Dah bertahun tahun adik aku tinggal di Kuantan tetapi aku tidak pernah sampai dirumahnya walaupun sekali. Setiap tempat yang aku pergi pastinya kerana bersebab, dan jikalau tak bersebab, aku memang tak mungkin sampai ke satu satu tempat tu.... Kali ini, aku berhasrat untuk pergi ke rumah adikku kerana ingin berjumpa dengan emak yang tinggal bersama dengannya selama setahun.
Oleh itu, pada 01/11/2021, aku bersama-sama dengan anak bongsuku, abang sulongku dan bekas adik iparku telah pergi ke rumahnya hanya kerana ada emak aku yang tinggal bersama dengannya.
Sebelum kami bertolak ke Kuantan, kami telah singgah di Batu Gajah berkumpul dengan adik beradik emak yang sedang menguruskan pindahmilik hartanah mereka yang terletak di Kampong Bali Tronoh.
Sempat pulak bergambo di sini, haa... main cak cak disebalik dedaunan dengan bekas adik ipar aku.😊
Selepas berborak dengan saudara mara, kami mula bergerak ke Kajang untuk menjemput anak bongsu ku yang turut ingin bersama dengan kami pergi ke Kuantan. Kami sampai lebih kurang waktu maghrib. Kami berehat dahulu, mandi dan solat. Pada jam hampir dua belas malam, barulah kami bergerak ke Kuantan pula. Kami sampai lebih kurang pukul 3.30am.
Memandangkan, kami sampai dah lewat dan keluarga adikku semuanya masih tidur, maka kami tidak menggerakkan mereka bangun daripada tidur.
Alkisahnya, kami pun tidur didalam kereta sementara menunggu waktu Subuh.
Ni, gambar adikku sudah bersiap hendak pergi ke pejabatnya. Bizi weh.. Penolong Pengarah JPN kuantan ni... Duk di rumah punnnn dia kena kejo..😄😄😄
Setahun tak berjumpa dengan emak. Rindu emak. Sementara kita masih punyai emak, kita cium emak puas puas, yek..
Beginilah keadaannya apabila diri dimamah usia. Kudrat semakin kurang, dan diusia sebegini, emak hanya perlu berehat jer... Ini giliran emak, andai kata umur kita panjang, begini jualah keadaan kita, kan...
Kami berada di rumah ini selama 2 hari. Kita ambillah gambar buat kenangan bersama keluarga banyak banyak sebab suatu hari nanti setiap kita akan balik ke "sana", dan hanya tinggalkan kenangan buat ahli keluarga kita yang masih menghuni dunia ini.
Entah apa lah yang disembangkan oleh Penolong Pengarah nii...😄
Semasa ni, aku ngusik / nyakat emak.. 😄
Kita simpan gambar emak di sini, yek... Kut rindu, boleh tengok blog ni, kann...
Nampak sangat wajah emak yang semakin berusia.. Berdiri pun tak boleh lelama..
Kita bergambar beramai sebelum balik ke Ipoh, okay.. Nampak bersinar air mata berkaca kaca di wajah emak dan adik.. Alahaiii... insyaallah, kita leh berjumpa lagi, kannn...
Anak aku berkata, "alang-alang dah sampai Kuantan ni, jom,, Mad bawa pergi ke Teluk Cempedak". Hmm... sempatlah kami ambil beberapa gambar yang penuh adegan.. 😄😄😄
Udah macam filem hindustan..😄😄😄
Melihat keindahan alam yang Allah ciptakan.
Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Ipoh, kami makan tengahari di Kuantan terlebih dahulu, makan di Jaman Tory.
Sedap juga makanan disini. Harga pun sangat berpatutan.
Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Kajang. Kemudiannya kami balik ke Ipoh. Kami sampai di Ipoh dah lewat malam juga. Maka, aku bermalam di rumah bekas adik ipar aku jer...