwanya sedang resah menunggu kehadiran cucu yang bakal dilahirkan oleh anak keduanya itu, kann..  Ehh.. nampaknya ditahun tahun akan datang, bolehlah selebret birthday bersama dengan cucu tiri aku tuu..Tarikh birthday kami sama..☺☺☺

Di FB aku, ramai rakan taulan mengucapkan birthday untuk aku.  Malahan, di pejabat aku, rakan sekerja turut menyanyikan lagu Happy Birthday untuk aku.  Aku berasa birthday aku pada tahun ini pelik bebeno..  Banyak perkara yang tidak biasa berlaku di tahun tahun yang lepas tapi kini berlaku pada tahun ini..  Isyh.. aku rasa pelik bebeno.  

Aku tunggu sampai petang. Namun tiada siapa pun anak menantu yang ucapkan birthday kepada aku.  Aku dah mula berleter di pejabat.. "Macam mana anak anak aku boleh lupa dan tidak wish birthday untuk aku, tak kan semuanya terlupa.. Tak pernah pulah begini, selalunya tengah malam lagi dah dapat wish daripada deme.."  

Begitulah keadaan aku yang membebel di pejabat dan rakan sekerja yang mendengar bebelan aku kesemuanya ketawa melihat ragam aku..  Dah sampai masa untuk pulang ke rumah dari pejabat.  Aku dah mula tanam niat, nanti lah kome, sampai rumah nanti korang siap..."☺☺☺

Apakah yang terjadi apabila aku sampai di rumah..?

Apabila aku sampai di depan rumah, di ruang luar @ porch, aku mendapati menantu kedua aku sedang membakar arang dan ada mihun sup soto, daging kambing dan daging ayam yang sedang diperap dan mahu dibakar.   Aku bertanya kepadanya "siapa nak datang..???  Kan PKP ni, sapa yang nak datang ni..???"  Menantu aku jawab ringkas jer.. "ntah adik, kawan dia nak datang kut.."  Maka, aku punbebel lah sebab pada masa sekarang masih dalam PKP, tetamu tidak diundang.."Begitulah aku membebel..

Aku tinggalkan menantu kedua aku tu dan aku membuka pintu masuk ke rumah. Tiba-tiba...

Ehh... kenapa gelap sangat ni.. tetiba nampak lilin dan kedengaran nyanyian "Happy Birthday To You... Happy Birthday To You... Happy Birthday to Ibu.. To Opah, Happy Birthday To You..."  Begitulah suara anak anak aku dan cucu aku menyanyikan lagu happy birthday tu.. Aku terkejut dan terkedu kejap.. Ini bebetul surprise, dan surprise ini memang menjadi..

Deme bebetui memeranjatkan opah..

Begitulah ragam anak anak, menantu menantu dan cucu cucu aku ni.. 
Kita selitkan gambar kenangan di sini yek..

Kek Harijadi untuk tahun ke 55. 

Dikelilingi cucu cucu yang riang ria riuh rendah dalam rumah ni..

Pelbagai keletah dan ragam

Terselit pulak cucu sulong teman ni..

Deme memang suka bab membako ni..

Daging kambing sedia untuk dibakar

Jaguh bab membakar..

Bako...bako...jangan tak bako.

Along..sedang menggulung sosej untuk dibako..

Kita menjamu selera..

Wajah cucu yang menyejukkan hati.. Atoknya, suka bebeno panggil nama Esyal ni, kann..

Cucu yang main keriangan..

Inilah wajah Wanita Hebat yang melahirkan aku, menyusui aku, membesarkan aku, memarahi dan menasihati aku.  Ayu dan lembut wajahnya sesejuk salju mata memandang. 
Terima kasih emak kerana melahirkan dan membesarkan aku.  

Terima kasih juga kepada anak anak, menantu menantu dan cucu cucku yang membuat surprise ini.  Memori ini akan disematkan di sini. 
Kelak kamu semua boleh melayari dan mengenang semula kisah keluarga kita di blog ini. 
Ibu @ Opah sayang kamu semua. Sayang suamiku jua.