Ahad, 15 September 2013

..Ibu Mertuaku..


"......kamu kahwin dengan suami orang, itu sebablah emak marah......", dengan nada suaranya yang lembut, masih terngiang-ngiang suara ibu mertuaku ditelinga ini, dapat didengar dengan jelas ketika kami sedang berpelukan penuh mesra dan erat semasa aku mengunjung ke rumahnya di Malim Nawar, Perak untuk berhariraya pada tahun ini.  Kata-kata emak mertuaku itu disambut dengan ketawa kecil oleh Kak Fida, Murni dan Azieda iaitu kakak ipar dan biras ku yang ada bersama pada masa itu. Kata-katanya itu membuatkan aku senyum sendirian sehingga kini kerana kata-kata emak mertuaku itu seolah-olah aku ini pula anak kandungnya.


Pada tahun 2005, ibu mertuaku sangat marah kepadaku kerana aku telah menerima lamaran dan bernikah dengan anak lelakinya yang telah pun berumahtangga. Sewaktu aku menaliponnya pada tahun 2005, aku disergah dengan kata-kata.."...kamu fikir kamu cantik sangat..", dan macam-macam lagi, aku sangat terkejut tetapi aku sedikit pun tidak berasa marah dengan kata-kata itu kerana aku tahu, itu adalah kata-kata yang terkeluar daripada seorang emak yang sedang beremosi marah. Semenjak itu, aku takut untuk menghubunginya. Namun, setelah tahun silih berganti, perkahwinan kami tidak mengganggu pihak-pihak yang terlibat,  jadual kehidupan suamiku tetap seperti dahulu, kasih sayangnya tidak melebih-lebihkan aku dan tidak pula mengurangkan pihak yang satu lagi, semuanya hidup teratur dan lancar, setelah 10 tahun perkahwinanku ini (2015), akhirnya api kemarahan ibu mertuaku yang membara, padam jua dengan sendirinya, dan aku telah beberapa kali mengunjunginya sejak beberapa tahun yang lalu.

bersantai di rumahku -Jan2015  
Kalaulah dahulunya aku seolah dipinggirkan, namun kini ibu mertuaku tidak lagi seperti itu.  Beliau menyambut kedatanganku dengan wajah yang penuh mesra dan gembira. Beliau juga telah membuka hatinya datang ke rumahku. Aku sangat gembira dengan kehadirannya.


Walaupun beliau hanya Ibu mertua, namun tarafnya samalah dengan seorang ibu kandung. Maka perlulah kita menjaga hati dan perasaannya sepertimana kita mengasihi ibu kandung sendiri.


Terimakasih emak kerana menerimaku seadanya. Alhamdulillah.

Jumaat, 3 Mei 2013

PRU 13, Undilah Barisan Nasional


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.

Kehangatan PRU 13 amat terasa. Demam mengundi telah bermula.  Pada 5 Mei 2013,  rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan siapakah yang akan mentadbir Malaysia selama tempoh lima tahun lagi. Saya berharap anda bijak memilih. Pilihlah dan pangkahlah Barisan Nasional yang memperjuangkan hak rakyat, kedudukan Islam, Melayu  dan  perpaduan bangsa di Malaysia.  Janganlah kita menjadi Melayu Yang Mudah Lupa. Perjuangkanlah Islam dan masa depan anak cucu kita, agar mereka tidak menjadi mangsa sepertimana kedudukan Melayu di Singapura, yang dianaktirikan oleh pemerintah yang terdiri daripada kaum bukan Islam.

Pilihlah Barisan Nasional yang telah banyak memperjuangkan nasib Islam, bangsa, dan negara.  Jadilah rakyat yang berterima kasih diatas perjuangan yang dilakukan oleh pemerintah yang terdahulu, yang terdiri daripada 3 gabungan suara iaitu UMNO sebagai wakil suara kaum Melayu, MCA sebagai wakil suara kaum Cina dan MIC, wakil suara bagi kaum India.

Dibawah ini terdapat video rakaman suara seorang daripada mantan ahli DAP (Pakatan Rakyat), anak emas Lim Guan Eng yang telah membuat pengakuan mengenai agenda dan strategi  DAP untuk menghapuskan Islam dan Melayu di Malaysia. Anda terutamanya  para guru harus mendengar dan melihat video ini, agar ia dapat disampaikan ke pengetahuan pelajar Islam, supaya terpelihara iman mereka, menyayangi Islam, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah nasib anak cucu kita dan kedudukan Islam Malaysia di masa depan. Luangkanlah masa anda untuk menghayati pengakuan ini.



Ingatlah !!!., DAP adalah kumpulan yang berdendam, berjiwa komunis. Siapakah Chin Peng? Apa kaitan Chin Peng dengan DAP? Dengarkanlah petikan rakaman video ini sebaik-baiknya. Komunis, kumpulan yang memberontak dan menidakkan hak Melayu, yang menimbulkan kekecohan pada 13 Mei 1969. Anak-anak Melayu harus sedar. Melayu harus bersatu demi masa depan anak cucu, Islam, bangsa dan negara. Janganlah sampai keturunan kita (Islam) menjadi murtad, tanah kita tergadai, dan akhirnya kita menumpang di tanah sendiri, sepertimana kedudukan Melayu di Singapura. Jangan ulangi sebuah trajedi. Kita semua mesti memainkan peranan utama, mempertahankan hak Islam, Melayu dan perkukuhkan perpaduan bangsa  rakyat Malaysia. MARILAH KITA BERSATU DEMI ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.

Hayatilah lirik lagu ini. Jika anda seorang patriotik yang sayangkan ugama Islam, bangsa dan negara, maka buatlah pilihan yang tepat, UNDILAH BARISAN NASIONAL demi menjamin kedudukan ummat Islam.

Warisan Anak Kecil 

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa diantara kita
Kita lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Akhir kata, anda adalah penentu kemakmuran dan kestabilan  Malaysia serta kehidupan anak cucu di masa hadapan. Pilihlah parti dan pemimpin dengan tepat yang layak dan mampu mentadbir Malaysia demi Islam, bangsa dan negara.  Selamat Mengundi pada 5.5.2013.  UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Isnin, 25 Mac 2013

Sang Saka Biru

Saya berbangga menjadi Anak Malaysia dan terima kasih kepada semua anggota tentera yang sentiasa berjuang untuk menjaga keamanan negara ini.  Hari ini, 25 Mac 2013 adalah sambutan untuk Hari Polis Diraja Malaysia, muga mereka akan sentiasa selamat berada dibawah perlindungan Allah S.W.T..

SANG SAKA BIRU

Berkibar Sang Saka Biru
Gagah Sentiasa
Pusaka Polis Diraja
Inilah Azimat Kita

Lakar Biru Warna Mulia
Lambang Setia kepada Negara
Obor Bakti Penggerak Jiwa
Nusa Bangsa Dijaga

Sang Saka Biru Bendera Kita
Berkibar Megah Setiap Masa
Bersatu Semua Aman Jaya Negara


Takziah kepada mereka yang telah gugur di medan perang khususnya Pencerobohan di Lahat Datu.


Nota: Terima kasih kepada peminat setia blog ini diatas setiap komen dan surat kiriman anda yang  memberi inspirasi membina, telah mengukuhkan & menambahkan lagi kasih sayang dalam perkahwinan dan keluarga saya.

Rabu, 20 Februari 2013

Februari Anniversary Ku


Saya minat berkarya untuk menulis cerpen dan puisi semenjak saya  berusia 16 tahun.  Saya didorong oleh seorang teman sebaya berrnama Norharizah.  Beliaulah teman yang membantu memasarkan setiap cerpen saya didalam suatu majalah remaja yang popular pada masa itu.

Kini, kita ada laman sesawang yang memberi ruang kepada seseorang untuk mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.  Oleh itu, saya berharap saya mendapat kebebasan sepenuhnya  untuk menulis dilaman sesawang ini.

Hari ini saya telah menyiapkan satu puisi, menghargai suatu masa yang silih berganti, tahun ke tahun, tambah ikatan kasih sebagai suami isteri, Setia Hingga Hujung Nyawa.

                                                                   20  FEBRUARI

                                                     20 Februari, tersematnya satu memori
20 Februari, bersatunya dua hati              
20 Februari, ijabkabulnya kita sebagai suami isteri
20 Februari, suami isteri memadu janji

"Setiap nafas dan degupan jantungku adalah dirimu"
"Bayu yang menyentuh tubuhmu akan kusedut sebagai nafasku"

itulah ungkapan romantis si suami kepada si isteri
berjanji untuk saling menyayangi dan menyintai
berjanji untuk saling memahami dan menjaga hati
berkasih sayang saling rindu merindui
sepanjang hayat hingga ke mati

20 FEBRUARI 2013, kini berulang lagi
untuk yang ke DELAPAN (8) ANNIVERSARY

20 Februari akan terus berulang lagi
dengan tahun yang bertukar ganti
muga berbahagialah kita sebagai suami isteri
semalam, hari ini, esok dan nanti
ke akhir hayat perkahwinan kita bersemi.



Rabu, 19 Disember 2012

Hati-hati apabila berfacebook


Bagaimana kita menggunakan Facebook / FB

Hari ini saya hendak menulis mengenai "Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB" dan Media Elektronik yang dibincangkan di dalam program "Bersembang dengan Cikgu Sidek" di TV Al-Hijrah. 

Kulit Muka Buku ataupun  Facebook /FB  adalah salah satu saluran media elektronik yang sangat popular pada masa kini. Ia boleh dimiliki oleh individu yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur terutamanya remaja. Walaupun akaun  Facebook  telah mensyaratkan bahawa hanya individu berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk membuka akaun Facebook, namun pada zaman ini sudah ramai baby yang bijak yang sudah memiliki akaun Facebook sebaik sahaja mereka dilahirkan dan dinamakan. 

Melalui Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB kita dapat melihat pelbagai kerenah manusia terutamanya ragam budak remaja. Ramai remaja dengan tanpa rasa segan silu telah menggunakan bahasa yang kurang manis didengar dan tidak beradab ketika "updates status" di Facebook mereka. Mereka menulis menurut kata hati mereka. Di ruangan Facebook itu mereka meluahkan segala perasaan. Perasaan gembira, kecewa, mereka memuji dan mencaci, mengeluh dan sebagainya, dan yang paling membimbangkan adalah mereka "updates status" dengan memaklumkan kedudukan di mana mereka sedang berada, yang secara tidak langsung telah memberi laluan dan peluang kepada penjenayah / perompak untuk merompak di rumah kita. Juga perkara yang dibimbangkan adalah terhadap mereka yang memaparkan rasa "kesunyian" mereka di laman ini, yang tanpa sedar telah mengundang kehadiran "penjenayah siber" tanpa izin sepertimana yang berlaku terhadap seorang wanita yang telah tertipu sehingga sanggup menyerahkan wang jumlah ratusan ribu kepada "si penghibur Facebook" tersebut. 

Melalui Kulit Muka Buku ataupun Facebook /FB juga, perceraian berlaku hampir setiap 15 minit menurut rekod yang disimpan oleh Majlis Agama Islam Malaysia. Memang tidak dinafikan, ada si suami ataupun si isteri yang mempunyai ramai "friend" di  Facebooknya, tetapi tidak mahu "friend" dengan pasangan masing-masing.  Amat terserlahlah KETIDAKJUJURAN diantara pasangan tersebut.  Ada yang pandai menjaga Wall Facebooknya dengan baik, tetapi adakah kita tahu apa yang ada dalam kotak mesej Facebooknya..?  Kadang-kadang berlaku kelalaian yang mana mungkin terlupa untuk Log Out FB, maka apabila si suami ataupun si isteri "terbuka" Facebook tersebut, terbongkarlah banyak rahsia, barulah terjumpa ayat-ayat  manis, yang menggoda ditujukan kepada  "Friend" Facebook  dan bukan  pasangannya, perkataan manja dan menggoda  itu seperti perkataan,  "rindu kamu", "mana menghilang..", "adik...adik di mana", "abang", "saya nak belajar buat pantun", "sejuk...gigil.." dan  sebagainya.  Maka, berhati-hatilah ketika berFacebook, kerana menyampaikan ayat-ayat manis / menggoda kepada  yang BUKAN HAK juga boleh menyebabkan dosa.

Oleh itu, program "Bersembang Dengan Cikgu Sidek" telah menyarankan supaya setiap ibu bapa wajar turut serta menjadi "friend" didalam  Facebook anak-anak mereka dengan tujuan agar kita dapat memantau setiap perkataan yang dilontarkan oleh anak-anak didalam Facebook tersebut. Bukan sahaja anak-anak tetapi jika dapat memantau suami atau isteri pun bagus juga. Sekurang-kurangnya dapat memantau pasangan masing-masing yang mungkin menggunakan ayat yang ada unsur "memberi ruang" atau "memuji-muji orang lain" yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kita

Pemilik Facebook / Twitter / Blog dan ruangan bacaan media elektronik lain yang seumpama dengannya juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai golongan yang mempunyai pelbagai jenis ragam. Di dalam Facebook / Twitter kita boleh mendapat ramai kawan dan di Facebook / Twitter juga kita boleh mendapat ramai musuh. Di Facebook / Twitter ada yang jujur, tidak kurang juga yang hipokrit dan ada pula yang suka menyamar. Di Facebook / Twitter, dia mungkin friend kita, dan pada masa yang sama juga dia mungkin seorang penyamar yang cuba menyakitkan hati kita. Melalui Facebook / Twitter boleh membuat kita jatuh cinta dengan seseorang, tidak kurang juga boleh menimbulkan prasangka buruk terhadap seseorang yang lain, dan juga boleh menimbulkan fitnah. Di Facebook / Twitter / Blog dan ruangan bacaan media elektronik lain yang seumpama dengannya boleh menambahkan ilmu dan tidak kurang juga sebagai tempat menambahkan dosa. 

Keperluan media elektronik pada zaman ini tidak boleh dinafikan. Kecanggihannya memudahkan segala urusan. "Bersembang Dengan Cikgu Sidek telah menasihatkan kita supaya menggunakan media elektronik itu secara berhemah dengan sebaik mungkin. Jadikanlah media elektronik ini satu cara untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan sebagai alat untuk menasihati dan memberi peringatan kepada sesama kita didalam menuju ke arah kabaikan. 

Muga kita mendapat hidayah dalam mengelolakan Facebook kita dan tidak menggunakannya sebagai saluran untuk  menutur ayat ayat mengoda yang menjatuhkan maruah kita sendiri. Sekian.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Realiti Insan, Tiada Yang Mustahil..

..PARIS, aku di sini bersamamu..
Tahniah kepada anak-anak ibu dan menantu, hasil usaha daripada perniagaan Rangkaian Pemasaran (M.L.M.) yang kamu semua ceburi, kamu berjaya menjadi seorang Marquis dengan berpendapatan sekurang-kurangnya RM10K sebulan, yang mana kamu tidak akan memperolehinya jika kamu adalah seorang yang "makan gaji". Alhamdulillah, atas rezeki yang diizinkan Allah, berkat usaha mereka yang bersungguh-sungguh, pada 2.10.2012 hingga 10.10.2012, Marquis Ilmi dan isterinya, Marquis Leeya telah berpeluang menjejak kaki melawat ke negara di Eropah / Paris. Ibu berbangga dengan keberanian kamu semua kerana melakukan satu perubahan, yang dahulunya Marquis Ilmi adalah seorang Pegawai Pembantu Perubatan dan Marquis Leeya pula adalah seorang Pegawai Farmasi, kini melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan Rangkaian Pemasaran (M.L.M.). Tiada yang mustahil apabila kita berusaha melakukan satu PERUBAHAN, bersesuaian dengan lirik lagu REALITI INSAN yang sering dinyanyikan didalam setiap event, ditujukan khas kepada semua partner/pemegang saham RZ CORPORATION SDN BHD (DCHL).

Realiti Insan

Ku Layangkan Segala Anganku
Ku Lepaskan Semua Khayalan Jiwaku
Berpijak Di Bumi Yang Satu
Memandang Tinggi Di Langit Biru

Satu Janji Di Dalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Ku Rai
Harapan Ku Dalam Hidup Ini
Ku Ingin Menggapai Cita dan Cinta

Ini Bukanlah Satu Mimpi
Atau Ilusi Dalam Jiwa Yang Sunyi
Ini Adalah Realiti
Kayakinan Insan Yang Penuh Mesti

Satu Janji Di Dalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Ku Rai
Harapan Ku dalam Hidup Ini
Ku Ingin Menggapai Cita Dan Cinta

Satu...Satu Mimpi, Di Dalam Hidup Ku Ini
Satu...Satu Janji Yang Ku Gapai Pasti



Reff

Ini Bukanlah Satu Mimpi
Atau Ilusi Dalam Jiwa Yang Sunyi
Ini Adalah Realiti
Keyakinan Insan Yang Penuh Mesti

Satu Janji Didalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Ku Rai
Harapan Ku Dalam Hidup Ini
Ku Ingin Menggapai Cita Dan Cinta

Satu...Satu Mimpi Didalam Hidup Ku Ini } 2x
Satu...Satu Janji Yang Ku Gapai Pasti. }  


Namun, janganlah kamu lupa untuk bersyukur dengan setiap sesuatu kamu perolehi, dan jangan pula kamu tamak apabila kamu memiliki, sesungguhnya setiap milik kita itu, adalah milik kekal Allah.

Jumaat, 24 Februari 2012

..cinta ALLAH juga yang kekal..


Ingin menjadi yang terbaik dan ingin menjadi pencinta luar biasa.

Manusia mengejar cinta. Cinta apa?  Cinta  Ilahikah  atau cinta sesama manusia?  Pada awal tahun 2005, aku pernah ditanya, berapakah peratusan cintaku kepadanya?  Lalu aku menjawab, "50-50".  Wajahnya agak muram sikit, maka aku naikkan sedikit peratusannya menjadi  70-30.  Masih tidak berpuas hati, lalu aku menjawab, "seratus peratus itu tidak mungkin berlaku sebab didalam peratusan itu, ada milik Allah, cintaku untuknya".  Maka dia berdiam, tapi nampak sedikit kegembiraan di wajahnya.

Cinta  sesama  manusia itu bukanlah abadi.  Namun ucapan "cinta abadi" itu sering diucap-ucapkan dan memberi kelalaian kepada manusia yang mendengarnya yang sentiasa mengharapkan semua janji-janji itu benar tetapi mereka terlupa bahawa manusia itu hanya sementara sahaja di bumi ini.

Kepada siapa hendak dipersalahkan??? Melainkan kesedaran, keinsafan, dan mengaku bahawa diri ini hanyalah melaksanakan satu proses perjanjian kepada satu pinjaman, maka barulah kita semakin faham bahawa CINTA ALLAH  ITULAH YANG KEKAL. Cinta Allah terhadap hambanya tidak pernah berbelah bahagi.  Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang sentiasa memberikan kasih sayangnya kepada setiap hambanya dengan seadil-adilnya.